Thursday, June 13, 2013

Apple Yoghurt Muffins

 Apple Yoghurt Muffins

2 cawan tepong gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan gula
75 gm mentega cair
3/4 cawan plain yoghurt
2 biji epal hijau (sagat halus  )
2 biji telor
topping
1 sudu besar gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu manis

cara :
~ ayak tepong gandum,kayu manis dan baking powder
~ pukul perlahan mentega dan gula,yoghurt dan masukkan telor
~ masukkan tepong sedikit demi sedikit dan kacau rata.
~panaskan oven pada suhu 180`c bakar selama 40 minit.

Untuk toping...tabur gula dan kulit kayu manis.


Puding Roti Marble


Yang tak dapat resepi Puding Roti Marble jom amek kat sini.Kite buat yang simple2,tak banyak kos dan sedap.
Kakcik suka pada benda yang senang2,mmalas nak menyusahkan kepala otak.Agak2 roti dah tak abis makan tu kite buat puding je.Petang2 makan sejuk2 sedap tekak.


Puding Roti Marble

4 keping Roti (kakcik guna Roti sandwich je..)
stengah cawan gula (nak manis lg 3/4 )
sebungkus agar2 (serbuk pun boleh...)
se tin susu sejat (kakcik gune creamer sebab putih menawan )
2 sudu besar margerin(butter pon sedap)
3 stengah cawan air
serbuk koko (ikot suka...nak sedap letak banyak..rase2lah)
pewarna (pon ikot suke..)

cara
~ rebus 3 stengah cawan air dengan agar2 hingga hancur,masukkan gula
~ mesin roti ngan susu sejat(ceamer...bancuh secawan air ngan 6 sudu creamer )
~ masukkan margerin/butter dlam roti,esen vanilla kalau yg letak telor,kakcik tak suke telor..hanyir )
~ masak hingga sebati ngan agar2
~ angkat dari api dan asingkan ke beberapa mangkuk
~ kalerkanlah pastu letak satuu senduk..lapis lagi hingga ke senduk terakhir.Lapis2 je biar nampak berpusar2,tak payah di kacau2.
~ sejukkan dan boleh hidang sejuk2 minom petang.

ok boleh cuba!!!



Oatmeal Cookies

seminggu dua ni dapor dan oven saling memerlukan.Banyak pulak juadah nak dibuat.Dah lama tinggalkan blog ni tak diupdate.Pagi ni atas permintaan ramai kakcik share beberapa resepi yang menarik.

Nak share resepi sihat jugak.Biskut Oatmeal ni dibuat oleh aak bujang Kakcik Black.Sangat giat membina badan akhir2 ni.Nak dapat badan yg Ideal Black berusaha keras menjaga pemakanan.Biskut sihat ini membantu menambah stamina bila ke gym.Jom sama2 buat.


Oatmeal Cookies

1 cwn butter
stengah cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1cwn tepong naik sendiri
1 cwn tepong gandum
1 sudu kecil garam
1 cwn kismis
3 cawan oat
2 biji telor
2sudu besar minyak zaiton

cara
~ pukul butter dengan gula hingga kembang,
~ masukkan telor satu persatu,gaul rata dan masukkan esen vanilla
~ masukkan tepong dan garam,kacau sedikit demi sedikit
~ uli doh lembut dan masukkan kismis,kemudian oat
~ rehatkan  selama 1 jam dalam peti sejuk
~ terap mengikut citarasa (Black buat lebar 3 inci)
~panaskan oven ke suhu 190`c ,bakar selama 10 minit.(Black set 15,bila  5 minit berlalu baru masukkan biskut,bakar hingga timer 10 minit berhenti.)

Tips :
1. sapukan butter ke dulang pembakar dan tabur sedikit tepong untuk elak biskut melekat.
2.1 cawan butter nak senang potong 2 je seketul butter tu...
3.Campurkan tepong dan diayak untuk dapatkan texture yg menarik.
4.semasa menguli tambah minyak zaitun untuk melembutkan adunan..
       






x

boleh cuba di musim perayaan akan datang ini.Selain berkhasiat,kos pun tak banyak.Black buat 2 cawan tepong menghasilkan 33 keping biskut yg besar dan lazat..