Saturday, March 26, 2011

COCONUT AFFIN SHAKE



( 1 gelas besar )

1 biji kelapa muda (ambil air dan isi kelapa)
2 scoop vanilla/coconut ice cream
sedikit gula pasir (ikut suka)
1/2 cawan ketulan ais (ikut suka)

Cara-cara

Satukan kesemua bahan di atas ke dalam blender dan kisar hingga halus dan sebati.Tuang ke dalam gelas dan bubuh topping ice cream tambahan jika suka.Segera dinikmati... :)


TQ AIZA AZIE ZIE

Friday, March 25, 2011

MEE SIPUT


ISTEMEWA DARI DAPUR YONG @ QASEHKU OLIA

Bahan utama mee siput le....
Untuk sambalnya
ikan bilis
10 biji cabai kering
2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji kentang
sedikit belacan
asam jawa

Caranya:
~Goreng le mee siput tu......
~Masak sambalnya...blender cabai,bawang merah/putih dan belacan.
~Goreng ikan bilis...ketepikan.
~Goreng ubi kentang yg di potong ikut suka hati.
~Panaskan minyak...masukkan bahan yg diblender tadi...masak sampai naik
aromanya..buh air asam jawa....masak sampai pekat.
~Last sekali buh ikan bilis dan kentang yg digoreng tadi...
~Sesuaikan rasanya..garam dan gula..
~lepas tu bubuh sambal di atas mee siput....
~selamat mencuba......selamat mencari mee siput....

Thursday, March 24, 2011

MEE SUAH


P1170293

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 packet mee suah (packet kecil)
  • 1 ulas bawang kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 100 gm udang saiz sederhana
  • 1 biji ubi kentang
  • 1 keping tauhu
  • 1 biji cili merah - potong
  • Garam dan serbuk pati ayam secukup rasa
  • Air

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan.
  2. Masukkan udang dan tauhu,goreng layu.
  3. Masukkan air dan kacau sebentar.
  4. Masukkan ubi kentang dan cili merah serta garam dan pati ayam
  5. Biarkan mendidih dan selepas tu barulah masukkan mee suah.Masak sehingga mee suah lembut.
  6. *Mee suah ni cepat kembang so kena buat kuah banyak ckit *Sayur lain boleh masuk cam carrot dan lain-lain,carrot Kiah habis tu yg tak letak. *Letak sedikit lada hitam tumbuk klu nak rasa spicy ckit

Tag

MEE SANGGUL


Besday_anak_kak_ina19




Bahan-bahan ( 2org )

  • * 1/2 peket mee sanggul
  • * 2 ulas bwg putih- tumbuk
  • * pes goreng bihun goreng adabi
  • * 3 ulas bwg merah
  • * 1/2 sudu teh lada hitam- tumbuk
  • * 4-5 biji cili api- tumbuk
  • * 1 biji telur
  • * kucai
  • * udang

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih dan bwg merah sampai naik bau, jgn lama sangat nanti hangus. (api sederhana)
  2. Masukkan pes goreng bihun adabi dan masukakn udang biarkan masak.
  3. Masukkan lada hitam, biar sebentar, kemudian masukkan 1/2 cwn air dan sedikit garam.
  4. Masukkan mee sanggul dan dikacau rata, kemudian barulah dimasukkan telur dan kucai.
  5. Bila masak barulah diangkat dari api.
  6. Siap dihidangkan.

MEE SIPUT

Dsc03872

Ni la mee siput yg pemes kat Johor.Sedap klu dimakan dengan sambal tumis.Tak pasti lak klu kat tempat dipanggil apa.Cara nak masak...Goreng dlm minyak yg banyak & panas
~buat sambal ikan bilis
~mee di goreng garing dan makan....

notes~ resepi paling mudah,murah dan malas!!!

Wednesday, March 23, 2011

NASI UDUK



Bahan-Bahan:
1½ cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
500 gm ayam (dibersihkan dan dipotong kecil-kecil)
2 cawan santan
2 helai daun salam
1 biji timun ] dihiris
2 biji tomato ]
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan giling:
1 camca teh ketumbar biji
1.2 sm belacan (dibakar)
1 batang serai (dihiris)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sehiris lengkuas
Cara:
Satukan santan, bahan giling, daun salam dan garam secukup rasa. Masak sambil mengacaunya selama 15 minit. Masukkan beras ke dalam campuran santan itu. Masak nasi hingga kering airnya dan tanak hingga kering airnya dan tanak hingga masak betul. Sesuaikan bahan perasanya, keluarkan daun-daun, dan sendukkan. Perasakan ayam dengan garam secukup rasa. Goreng dengan minyak banyak yang panas hingga kuning dan garing. Angkat dan toskan. Letakkan ayam di atas nasi. Hiaskan dengan hirisan timun dan tomato. Hidangkan panas-panas.

KUAH RAWON (NASI RAWON)





Bahan:
300 gm tetel (daging berlemak)
100 gram kacang panjang, potong dlm 1 inchi pjg)
2 lembar daun salam
4 lembar daun limau purut
1 batang serai, dititik
2 cm lengkuas, dititik
Garam dan gula secukupnya
8 gelas air

Bahan Kisar:
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 biji buah keras
3 biji isi buah keras
2 btg cili i merah
1 sdm lada putih biji
1 sdt ketumbar )
1/2 sdt jintan kasar ) di sangar sedikit
1/2 sdt jintan halus )


Cara Memasak:

Potong kotak-kotak kecil daging tadi.

Panaskan sedikit minyak goreng, tumis bumbu yang dihaluskan sampai harum bersama serai, lengkuas, daun salam dan daun limau purut.
Masukkan daging tetel tadi dan gaul.... masukkan air dan biarkan dia atas api sederhana hingga daging empok.
Rasa garam dan masukkan kacang panjang tadi dan matikan api

Hidangkan kuah ini dgn nasi putih, serunding, paru goreng, tahu & tempe goreng dan juga sambal belacan yg di perah limau kasturi..

NASI KETAN @ PULUT KUNING


Bahan-Bahan:
1 kg pulut
2 biji kelapa (diperah santan pekat sebanyak 2 cawan)
Garam secukup rasa
4 cm kunyit hidup (ditumbuk dan diperah airnya)
2 helai daun pandan (disiat)
1 helai daun pisang (untuk melapik pengukus)
Air kelapa (daripada sebiji kelapa)
Air sejuk secukupnya
4 keping asam gelugur
Cara:
Rendam pulut semalaman dengan campuran air kelapa, air sejuk dan juga air perahan kunyit hidup.

Sesekali gaulkan, agar kunyit bercampur rata.

Panaskan air di dalam periuk kukusan sehingga mendidih, masukkan daun pandan yang telah disiat-siat, lapik bekas pengukus pulut dengan daun pisang yang dilubang-lubangkan agar wap dapat menembusi pulut.

Tuskan pulut dan letakkan ke dalam bekas pengukus, tetapi jangan dipadatkan. Cucukkan dengan batang sudip kayu agar pulut tidak menutupi lubang kukusan dan kukus sehingga ia masak.

Turunkan bekas pengukus, arun pulut dengab santan yang dicampur garam dan kukus sekejap. Bolehlah dibentuk dan dihias.

KUIH TEPUNG BUNGA

Bahan-Bahan:
250 gm tepung pulut
50 gm tepung beras
½ sudu kecil garam
2 biji telur
1 ½ liter minyak masak
200 ml santan
200 gm gula
Cara:
Panaskan santan dahulu masukkan garam. Biarkan hingga mendidih angkat dan sejukkan. Satukan tepung pulut dengan tepung beras. Uli hingga sebati, bulatkan satu persatu hingga habis. Bulat-bulatkan adunan. Pukul telur hingga sebati, panaskan minyak masak. Celup adunan dalam telur dan goreng hingga masak. Angkat dan gaul dengan gula.

LENGKONG GULONG LIAT


Agar-Agar Kering
BAHAN-BAHAN:
10 gm agar-agar
500 ml air
100 gm gula
80 gm gula batu
Sedikit pewarna merah dan hijau

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masak agar-agar hingga larut. Masukkan gula dan gula batu. Masak sehingga pekat dan tapiskan.
2. Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan merah dan hijau. Tuangkan ke dalam bekas nipis.
3. Setelah sejuk, gulungkan agar-agar yang nipis dan potong menyerong. Jemur sehingga kering

KUIH SERABAI




Bahan-bahan ( 25-28 keping )

  • 300 g tepung beras
  • 100 g tepung gandum
  • 600 ml santan ( drp 1 kotak kecil + air )
  • 1 sb yis kering (1/2 peket )
  • 1 sk gula pasir
  • 1/2 sk garam
  • SERAWA DURIAN :-
  • 300 g gula melaka*
  • 2 sb gula pasir*
  • 200 ml air* ( masak * dn tapis)
  • 800 ml santan
  • 1/2 sk gaaram
  • 6-7 ulas durian (atau lebih ikut selera)
  • 2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara

  1. Satukan bahan2 serabai,kacau dan kisar hingga halus. Perap 10 min.
  2. Dlm_acuan_serabai
    Legserkan sedikit minyak dalam acuan serabai dan panaskan atas api perlahan lalu tuang adunan serabai,tutup acuan dan biar 5-6 min atau hingga masak.
  3. Dlm_kuali
    Jika tak ada acuan serabai boleh gunakan kuali yang mongkom.
  4. Untuk serawa durian...campurkan semua bahan2 serawa dan masak hingga mendidih sambil dikacau sentiasa.
  5. Serabai_disaji
    Setelah siap,hidangkan serabai bersama serawa durian.
  6. Acuan_serabai
    Contoh acuan kuih serabai.....

Notes: kalau cara tradisional mengguakan damar...gesek2 kat kuali dan letak sesenduk bater,barulah cantek ,wangi!!rujuk gambar pertama :)


Apom Lenggang




bahan2nya :

300 gm tepung beras cap gajah/bunga ros
240-270 ml santan
3/4 sk yis segera
3/4 sk garam
60 gm gula
1/2 cawan nasi


Cara membuatnya
1. Kisar semua bahan dan perapkan selama 45 ke 1jam.Sesudah diperap kacau dan tambahkan santan cair.
2.Lenserkan kuali dengan minyak dan tuangkan sesenduk adunan lalu dilenggang samarata bentuk bulatnya.Tutup kuali.
3.Dengan menggunakan spatula logam kuis-kuiskan tepinya dan angkat apom tersebut.
4.Buat sampai habis ......


TQ Yong Qasehku Olia!!!

GOLDEN PILLOW





FROM SINGAPORE!!!!


Basic Sweet Bread Dough
(adapted from "Magic Bread" by Alex Goh)
Ingredients A :

100gm bread flour
70gm boiling water

Ingredients B:
300gm bread flour
100gm plain flour
80gm sugar
6gm salt
20gm milk powder
9gm instant yeast

Ingredients C :
175gm cold water
60gm cold eggs

Ingredient D :
60gm butter

Method :
  1. Add the boiling water from A into flour, mix until well blended to form dough. Cover and set aside to cool. Keep it into refrigerator for at least 12 hours.
  2. Mix B until blended. Add in C and knead to form rough dough. Add in A and knead until well blended.
  3. Add in D and knead to form elastic dough.
  4. Let it proof for 40 minutes.
  5. Divide the dough into required weight and mould it round. Let it rest for 10 minutes and ready to use.

Ingredients for Curry Chicken :
50gm oil
50gm curry spices
8 shallots
500gm chicken
1 stick lemongrass
2 sprigs curry leaves
3 potatoes
6cm cinnamon stick
1 pc clove
250gm coconut milk
1-1/2 tsp salt
250gm water

Method :
  1. Heat up oil in pot, add in curry spices and shallots, stir-fry until fragrant.4
  2. Add in chicken, lemongrass and curry leaves, cook until fragrant.
  3. Add in water, potatoes, cinnamon stick, salt and clove, stir well and continue to cook for 20 minutes. Add in coconut milk and bring to boil.
  4. Remove and set aside to cool. Take 500gm of the curry chicken and wrap it with aluminium foil or greaseproof paper.
  5. Roll out the sweet bread dough. Place the wrapped chicken filling in the centre of the dough and wrap it up.
  6. Let it proof for 45 minutes.
  7. Bake at 175C for 25-30 minutes.

KUIH URAT JATI





(dari negeri Terengganu)

Bahan2nya :

10 biji telur

1 cawan gandum

1 cawan gula

1 cawan santan pekat

1 sudu besar minyak sapi


Cara membuatnya:

~Pecahkan telur, kacau dengan gula sehingga hancur.
~ Masukkan gandum dengan santan (tapis. Kemudian sapukan minyak kelapa pada kuali sebelum masukkan bahan yang dikacau hingga masak garing.
~ Buat lagi sehingga tiga keping masak barulah digulung dan dipotong (hiris) nipis-nipis.
~ Kemudian barulah dihidangkan.

Tuesday, March 22, 2011

TEUR REBUS RADIASI




Sebiji telur ayam yang diapit oleh 2 buah handphone .

Bhan2nya:

~2 buah handphone disetkan dalam keadaan call
~sebiji telur ayam
~kredit yang mencukupi
~masa dan kesabaran.

Cara:
~calllah sape2 selama sejam lebih
~15 minit pertama telur tak jadi ape2
~25 minit dah mula panas.
~45 minit dah panas pun.
~65 minitdah masak keseluruhannya.


Agak2 gamak tak nak makan????Bayangkan kalau telur pun masak......Apalagi telinga anda.Elakkan bergayut lama2 di talian.Bahana yang bakal ada dapat..KANSER OTAK!!!!


Kuih_dangai___rangin

KUIH RANGIN @ DANGAI

Bahan-bahan ( loyang bulat 19cm (dapat 2 keping) )

  • 2 cawan kelapa parut (as guna kelapa kering + 1/2 cwn air & panaskan dimicrowave, kalau x guna microwave boleh juga dikukus kelapa kering ni)
  • 2 cawan tepung pulut (boleh kurangkan jika suka rasa kelapa yg lebih)
  • 1 cawan gula( manis ikut suke)
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan (kelapa, tepung & gula)
  2. Masukkan kedalam loyang, bahgian bawah ditekan sedikit..
  3. Panaskan dalam oven pada suhu 180 selama 5-10 min (hingga sedikit keperangan)
  4. Setelah siap biarkan sejuk dan dipotong.. :: SeLaMaT MeNcUbA ::
  5. :: Bagi yang x ada acuannya, boleh guna loyang biasa @ frying pan pun ok juga.. :: Jika tidak menggunakan oven, boleh juga terus dibakar diatas dapur, dengan menggunakan api yg kecil..kalau suke yg geseng2 tu bakar lama sikit..adjust2 la ya..