Sunday, May 8, 2011

PINDANG KEMBUNG

singgang


Bahan2:

2 ekor ikan kembung bersaiz sederhana
2 ulas bwg merah - tumbuk
1 ulas bwg putih - tumbuk
1 ulas bwg besar - potong tegak belah 6
5 biji cili padi -tumbuk
1 inci kunyit hidup -tumbuk
1 btg serai -ketuk
1 inci halia -hiris
1 helai daun kunyit -koyak2kan
2 keping asam keping
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara2:

Masukkan 1 mangkuk air dlm periuk dan didihkan. Bila air dah didih masukkan semua bahan tumbuk, bwg besar potong tegak,serai,daun kunyit,halia & asam keping. Reneh guna api sederhana sehingga semua bahan mesra.Kemudian, masukkan ikan. utup periuk & biar ikan masak sempurna. Bila ikan dah masak, masukkan garam & sedikit lagi asam jawa. Gaul perlahan2 utk mengelakkan ikan hancur.

SUP TETEL




BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g tetel lembu (daging lembu yang bercampur "lemak")
3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
1 pokok daun sup, kerat dua
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya untuk merebus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 1/2 inci halia tua
3/4 camca besar lada hitam biji
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus(#dikisar halus)
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. Daging tetel dipotong sederhana besar, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah tulis dan kacau hingga harum, tambah bahan kisar halus dan tumis hingga wangi. Masukkan daging tadi dan gaul rata. Tuang air secukupnya dan masukkan daun sup dan bawang goreng, masak dengan api besar sehingga mendidih, kecil kan api dan biar merenih hingga tetel lembut.
  2. Masukkan ubi kentang dan masak hingga kentang lembut, tambah garam secukup rasa dan hidangkan bersama nasi impit, mee hoon atau apa2 saja yang sesuai. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Jangan lupa sambal kicap sebagai penambah kehangatan sup ini.

PRATA APPLE PIE


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping instant prata
2 biji epal hijau
1 genggam kismis
1 batang kayu manis
1 camca besar gula perang
Secubit garam
1 1/2 camca besar mentega
1/2 camca besar tepung jagung
Sedikit jus lemon



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI EPAL :- Epal dikupas kulit, buang empulur, hiris dan dadu kecil. Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal dan kulit kayu manis serta gula perang, goreng hingga epal lembut dan gula mencair. Masukkan kismis dan sedikit garam. Kacau rata dan masak sekejap. Tambah jus lemon dan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti epal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK PRATA APPLE PIE :- Panaskan kuali non-stick, lenser dengan sedikit minyak. Masukkan 1 keping roti prata dan masak untuk 1 minit dengan api sederhana. Terbalikkan dan letak 1/2 bahagian inti epal tadi, tapi pada sebahagian prata sahaja seperti dalam gambar.
  3. Gunakan senduk kayu atau plastik, lipat prata tadi seperti dalam gambar. Tekan sikit tepi2nya dengan sudu. Masak dengan api kecil hingga kuning keemasan. Terbalikkan dan masak lagi hingga semua bahagian sekata warnanya. Kerat 2 dan hidangkan....