Sunday, May 8, 2011

PRATA APPLE PIE


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping instant prata
2 biji epal hijau
1 genggam kismis
1 batang kayu manis
1 camca besar gula perang
Secubit garam
1 1/2 camca besar mentega
1/2 camca besar tepung jagung
Sedikit jus lemon



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI EPAL :- Epal dikupas kulit, buang empulur, hiris dan dadu kecil. Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal dan kulit kayu manis serta gula perang, goreng hingga epal lembut dan gula mencair. Masukkan kismis dan sedikit garam. Kacau rata dan masak sekejap. Tambah jus lemon dan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti epal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK PRATA APPLE PIE :- Panaskan kuali non-stick, lenser dengan sedikit minyak. Masukkan 1 keping roti prata dan masak untuk 1 minit dengan api sederhana. Terbalikkan dan letak 1/2 bahagian inti epal tadi, tapi pada sebahagian prata sahaja seperti dalam gambar.
  3. Gunakan senduk kayu atau plastik, lipat prata tadi seperti dalam gambar. Tekan sikit tepi2nya dengan sudu. Masak dengan api kecil hingga kuning keemasan. Terbalikkan dan masak lagi hingga semua bahagian sekata warnanya. Kerat 2 dan hidangkan....

No comments:

Post a Comment