Resepi ni pertama kali saya rasa bila bertandang kerumah kawan dari N9.
Sekali cuba terus tak leh lupa.
1. 2 kilo pucuk ubi (petik daun yang masih lembut sahaja)
2. 20 ulas lada api (ikut cita rasa sendiri)
3. 1 1/2 inci kunyit
4. segenggam ikan bilis
5. 3 keping asam keping
6. pati santan dari 2 biji kelapa.
7. garam secukup rasa.
Cara-cara Menyediakannya
1.Tumbuk lada api dan kunyit. Kemudian campurkan dengan santan di dalam kuali.
2.Masukkan ikan bilis, asam keping dan sedikit garam. Hati-hati dengan garam kerana apabila rendang kering, garam akan lebih terasa.
3.Masak sehingga terbit minyak atas api sederhana.
4.Setelah terbit minyak, masukkan pucuk paku dan masak lagi sehingga hampir kering. Kecilkan api dan kacau selalu sehingga warna rendang hijau gelap.
5.Rendang ini insyallah boleh tahan sehingga 3 hari tanpa dipanaskan jika betul keringnya.
Kalau rasa was was, boleh lah panaskan tiap tiap hari hingga rendang habis dimakan.
By: Aiza Azie Zie
No comments:
Post a Comment