Sebelum itu, bagi mereka yang tertanya-tanya tentang keunikan/kepelikan nama makanan ini, saya mulakan dengan sedikit pengenalan; ‘daigaku’ adalah perkataan Jepun yang bermaksud ‘universiti/kolej’ dan ‘imo’ pula bermaksud ‘ubi’..
Q : Kenapa perkataan ‘universiti’ menjadi sebahagian nama makanan ini?
A : Ada beberapa khabar angin mengenai penciptaan nama itu. Antaranya; masa zaman dahulu kala, pelajar-pelajar universiti di sekitar Tokyo sangat suka makan ubi manis, maka sampai sekarang orang sebut ‘Daigakuimo’.
Kisah yang lain pula; zaman dulu di depan pintu pagar Tokyo Universiti (Todai), ada gerai kecil yang menjual ubi rebus dan tuan gerai itu yang mula-mula memasak ubi dengan gula, maka terhasil lah nama ‘Daigakuimo’.
Banyak lagi kisah turun temurun yang dikaitkan dengan nama makanan tradisional Jepun ini, tapi hakikatnya tiada siapa yang tahu asal usul yang sebenarnya.
ok.. tanpa berlengah lagi, mari kita mula memasak!
BAHAN-BAHAN:
280g ubi keledek [サツマイモ] (sebiji-saiz sederhana)
1 sudu makan minyak sayuran (minyak biasa pun ok)
2 sudu makan gula perang (gula biasa pon boleh)
Toasted black sesame seeds [黒ゴマ] (hiasan sahaja.. optional)
Beberapa titis soy sauce (optional)
CARA-CARA:
1. Basuh sweet potato, kerat kecil2 dengan saiz suapan.
2. Rendam sweet potato dalam air selama 10minit.
3. Masukkan minyak sayuran, gula perang, sweet potato kedalam non-stick pan.
4. Tutup pan dan pasang api. [stim dan goreng sweet potato pada api sederhana kecil]
5. Bila kedengaran bunyi minyak , goyangkan pan dan biarkan selama 2 minit.
6. Buka penutup, balik-balikkan sweet potato, supaya gula sekata.
7. Tutup pan, biarkan 2 minit lagi.
8. Ulang langkah 6 dan 7 sehingga permukaan potato sweet garing, kekuningan.
9. Cucuk sweet potato dengan garfu untuk cek samada sudah lembut atau tidak. Kalau sudah, titiskan beberapa titis soy sauce. (kalau taknak pun tiada masalah)
10. Goyangkan pan dan tutup api.
11. Hidangkan di atas pinggan, taburkan toasted black sesame seed. Selamat menjamu selera.
Wednesday, March 2, 2011
Sambal Tahi Minyak Daun Kaduk
PETUA AWET MUDE!!!
5 biji kelapa
Daun kaduk (ikut suka...)
5 ulas bawang merah
secubit garam
beberapa biji cili padi
cara :
~ kelapa di parut,perah santan dan masak atas api perlahan sehingga mengeluarkan minyak.
~ Tahi minyak @ kerak..diketepikan untuk tumis bersama sambal.
~ tumbuk cili padi ikut citarasa,masukkan 5 ulas bawang merah yang dihiris halus.
~tumis menggunakan minyak kelapa tadi.
~hiris atau racik halus daun kaduk dan masukkan kedalam bahan2 tumisan.
~sedkit air utuk meratakan bahan..
~ akhir sekali masukkan tahi minyak
~ kacau rata,tambah garam...
silalah mencuba resepi turun temurun arwah bonda...ZC memang penggemar ulam2an.Daun kaduk ni banyak khasiatnya.Salah satu petua awet muda!!!
Burasak
Makanan Tradisional Kaum Bugis.
BAHAN-BAHAN
10kg beras wangi
Santan (10 biji kelapa)
Sedikit garam
Daun pisang untuk membungkus.
BAHAN-BAHAN
10kg beras wangi
Santan (10 biji kelapa)
Sedikit garam
Daun pisang untuk membungkus.
CARA MEMBUAT
Beras dibasuh sebanyak 3 kali
Masukkan santan dan garam (cara memasaknya sama seperti memasak nasi lemak). Jangan biarkan nasi yang dimasak menjadi lembik.
Selepas masak nasi tadi dibiarkan agak sejuk sedikit dan barulah dibungkus menggunakan daun pisang Semasa membungkus nasi hendaklah ditekan-tekan supaya ia tidak peroi. Setelah siap membungkus ia akan dijadikan sebuku (setiap buku mengandungi 10 bungkus/keping). Tujuannya adalah untuk memudahkan ia direbus di dalam periuk.
Kemudian direbus selama 5 jam.
Selepas direbus ia dibiarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
Beras dibasuh sebanyak 3 kali
Masukkan santan dan garam (cara memasaknya sama seperti memasak nasi lemak). Jangan biarkan nasi yang dimasak menjadi lembik.
Kemudian direbus selama 5 jam.
Selepas direbus ia dibiarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
PENCUK KELI SALAI
Dah lama tak dengar perkataan Pencuk.Dulu arwah mak yg suka Pencuk2 ni.
Bahan-bahan ( boleh makan 1 keluarga )
- 1 kg ikan keli
- 200 ml santan pekat
- sebiji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- 3 ulas ubi cekur
- 2 genggam cili api (jenis kecil)
- 5 helai daun cekur
- sehelai daun kunyit
- 2 keping asam gelugor
- 100 ml santan cair
- 2 inci kunyit hidup
- minyak untuk menumis
- Limau nipis & asam jawa secukupnya (untuk mencuci ikan)
- garam secukup rasa
- Daun pisang untuk membalut ikan semasa salai
Cara-cara
- Bersihkan ikan keli dan basuh bersih lenidr2nya. Setelah bersih, rendam dengan air perahan limau nipis dan asam jawa. Biarkan seketika. Cuci bersih kembali ikan tersebut. Lumurkan garam dan kunyit sebelum disalai. Balut dengan daun pisang sebelum salai. (menggunakan oven pun boleh juga)
- Bawang besar, isi kunyit hidup, bawang putih, serai, cili api, isi cekur dikisar. (Cili api kat rumah ni x de pedas sgt pun... sebab tu pakai banyak... lagipun tujuan utama penggunaan yg pedas ialah nak seimbangkan dengan rasa santan dan ikan tu)
- Tumis bahan2 yang telah dikisar sehingga keperangan. Kemudian masukkan santan pekat, asam gelugor dan juga gara. Biarkan ianya memekat dan kacau untuk mengelakkan pecah minyak.
- Masukkan pula santan cair dan biarkan memekat juga. Hiris nipis daun kunyit dan daun cekur.
- Ikan yang telah siap disalai boleh lah dimasukkan apabila kepekatan kuah telah mencapai seperti yg disukai. masukkan juga hirisan daun cekur & daun kunyit.
- siap dihidangkan... sedap dimakan ketika waktu tengahari... best jugak sebagai lauk kenduri kendara :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)