Thursday, April 14, 2011

APAM DOT DOT


Dsc04230


Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )

  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum*
  • 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
  • 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla
  • 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu, ovellette, esen vanilla dan pukul lagi. Sambil2 itu masukkan tepung sedikit demi sedikit.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
  2. Kueh1
    Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
  4. Picitkan blueberry filling secukupnya
  5. Kueh2
    Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
  6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  7. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
  8. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
  9. Selamat Mencuba :)

AISKERIM GORENG

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • Bahan A
  • 1 1/2 cawan tepung serbaguna
  • 4 sudu besar tepung susu
  • 1 sudu kecil instant yis
  • 3 sudu kecil gula aising
  • 2 sudu besar butter
  • Secubit garam
  • Bahan lain
  • aiskrim vinella
  • 1 biji telur
  • 1 cawan Breadcrupt

Cara-cara

  1. Campur ke semua bahan A dan sedikit air sehingga menjadi satu doh yang lembut (seperti membuat donut)
  2. Bahagikan doh beberapa bentuk bulat untuk dicanaikan. Kemudian ambil satu doh tersebut dan canaikan nipis seperti membuat kulit karipap
  3. Panaskan minyak dahulu kerana ia memperlukan jangka masa pendek untuk digoreng kalu tidak, doh akan menjadi lembik kerana aiskrim akan cair jika di biarkan terlalu lama. Kemudian pukul telur ke dalam satu mangkuk.
  4. Setelah di canai isikan satu sudu aiskrim ke dalam doh dan klipkan bahagian tepi doh agar aiskrim tadi tidak terkeluar bila digoreng.
  5. Cimg1055a
    Letak doh ke dalam telur , angkat dan balik balikan doh ke dalam breadcrupt. Terus goreng untuk 1 minit ke 2 minit sahaja.
  6. Sedia untuk disantap. Guna aiskrim vinella kerana lambat cair jika digoreng (perasa apa2 pun boleh)

BUBUR PEDAS SARAWAK


Buburpedassarawak



Bahan-bahan ( untuk makan 5 - 10 orang) )

  • 1 pkt bumbu bubur pedas ( atau mengikut banyaknya bahan)
  • 100 gm udang / ayam / daging
  • * kacang panjang, jagung muda,midin, tauhu kering (fucuk),cendawan cina
  • 5 tangkai pucuk singkel (pucuk buas) - dihiris halus
  • 5 tangkai daun kunyit - dihiris halus
  • 5 biji cili kering (jika mahu pedas)
  • 2 biji bawang merah - ditumbuk halus
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 - 3 sudu besar minyak masak - untuk menumis
  • 3 cawan pati santan
  • garam
  • serbuk perasa
  • * mana-mana bahan ini boleh digunakan mengikut selera dan citarasa masing-masing.
  • - sesuai dijadikan pencicah untuk dimakan bersama masak kemak nangka muda, umbut, sayur keladi dll.
  • - juga sesuai dimakan begitu sahaja.
  • - bahan lain yang boleh digunakan mengikut selera sendiri iaialah seperti sotong, rebung,umbut,nenas,lobak merah,ubi kentang,bunga kantan dll yang sesuai.

Cara-cara

  1. tumiskan bawang.
  2. masukkan samada udang, ayam atau daging dan masak hingga empuk.
  3. masukkan bumbu yang sudah dibancuh dengan air.
  4. biarkan mereneh dan masukkan pula kesemua bahan sayur dan bahan hiris tadi.
  5. masukkan pula pati santan dan biarkan mendidih lebih kurang 10 minit sambil dikacau perlahan.
  6. sesuaikan rasa dan angkat.

BIHUN GORENG PETAI




Bhn2:::

bihun kering (stgh paket) *celur dulu*
udang kering (suku genggam,hehe)
ikan bilis (suku genggam gak)
daging (klu ada ayam,udg,sotong buh je,,jgn buh ketam sekor2 dahlah,hahaha )
telur (pastikan telor ORI!!sy buh 1biji,jimat!!hakhak)
sayur sawi/kubis/tomato (buh je syr2 ape yg suke,jgnlah buh peria,pucuk ubi Lak..ahaksss)
sos ikan (bkn sos Ayam)
sos tiram
lada hitam (tumbuk)
bwg putih n bwg bsr (hiris2 jelah,tumbuk pun okies)
kalau nak pedas tumbuk r cili padi ok...

cara::

tumis bwg2..msk kan dgg..msk sampai garing..msk kan ikn blis n udg kering *tumbuk keduanya*....dah garing msk kan telor kacau2 smpai msk..msk kan lada itam,sos ikan,sos tiram n air skit n garam skit..dah didih msk bihun kacau smpai msk n last buh sayur..kacau sampai masak Lah,hehehe...last tabur telur dadar