Tuesday, March 1, 2011

Gulai Pucuk Ubi Tumbuk


Resepi turun temurun keluarga kami.Mula dari Tok kami berleturnan Rao.Dipanjangkan untuk anak2 cucu oleh ibu mertuaku.Jom rasa keenakannya.

Bahan2:
  • 2 ikat pucuk ubi
  • 2 batang bunga kantan
  • 2 batang serai
  • 11 tangkai cili padi
  • beberapa potong ikan masin
  • 5 ulang bawang kecil
  • sebungkus kecil taucu
  • secubit sebuk kunyit
  • sekeping asam keoing
  • santan dr sebiji kelapa
  • segenggam ikan bilis
cara2:
  • rebus pucuk ubi,tos dan tumbuk halus,asingkan.
  • tumbuk sedikit ikan bilis,serai,bunga kantan.
  • tumbuk lumat cili padi dab bawang kecil.
  • masukkan semua yg telah di tumbuk ke dalam periuk.
  • kemudian santan,ikan masin,asam keping dan taucu.
  • didihkan pada api perlahan.
  • akhir sekali masukkan pucuk ubi.
kebiasannya gulai tidak memerlukan garam kerana ada taucu dan ikan masin.Kami lebih suka menggunakan ikan masin Talang atau kepala ikan merah.

1 comment: