seminggu dua ni dapor dan oven saling memerlukan.Banyak pulak juadah nak dibuat.Dah lama tinggalkan blog ni tak diupdate.Pagi ni atas permintaan ramai kakcik share beberapa resepi yang menarik.
Nak share resepi sihat jugak.Biskut Oatmeal ni dibuat oleh aak bujang Kakcik Black.Sangat giat membina badan akhir2 ni.Nak dapat badan yg Ideal Black berusaha keras menjaga pemakanan.Biskut sihat ini membantu menambah stamina bila ke gym.Jom sama2 buat.
Oatmeal Cookies
1 cwn butter
stengah cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1cwn tepong naik sendiri
1 cwn tepong gandum
1 sudu kecil garam
1 cwn kismis
3 cawan oat
2 biji telor
2sudu besar minyak zaiton
cara
~ pukul butter dengan gula hingga kembang,
~ masukkan telor satu persatu,gaul rata dan masukkan esen vanilla
~ masukkan tepong dan garam,kacau sedikit demi sedikit
~ uli doh lembut dan masukkan kismis,kemudian oat
~ rehatkan selama 1 jam dalam peti sejuk
~ terap mengikut citarasa (Black buat lebar 3 inci)
~panaskan oven ke suhu 190`c ,bakar selama 10 minit.(Black set 15,bila 5 minit berlalu baru masukkan biskut,bakar hingga timer 10 minit berhenti.)
Tips :
1. sapukan butter ke dulang pembakar dan tabur sedikit tepong untuk elak biskut melekat.
2.1 cawan butter nak senang potong 2 je seketul butter tu...
3.Campurkan tepong dan diayak untuk dapatkan texture yg menarik.
4.semasa menguli tambah minyak zaitun untuk melembutkan adunan..
x
boleh cuba di musim perayaan akan datang ini.Selain berkhasiat,kos pun tak banyak.Black buat 2 cawan tepong menghasilkan 33 keping biskut yg besar dan lazat..