Wednesday, April 13, 2011

RESIPI DAGING PERCA

(Maaf tiada gambar disertakan...)

BAHAN-BAHANNYA
600 g daging lembu
50 g gula
400 ml minyak
4 biji cili merah
4 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
4 keping asam gelugor
garam secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Kisarkan cili, bawang merah dan bawang putih.
2. Potongkan daging dan rebuskan bersama-sama ramuan yang telah dikisar tadi sehingga empuk.
3. Masukkan garam, gula dan asam gelugor.
4. Angkat dan ketepikan.
5. Apabila daging telah sejuk, siat-siatkan mengikut uratnya.
6. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga kering.
7. Angkat dan hidangkan

UDANG GORENG TAHI MINYAK





Bahan A (tahi minyak)

1 biji kelapa parut
(perah dan ambil pati santan, masak santan sehingga menjadi tahi minyak, toskan tahi minyak tersebut)

Bahan Rempah

1/2 kg udang (dibelah bahagian belakangnya)
2 batang serai }
1 cm halia }
2 ulas bawang besar }
3 ulas bawang putih } dikisar
6 biji cili kering }
1/2 s/besar jintan halus }
1/2 s/besar jintan kasar }
2 s/besar ketumbar }
4 tangkai daun kari
2 s/besar rempah kari ikan
sedikit gula melaka
3 biji limau kasturi (diambil jus)
garam secukup rasa
sedikit rebung

Cara Menyediakannya

1. Goreng udang bersama tepung beras di dalam minyak lebihan membuat tahi minyak sehingga garing dan toskan.

2. Tumiskan bahan yang dikisar bersama rempah kari ikan, daun kari, garam, serbuk perasa, gula, sedikit rebung dan air limau sehingga garing.

3. Setelah itu, campur dan gaulkan semua tahi minyak tadi dengan udang sehingga rata.

4. Hidangan ini boleh dimakan bersama nasi ataupun diratah begitu sahaja.

RENDANG CENDAWAN SISO @ SISIR

RENDANG PEDAS CENDAWAN SISIR (SISO...org Perak)

2 cawan cendawan sisir






6-8 biji cabai kering(nak guna cili apipun boleh)
5-6 ulas bawang merah
sedikit halia
sedikit kerisik
santan pekat 1 cawan (kalau pekat...buh air sikit)
serbuk kunyit
daun kunyit
udang hidup/kerang pun boleh/ikan bilispun boleh

Caranya:
~Basuh bersih2 cendawan tu..toskan.
~Blend cabai, bawang dan halia
~tuangkan ke dalam cendawan tu (buh dlm kuali ler...)+ santan+udang
+kerisik + serbuk kunyit...jerang di atas api
~Masak sampai mendidih..kemudian koyak2kan daun kunyit....
~Sesuaikan rasanya...biarkan berkuah sedikit....
~Ok..siap...selamat mencuba...

Jus Madu 3




Bahan-Bahan:
6 biji timun
10 helai daun pegaga
1 mangkuk cina kecil isi buah nipah
½ gelas cuka nipah 3 gelas air masak

(Dijadikan sirap)
1 gelas gula pasir
1 gelas air
3 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan
Sehiris halia


Cara:
Timun dan daun pegaga dibasuh dan dipotong kecil-kecil. Kemudian dimesin hingga hancur (timun hendaklah dibuang bijinya terlebih dahulu). Tapis bahan yang telah dimesin tadi dengan menggunakan kain maslin. Campurkan jus dengan sirap yang telah sejuk dan kacau supaya rata. Masukkan isi buah nipah dan beberapa keping timun yang telah dipotong dadu. Hidang dengan ketulan air batu.

Resipi...Nasi Lebai Haji










Bahan
5 cawan BERAS JASMINE SPECIAL atau HARUMMAS
1.2 kg ayam
125 ml susu cair
6 biji tomato puri
3 cawan air
300 gm bawang besar
5 biji cili hijau
180 gm mentega
4 sudu besar ketumbar
4 sudu besar jintan manis
4 sudu besar rempah bunga lawang
4 sudu besar rempah bunga cengkih dan kulit kayu manis
Bahan Tumis
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara Membuat
1. Bersihkan ayam dan potong dadu. Bersihkan beras dan toskan hingga kering.
2. Panaskan mentega dan tumis semua bahan tumis hingga wangi. Masukkan ayam hingga menjadi lembut.
3. Masukkan air bersama dengan susu cair. Campurkan tomato puri dan garam secukup rasa.
4. Setelah campuran masak, masukkan beras dan kacau hingga sebati.
5. Campurkan sedikit air dan kacau sekali lagi sehingga kesemua campuran rata. Biarkan hingga nasi masak

CENDAWAN KUKUR MASAK LEMAK CILI PADI



Bahan-bahannya:
2 cawan cendawan kukur
Segenggam cili padi
Kunyit sebesar ibu jari
2 batang serai(dititik)
2 keping asam keping
1 biji kelapa parut(diambil santannya,mestilah pekat)
Segenggam ikan bilis
Garam scukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Cendawan kukur hendaklah dicuci sehingga bersih.Tumbuk cili padi bersama-sama kunyit hingga lumat.Masukkan santan kedalam periuk berserta cendawan kukur dan cili yang ditumbuk tadi.Masukkan juga serai,asam keping,garam dan ikan bilis.Masakkan ia dengan api sederhana .Sesudah mendidih,kacau sebentar.Kemudian padamkan api.Maka masaklah ia.Semoga anda mencubanya.

Disini saya ingin memberitahu bahawa cendawan kukur juga dikenali sebagai cendawan sisir oleh orang Terengganu.