Tuesday, March 1, 2011

Umai...masakan tradisional Melanau di Sarawak.

Bahan-bahan ( 1-2 orang )

  • 5 ekor udang sederhana (dibuang kulit, dicuci dan dipotong kecil2)
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci belacan*
  • 1 biji cili merah*
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 3 biji cili api (dihiris) - optional
  • 1 sudu mkn kacang tanah (yg tlh digoreng dan dikisar)
  • 1 sudu makan cuka
  • 5 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • sedikit garam dan gula
  • utk hiasan(jika suka) : daun kunyit, daun sup, daun ketumbar, hirisan serai.

Cara-cara

  1. Umai2
     Perapkan udang bersama perahan limau dan garam di dlm satu bekas/mangkuk dan biarkan seketika. Gambar menunjukkan isi udang yang tlh dihiris. Kalau nak hiris memanjang pun ok.
  2. Tumbuk bahan yg bertanda * hingga lumat. (cili merah boleh ditumbuk atau dihiris shj)
  3. Umai5
     Masukkan bahan * dan kesemua bahan yg selebihnya ke dlm bekas/mangkuk perapan udang td. Gaul sampai sebati. Gambar menunjukkan bahan-bahan yg digunakan utk memerap udang.
  4. Umai8
     Perapkan di dlm peti sejuk sekurang2nya 1 jam ( udang tersebut akan masak sendiri setelah dicampurkan dgn bahan2 td) gambar menunjukkan umai yang baru diperap sebelum masak.
  5. Hidangkan dgn nasi panas. Memang sedap.
  6. **ikan segar yg sgt sedap dibuat umai ialah ikan tenggiri (paling popular), terubuk, bawal dan ikan merah. Cara penyediaannya sama seperti di atas. Cume dayang ade tmbh2 sket.

TAPAI UBI GORENG


300g tepung beras
1 biji telur
1 liter air
Garam secukup rasa
Kunyit sebagai pewarna (kalau suka)

Campur kesemua bahan2 dan gaul hingga jadi batter. Celup tapai ubi bersama campuran tadi,goreng sehingga kekuningan.

Angkat & hidang dengan kopi panas. Senangkan....

KERABU UMBUT KELAPA



Umbut kelapa (ambil bahagian yg lembut sahaja)
6 - 7 ulas bawang merah ~ ditumbuk halus
1 s/k lada hitam biji ~ ditumbuk halus berasingan
1 ½ sudu besar udang kering ~ direndam & ditumbuk halus
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik yg dah ditumbuk (kerisik buat sendiri lebih sedap!)
garam & perasakan secukupnya

1. Umbut dicelur sehingga lembut kemudian toskan.
2. Gaulkan umbut bersama dengan bahan2 tumbuk yang telah disediakan. Tambahkan santan pekat, kerisik & perasakan secukupnya. 
3. Gaul rata2 & sedia dihidangkan segera dengan nasi hangat , 
ada ikan masin lagi wallahh!!. mabeles...

GULAI DAGING BATANG PISANG (masakan ini popular di utara...)

By Qasehku Olia
1 kilo daging
Batang Pisang (dicuci dan dibuang tali temalinya serta direbus separuh empuk)
rempah kari daging 
kerisek
bahan tumis 3serangkai
halia
bawang putih dan bawang merah ditumbuk
santan (bahagi santan pekat dan santaan cair)
asam jawa
garam kasar
daun kari

Caranya
-panaskn minyak, tumis bahan tumbuk serta bahan tumis tiga serangkai, serta daun kari
-masukkan rempah kari bersama kerisek, kacau hingga wangi/rempah masak
-masukkan daging serta santan cair, tunggu hingga daging empuk
-masukkan batang pisang kacau dlm 10minit, 
-masukkan santan pekat, asam jawa serta garam
-biar selama 5minit
-siap utk dimakan

LEMANG KUKUS PERIUK KERA

LEMANG KUKUS PERIUK KERA

Periuk kera dibersihkan elok guna yang betina sebab bentuknya bulat,kalau jantan bentuknya panjang.

Sekilo beras pulut rendam dan toskan
Santan pekat secukupnya.
garam,
(lada sulah dan halba kalau suka)
gaulkan semua besama pulut.

Satukan beras pulut dengan santan garam dan lada, (mengikut cita rasa masing2) kedalam periuk kera, dikukus dalam periuk besar sehingga pulut masak.

Hidangkan sementara masih panas dengan rendang atau leh makan cam tu saja.


By:Aiza Azie Zie

MASAK LEMAK BUNGA KELADI BUNTING

By ;Qasehku Olia

1/2 kilo bunga keladi bunting
2-3 ekor ikan kembung
7-10 biji cili api ( ikut kesesuaian pedasnya)
3-4 ulas bawang merah
1/2 biji kelapa di ambil santan
sedikit kunyit hidup
sebatang serai
2 keping asam keping
sehelai daun kunyit

caranya:
Siang ikan le..bersihkan.
~tumbuk cili dan bawang+ santan+serai yg diketuk+kunyit...didihkan
~masukkan ikan dan asam keping serta daun kunyit...
~bunga keladi bunting..celur sekejap jer..kemudian di masukkan ke dalam
kuah tadi tu..
~didihkan sehingga masak...
~Dah siap..simplekan....

Gulai Pucuk Ubi Tumbuk


Resepi turun temurun keluarga kami.Mula dari Tok kami berleturnan Rao.Dipanjangkan untuk anak2 cucu oleh ibu mertuaku.Jom rasa keenakannya.

Bahan2:
  • 2 ikat pucuk ubi
  • 2 batang bunga kantan
  • 2 batang serai
  • 11 tangkai cili padi
  • beberapa potong ikan masin
  • 5 ulang bawang kecil
  • sebungkus kecil taucu
  • secubit sebuk kunyit
  • sekeping asam keoing
  • santan dr sebiji kelapa
  • segenggam ikan bilis
cara2:
  • rebus pucuk ubi,tos dan tumbuk halus,asingkan.
  • tumbuk sedikit ikan bilis,serai,bunga kantan.
  • tumbuk lumat cili padi dab bawang kecil.
  • masukkan semua yg telah di tumbuk ke dalam periuk.
  • kemudian santan,ikan masin,asam keping dan taucu.
  • didihkan pada api perlahan.
  • akhir sekali masukkan pucuk ubi.
kebiasannya gulai tidak memerlukan garam kerana ada taucu dan ikan masin.Kami lebih suka menggunakan ikan masin Talang atau kepala ikan merah.

KULIT CEMPEDAK GORENG (MANDAI)

Pernah Makan?..Pernah tengok?..Haaa..ni la nak bg tengok..Tak tahulah mana asalnya menu ni..Tapi yg saya tau..kalau kat kampung, ibumertuaku yang ajar buat n

Cara membuatnya adalah :
...
- Buang kulit luar cempedak (mcm buang kulit labu or nangka tu la).
- Potong kecik kecik memanjang
- Basuh dan toskan
- Bubuh la garam dan kunyit. Perap sekejap..dalam 1/2jam
- Goreng garing garing..

makan ngan nasi dan ikan masak lemak cili api....rangup..terangkat beb..

Rendang pucuk Ubi




Mee Siput

Sangat menepati citarasa di pagi hari,mudah,cepat dan tak lewat ke tempat kerja.Jom cuba!!!


Mee siput ni popular bagi orang-orang Johor terutama yg berasal dari Muar. Ini ialah meekuning yg dikeringkan,macam inang inang la, saya goreng dan buat sambal tumis ikan bilis jgn pedas sangat, Bubuh rata atas mee yg digoreng tadi..crup..crap..crup..crap..bunyinya.. kalau makan.


Daripada :
Aiza Azie Zie
Yang canggih beb!!!!

KERABU KULIT UBI KAYU

 
Kerabu...mmmm Yummmyyy!!!

Sup Kulit Tembikai

kalau bulan puasa selalunya sup ni kami buat makan sahur ngan ikan goreng dan telor masin...



SUP KULIT TEMBIKAI

(kulit tembikai rebus air)

...

Buangkan/kupas kulit hijaunya,

Potonglah ikut suka. cuci dan toskan.

Didihkan air secukupnya di dlm periuk.



Bahan tumbuk kasar:

5ulas bwg merah,3 ulas bawang putih,

Sedikit lada hitam dan sedikit ikan bilis@udang kering.

Masukkan ke dlm air mendidih tadi.

Lepas tu masukkan kulit tembikai.

Perasakan dgn garam dan citarasa anda.

Dah siap!!!
 By : Aiza Azie Zie.

Gulai Lemak Kulit Rambai



Bahan2nya :

~ kulit rambai yg di carik2
~sesenduk cili mesin
~santan kelapa sebelah.
~bawang kecil 5 ulas
~ikan bilis segenggam

cara ;

~rebus kulit rambai untuk hilangkan getah
~tumbuk bawamg kecil dan ikan bilis,jangan terlalu lumat.
~satukan cili mesin,santan kelapa dengan bahan2 yg ditumbuk tadi
~jerang atas dapur dengan api perlahan.
~masukkan kulit rambai.
~kacau hingga kuah pekat

* Gulai makin lazat bila dibiarkan semalaman.