Tuesday, March 1, 2011

KERABU UMBUT KELAPA



Umbut kelapa (ambil bahagian yg lembut sahaja)
6 - 7 ulas bawang merah ~ ditumbuk halus
1 s/k lada hitam biji ~ ditumbuk halus berasingan
1 ½ sudu besar udang kering ~ direndam & ditumbuk halus
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik yg dah ditumbuk (kerisik buat sendiri lebih sedap!)
garam & perasakan secukupnya

1. Umbut dicelur sehingga lembut kemudian toskan.
2. Gaulkan umbut bersama dengan bahan2 tumbuk yang telah disediakan. Tambahkan santan pekat, kerisik & perasakan secukupnya. 
3. Gaul rata2 & sedia dihidangkan segera dengan nasi hangat , 
ada ikan masin lagi wallahh!!. mabeles...

1 comment:

  1. boleh masak gulai jugak...masa dulu2 orang kawin masak gulai ni campur daging.Memang best!!!

    ReplyDelete