Sunday, March 27, 2011

PULUT SERAWA DURIAN.


P5160809

Lagi satu resepi pulut...

bahan2

2 cawan pulut
1 cawan santan cair
secubit garam
4 ulas isi durian
2 sudu gula merah
2 sudu gula putih
1 cawan santan pekat

Cara2

Rendam pulut sekurang2nyer 4 jam.Kukus mcm biasa.. Bubuh santan dgn garam secukup rasa.

Untuk serawa..very the easy laaa... rebus durian tu dgn 2 cawan air...rebus sampai kembang.pastu masukkan santan pekat, gula merah & gula putih.kacau sehingga sebati dan pekat.

NASI SANTAN DURIAN






Bahan2:

Nasi semangkuk tambah
Durian ikot kemampuan makan
Santan pekat/pati di perah dengan air suam


Cara makan:
~makan nasi panas dengan buah durian,gaul dengan santan.
~makan camtu aje..

Notes: memang pelik tapi hakikatnya inilah yg keluarga kami makan kalau musim durian!!!

LEMPOK DURIAN


Bahan-Bahan:
400 gm isi durian400-500 gm gula
Cara:
Satukan isi durian dan gula dalam kuali. Jerang atas dapur dengan api sederhana hingga mendidih dan gulanya hancur. Kacau tanpa henti hingga bertukar warna perang serta bergolek dan tidak melekat di kuali. Alihkan ke dalam upih yang digelungkan dan diikat di bahagian atasnya bagi tujuan disimpan. Boleh juga disimpan dalam bekas bertutup, sejukkan dahulu baru ditutup dan simpan ditempat kering atau dalam peti sejuk.

KEK DURIAN



Bahan2nya:

185 gram tepung naik sendiri
185 gram buttercup
155 gram gula halus
4 biji telur (asingkan kuning dan putih)
Isi Durian

Cara membuatnya

1) Putar gula dan buttercup hingga kembang.
2) Masukkan kuning telur dan pukul perlahan.
3) Setelah itu, masukkan putih telur dan tepung sedikit demi sedikit.
4) Masukkan isi durian. (Untuk kelihatan sebati, mesin isi durian bersama majerin).
5) Bakar selama 20-30 minit dengar suhu 180C.

BUNGA DURIAN GORENG CILI PADI




Bahan-bahannya:
Bunga durian secukupnya
5 biji cili padi ( bergantung kepada tahap kepedasan yg diingini)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis atau udang kering
Sedikit belacan / kiub ikan bilis
Garam secukupnya

Cara-caranya:
Kesemua bahan di atas kecuali bunga durian ditumbuk atau dikisar.
Tumiskan bahan2 yang dikisar hingga naik bau.
Masukkan bunga durian yang telah basuh bersih.
Kacau rata hingga bunga durian nampak lembut.
Jangan goreng terlalu lama dan jangan campur dengan air kerana lama kelamaan bunga durian akan mengeluarkan air. Rasalah garam secukupnya. Hidangkan bersama nasi panas.

AMPAP IKAN

Bahan-Bahan:
1 kilo ikan tongkol/kayu/basung
Halia sebesar ibu jari
Cili boh satu sudu besar
Bawang Merah 4 ulas
Bawang Putih 3 ulas
Serai 2 batang
Kunyit hidup sebesar ibu jari
Garam
Ajinomoto
3 keping asam
Cara:
1.Halia, kunyit, bawang merah, bawang putih ditumbuk lumat.
2.Kemudian, campurkan cili boh, asam keping dan serai.
3.Ikan yang telah dibersih, dicampur dengan bahan yang ditumbuk lumat. Terus diperap bersama garam dan sedikit ajinomoto sehingga meresap.
4.Masukkan ikan ke dalam periuk kemudian rebus sehingga hampir kering.
Cadangan Hidangan:
Sesuai dimakan bersama nasi putih atau sagu ambuyat.

PULUT TERATAI




Bahan-Bahan
150g beras pulut
3 helai daun teratai kering
2-3 utas tali rafia
25g biji teratai
3 keping cendawan kering
100g ayam
6 biji buah berangan kering
1 sdm udang kering
1 biji kuning telur asin
½ sdt air
1 sdt bawang putih
1 genggam kacang gingko
1 sudu kicap cair
1 sdm sos tiram
1 sdm minyak bijan
1 sdt gula
½ sdt lada sulah
1 sdt kicap pekat


Cara Cara

1. Panaskan minyak, tumiskan ayam bersama bawang putih, cendawan kering, kacang gingko, udang kering dan buah berangan kering.
2. Masukkan sos tiram, kicap cair, minyak bijan, kicap pekat dan gula.
3. Pulut direnjiskan dgn air untuk menghilangkan lekit kemudian digaul.
4. Campurkan pulut bersama bahan yg telah ditumis dan kacaukan sehingga rata.
5. Letakkan pulut ke atas daun teratai, masukkan kuning telur asin ditengah pulut kemudian tutupkan dgn pulut di atasnya.
6. Akhir sekali, bungkuskan pulut ke dalam daun teratai lalu diikat dgn tali rafia. Kukuskan selama 25 minit.

KUIH ROMEO N JULIET @ PULUT DAKAP.


Imej024



Bahan-bahan ( 30 biji @ 15 pasangan berdakap )

  • 1 kg beras pulut
  • 35 oz santan daripada 1 1/2 biji kelapa (lebih kurang 5 cawan)
  • 15 biji pisang emas (dibelah dua)
  • 2 sudu teh garam
  • Daun pisang secukupnya (dilayur)
  • Tali untuk ikat
  • 2, 3 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masukkan santan dalam periuk yg agak besar dan letak atas api. Masukkan garam dan daun pandan yg disimpul.
  2. Apabila santan sudah menggelegak, masukkan pulut yang telah dicuci dan ditos terlebih dahulu.
  3. Sentiasa kacau supaya tidak berkerak hingga pulut separuh masak atau santan sudah kering. ( Lebih kurang 25 minit). Tutup api dan ceduk beberapa senduk masukkan dalam bekas lain.
  4. Daun pisang dipotong selebar lebih kurang 15 cm.
  5. Imej019
    Bentangkan daun pisang.Ambil 3 sudu pulut dan ratakan. Letak pisang ditengahnya.Balut.
  6. Imej021
    Dah siap balut semuanya, cari pasangan yang sama panjang dan dakapkannya. Lalu diikat di kedua-dua bahagian hujungnya.
  7. Rebus untuk 45 minit. Keluarkan dari periuk dan biarkan sejuk.
  8. Buka ikatan tali dan boleh dimakan.
  9. Selamat mencuba.

LEPAT LOH

25-10-08_1206

Masakan Hari Raya Orang Bugis...... Bukan lemang, bukan ketupat daun palas tapi Lepat Loh..

Bahan-bahan ( 10 org )

  • 1 kg pulut - masak seperti biasa dgn santan, garam dan sedikit minyak(optional)
  • Daun pisang muda sebesar paper A4 (untuk balut pulut) - berapa keping tu tgk brapa byk pulut tu sampai habis
  • Daun pisang tua (lebih kurang 3 jengkal panjangnya, janji boleh balut seluruh pulut) - tgk brape set dpt utk 1 kg, haritu buat 3 kg so tak dpt agak utk 1 kg pulut.
  • Tali rafia dan gunting

Cara-cara

  1. Masak pulut seperti biasa, masak sehingga 2/3 masak
  2. 24-10-08_2217
    Setelah pulut sejuk bentukkan kepada segitiga dan panjang lbh krg 6 inci - kalau betul2 ada acuan dia, tu yg sama jek besar dan panjang nyer...tapi kite bugis celup jek, just bentuk2kan pakai jari jek...acuan kene buat, tak de jual kot...
  3. 24-10-08_2239
    Balut atau bungkus pulut (lipat kiri kanan baru lipat gulung ikut bentuk segitiga)
  4. 24-10-08_2240
    Cukup 7 biji susun menjadi bulat
  5. 24-10-08_2242
    Gulung dan bungkus pulut 3segi tu dgn daun pisang tua macam bungkus hadiah bentuk mcm gambarajah (pandangan dari tepi)
  6. 24-10-08_2236
    Ikat
  7. 24-10-08_2321
    Rebus selama 3-4 jam, angkat dan tos macam ketupat jugak.....
  8. Buka tali dan buangkan daun pisang tua, hidang tanpa buka daun pisang muda atau potong dua.... mkn dengan rendang dan lauk2 lain dihari raya....