Monday, April 4, 2011
JAJIK (SALAD TIMUN)
Bahan-bahannya
1 batang timun, dibuang kulitnya, dipotong dadu isinya (yang kat tengah berbiji-biji tu buang)
½ cawan tairu
1 ulas bawang putih
1 sudu teh daun pudina, dihiris halus
1 sudu teh minyak zaitun
garam secukup rasa
Cara-caranya
Masukkan semua bahan-bahan didalam mangkuk dan gaul rata. Enak hidangkan sejuk.
Nota D: Bila menyediakan Jajik ini yang penting timun dan kalau gunakan tomato hendaklah ditoskan sekering-keringnya, kerana bila dah digaul dengan tairu ia akan mengeluarkan air. Jadi sebaiknya selalu yang D timun D akan sejukkan dalam peti sejuk dan juga tairu. Bila waktu nak menghidang potong-potong, gaul-gaul dan hidang. Jadi saladnya tidak terlalu berair.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment