Makanan Tradisional Kaum Bugis.
BAHAN-BAHAN
10kg beras wangi
Santan (10 biji kelapa)
Sedikit garam
Daun pisang untuk membungkus.
CARA MEMBUAT
Beras dibasuh sebanyak 3 kali
Masukkan santan dan garam (cara memasaknya sama seperti memasak nasi lemak). Jangan biarkan nasi yang dimasak menjadi lembik.
Selepas masak nasi tadi dibiarkan agak sejuk sedikit dan barulah dibungkus menggunakan daun pisang Semasa membungkus nasi hendaklah ditekan-tekan supaya ia tidak peroi. Setelah siap membungkus ia akan dijadikan sebuku (setiap buku mengandungi 10 bungkus/keping). Tujuannya adalah untuk memudahkan ia direbus di dalam periuk.
Kemudian direbus selama 5 jam.
Selepas direbus ia dibiarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.