Monday, May 9, 2011

IKAN TALAPIA STIM

Bahan-bahan untuk Ikan Talapia Masak Stim
1 ekor ikan talapia (500g)
1 cm halia
1 ulas bawang putih
1/4 bj bawang besar
2 bj cili padi
1 cmt sos tiram
1 cmt sos ikan
1/2 cmt kicap manis
1 cmt jus limau nipis
1/2 cwn air rebusan ikan/ayam
Garam dan gula jika perlu
Sayur-sayuran jika suka

Cara membuat Ikan Talapia Masak Stim
  1. Racik halus semua bahan yang boleh termasuk sayur-sayuran.
  2. Masukkan semua bahan kecuali ikan dan sayur-sayuran ke dalam kuali.
  3. Masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Masukkan ikan dan simbahkan dengan kuah.
  5. Tutup kuali dan biarkan merenih dengan api kecil selama 10 minit.
  6. Masukkan sayur-sayuran dan tutup lagi untuk 1 minit.
  7. Tutup api. Angkat ikan dahulu kedalam pinggan hidang kemudian baru dituangkan kuahnya.

Tip Masakan Komersial

  1. Kenapa ikan stim tapi tak dikukus? Tak banyak yang saya lihat, ikan betul-betul dikukus untuk masakan stim. Biasanya ikan hanya akan direbus sahaja. Dengan cara merebus, ikan akan masak lebih cepat. Daging ikan akan menyerap rasa dari bahan-bahan yang digunakan dengan lebih baik. Siapa yang tahu sama ada ikan itu direbus atau dikukus kecuali orang itu memang selalu masuk dapur.
  2. Jika anda mahukan ikan yang benar-benar di stim, anda boleh melumur ikan dengan sos tiram, kicap, sos ikan dan jus limau. Letakkan diatas pinggan tahan panas. Susun bahan-bahan lain diatas ikan dan stimkan didalam pengukus. Abaikan garam, gula dan air rebusan. Cubalah kedua-dua cara dan bandingkan rasanya.
  3. Pada masa ini dirumah saya cuma ada carrot sahaja. Anda boleh gunakan pelbagai sayur-sayuran lain seperti jagung muda, leek, daun bawang, lada bengala dan sebagainya. Saya paling suka menggunakan pak choy atau baby kailan. Susun je cantik-cantik. tak perlu nak susah payah masak sayur lagi.