Pokok Terung Dayak atau Terung Asam
Bahan-Bahan: | |
1 kg terung Dayak 1 liter air 2 batang serai 15 gm halia 2 ulas bawang putih | 2 biji bawang merah 500 gm Ikan Lumbi Salai Garam secukupnya 1 camca teh serbuk lada putih |
Cara: | |
Basuh terung dan hiris setebal 1 cm. Jerang air. Titik serai dan halia. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat dan dimasukkan ke dalam air yang sedang menggelegak. Masukkan terung Dayak dan masak hingga lembut. Rendam ikan salai seketika. Apabila terung dayak hampir masak masukkan ikan, garam dan serbuk lada putih. |
No comments:
Post a Comment