Friday, July 1, 2011

KARI DAGING DAUN LIMAU PURUT

Ari ni resepi Kari Kakcik lain dari selalu......saja2 ubah selera.Kalau asek guna daun kari apakata kita tukar pada daun limau purut???

Bahan2nya:

setengah kilo daging lembut
5 sudu besar serbuk kari daging(Kakcik suka pekat)
sebesar ibujari halia
bawang putih 3 ulas
sebiji bawang besar yg sedang sizenya
sesudu kecil asam jawa extra
4 biji ubi kentang
10 biji tomato cherry(baby tomato)
3 helai daun limau purut
santan dari sebelah kelapa
hujung sudu kecil halba campuran
minyak untuk menumis
garam dan perasa

cara2nya:

~daging di potong nipis2,bersih dan toskan.Rebus seketika dan ketepikan airnya.
~ubi kentang di belah 4.
~panaskan minyak masak, tumis bawang,halia dan bawang putih hingga wangi.
~masukkan sedikit halba campuran dan jangan ditumis lama.
~ masukkan serbuk kari daging yg di basahkan dengan air rebusan daging .
~masukkan asam jawa dan sedikit demi sedikit air rebusan daging agar kari tidak hangus.
~masukkan santan,ubi kentang,garam dan perasa,juga daun limau purut.
~masukkan daging ,masak hingga lembut daging dan ubi kentang.
~biarkan mendidih dan pecah minyak baru di masukkan tomato cherry.

Mesti cuba !!!!!! sebab bau harumnya berbeza dengan kari biasa.

Talam Bunga Telang


Bahan Utk Lapisan Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1/2 cawan gula (saya tambah 2 sb lagi)
  • 2 cawan santan cair + sikit garam
  • 1 cawan jus pandan + pewarna hijau ( Fie guna air bunga Telang coz byk kat rumah, atau lebih dikenali dengan bunga nasi kerabu biru )
  • 1 sb air kapur
Cara Masak L.Bawah
  1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
  2. Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dlm mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  3. Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
  4. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.
  5. = sementara itu, bolehlah sediakan bahan lapisan atas pula.
Bahan Utk Lapisan Atas
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 sudu besar tpng jagung
  • 3 cawan santan sederhana pekat
  • 1 s/k garam
Cara Masak Lapisan Atas
  1. Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
  2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2 (dlm 10 minit)
  3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.
  4. ( sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan)
  5. Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
  6. Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.( potong guna pisau plastik/pisau kek)