Bahan Utk Lapisan Bawah
- 1 cawan tepung beras
- 1 s/b tepung jagung
- 1/2 cawan gula (saya tambah 2 sb lagi)
- 2 cawan santan cair + sikit garam
- 1 cawan jus pandan + pewarna hijau ( Fie guna air bunga Telang coz byk kat rumah, atau lebih dikenali dengan bunga nasi kerabu biru )
- 1 sb air kapur
Cara Masak L.Bawah
- Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
- Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dlm mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
- Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
- Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.
- = sementara itu, bolehlah sediakan bahan lapisan atas pula.
Bahan Utk Lapisan Atas
- 1/2 cawan tepung beras
- 4 sudu besar tpng jagung
- 3 cawan santan sederhana pekat
- 1 s/k garam
Cara Masak Lapisan Atas
- Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
- Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2 (dlm 10 minit)
- Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.
- ( sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan)
- Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
- Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.( potong guna pisau plastik/pisau kek)
No comments:
Post a Comment