Thursday, March 3, 2011

URAP BEREMI


Semangkuk pokok beremi (dibersihkan)
1 cawan kelapa parut ( putih sahaja)
1 biji bawang besar hiris halus
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumbuk kasar/Kisar halus sangat
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
8 biji cili padi
1/2 inci belacan
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA
Pokok beremi, dibersihkan, toskan hingga betul2 kering, potong setengah inci tapi jangan terlalu halus, ketepikan

Kelapa parut digaul bersama bahan2 tumbuk /kisar hingga rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan beremi dan hirisan bawang besar, gaul hingga mesra.

Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit. Angkat dan boleh hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 yang lain.
Selamat mencuba!!

1 comment: