| Bahan-Bahan: | |
| 1 kilo ikan tongkol/kayu/basung Halia sebesar ibu jari Cili boh satu sudu besar Bawang Merah 4 ulas Bawang Putih 3 ulas | Serai 2 batang Kunyit hidup sebesar ibu jari Garam Ajinomoto 3 keping asam |
| Cara: | |
| 1.Halia, kunyit, bawang merah, bawang putih ditumbuk lumat. 2.Kemudian, campurkan cili boh, asam keping dan serai. 3.Ikan yang telah dibersih, dicampur dengan bahan yang ditumbuk lumat. Terus diperap bersama garam dan sedikit ajinomoto sehingga meresap. 4.Masukkan ikan ke dalam periuk kemudian rebus sehingga hampir kering. | |
| Cadangan Hidangan: | |
| Sesuai dimakan bersama nasi putih atau sagu ambuyat. | |
Sunday, March 27, 2011
AMPAP IKAN
PULUT TERATAI
150g beras pulut
3 helai daun teratai kering
2-3 utas tali rafia
25g biji teratai
3 keping cendawan kering
100g ayam
6 biji buah berangan kering
1 sdm udang kering
1 biji kuning telur asin
½ sdt air
1 sdt bawang putih
1 genggam kacang gingko
1 sudu kicap cair
1 sdm sos tiram
1 sdm minyak bijan
1 sdt gula
½ sdt lada sulah
1 sdt kicap pekat
Cara Cara
1. Panaskan minyak, tumiskan ayam bersama bawang putih, cendawan kering, kacang gingko, udang kering dan buah berangan kering.
2. Masukkan sos tiram, kicap cair, minyak bijan, kicap pekat dan gula.
3. Pulut direnjiskan dgn air untuk menghilangkan lekit kemudian digaul.
4. Campurkan pulut bersama bahan yg telah ditumis dan kacaukan sehingga rata.
5. Letakkan pulut ke atas daun teratai, masukkan kuning telur asin ditengah pulut kemudian tutupkan dgn pulut di atasnya.
6. Akhir sekali, bungkuskan pulut ke dalam daun teratai lalu diikat dgn tali rafia. Kukuskan selama 25 minit.
KUIH ROMEO N JULIET @ PULUT DAKAP.
Bahan-bahan ( 30 biji @ 15 pasangan berdakap )
- 1 kg beras pulut
- 35 oz santan daripada 1 1/2 biji kelapa (lebih kurang 5 cawan)
- 15 biji pisang emas (dibelah dua)
- 2 sudu teh garam
- Daun pisang secukupnya (dilayur)
- Tali untuk ikat
- 2, 3 helai daun pandan
Cara-cara
- Masukkan santan dalam periuk yg agak besar dan letak atas api. Masukkan garam dan daun pandan yg disimpul.
- Apabila santan sudah menggelegak, masukkan pulut yang telah dicuci dan ditos terlebih dahulu.
- Sentiasa kacau supaya tidak berkerak hingga pulut separuh masak atau santan sudah kering. ( Lebih kurang 25 minit). Tutup api dan ceduk beberapa senduk masukkan dalam bekas lain.
- Daun pisang dipotong selebar lebih kurang 15 cm.
- Bentangkan daun pisang.Ambil 3 sudu pulut dan ratakan. Letak pisang ditengahnya.Balut.
- Dah siap balut semuanya, cari pasangan yang sama panjang dan dakapkannya. Lalu diikat di kedua-dua bahagian hujungnya.
- Rebus untuk 45 minit. Keluarkan dari periuk dan biarkan sejuk.
- Buka ikatan tali dan boleh dimakan.
- Selamat mencuba.
LEPAT LOH
Bahan-bahan ( 10 org )
- 1 kg pulut - masak seperti biasa dgn santan, garam dan sedikit minyak(optional)
- Daun pisang muda sebesar paper A4 (untuk balut pulut) - berapa keping tu tgk brapa byk pulut tu sampai habis
- Daun pisang tua (lebih kurang 3 jengkal panjangnya, janji boleh balut seluruh pulut) - tgk brape set dpt utk 1 kg, haritu buat 3 kg so tak dpt agak utk 1 kg pulut.
- Tali rafia dan gunting
Cara-cara
- Masak pulut seperti biasa, masak sehingga 2/3 masak
- Setelah pulut sejuk bentukkan kepada segitiga dan panjang lbh krg 6 inci - kalau betul2 ada acuan dia, tu yg sama jek besar dan panjang nyer...tapi kite bugis celup jek, just bentuk2kan pakai jari jek...acuan kene buat, tak de jual kot...
- Balut atau bungkus pulut (lipat kiri kanan baru lipat gulung ikut bentuk segitiga)
- Cukup 7 biji susun menjadi bulat
- Gulung dan bungkus pulut 3segi tu dgn daun pisang tua macam bungkus hadiah bentuk mcm gambarajah (pandangan dari tepi)
- Ikat
- Rebus selama 3-4 jam, angkat dan tos macam ketupat jugak.....
- Buka tali dan buangkan daun pisang tua, hidang tanpa buka daun pisang muda atau potong dua.... mkn dengan rendang dan lauk2 lain dihari raya....
Saturday, March 26, 2011
AIR JIMMY ASMARA
- 4 sudu besar gula
- 1 1/2 sudu besar oren sunquick
- 1 sudu kecil esen pisang (akak pakai cap star brand)
- pewarna hijau beberapa titik
- air masak putih secukupnya
- ais batu secukupnya
- * tambah dan kurangkan mana2 bahan ikut selera masing2 tapi oren jangan terlebih takut tak menjadi.
Cara-cara
- masukkan gula dalam jug. Larutkan gula dengan sedikit air panas
- masukkan oren sunquick, esen pisang,pewarna hijau dan air. kacau sebati. Masukkan ais batu.
- Dah siap untuk minum.
MY 100 + MILKSHAKE
Bahan-bahan ( 1 jug )
- 1. 300gm aiskrim vanila( I guna lime swirl vanila flavoured tp kalu vanila je pun buleh)
- 2. 1 gelas fresh milk
- 3. 1/2 gelas air 100plus tangerin oren
Cara-cara
- Campur kesemua bahan ke dalam blender dan blend kan
- Bila siap, tuangkn ke dalam jug dan sedia untuk diminum.
TEH DANGDUT!!!
Bahan-bahan ( 1 gelas )
- 2 UNCANG TEH
- 3 SB SUSU PEKAT
- 2 SB SUSU CAIR (option)
- AIR PANAS (IKUT SUKATAN GELAS)
Cara-cara
- -REBUS TEH TU DENGAN SETENGAH CAWAN AIR...PASTIKAN TEH TU PEKAT.. (PASTIKAN TEH TU JADI PEKAT, BIASANYA SAYA REBUS SETENGAH CAWAN AIR DAN BILA PEKAT AIR AKAN TINGGAL 1/3 CAWAN JE...)
- -1 CAWAN AIR PANAS,CAMPUR SUSU PEKAT DENGAN SUSU CAIR LEPAS TU TARIK SAMPAI BERBUIH
- -LEPAS TU MASUKAN SUSU KE DALAM GELAS SEKALI DENGAN BUIH-BIUH TU..
- -AKHIR SEKALI BARU MASUKAN TEH YG PEKAT TADI KE DALAM SUSU.. MASUKKAN TEH TU SLOW2...
- *SUKATAN AIR DAN SUSU IKUT SUKA KITE SENDIRI NAK MANIS ATAU TIDAK...SUKATAN AIR PUN SAME....IKUT SAIZ GELAS KITA...KALU NK SENANG KITE SUKAT DULU AIR MENGIKUT GELAS YG KITE NK GUNA...
VITAMINA
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
- 3 gelas orange juice
- 1 gelas campuran buah2an (kiwi, strawbery, mango, nenas atau apa sahaja buah2an lembut yang senang nak blend)
Cara-cara
- Potong semua buah2an, masukkan dalam blender. Blend dengan orange juice.
- Tambah ice jika suka. Minum immediately, sebab kalau tggu lama nanti vitamin & color akan fade away.
TEH KURMA
- 4-5 biji kurma ( yg murah pun takpe )
- beberapa potong buah apple / pear
- 3 sudu gula ( ikut rasa )
- 600 ml air
Cara-cara
- Buah apple / pear dipotong kiub.
- Kurma x payah buang biji.
- Rebus semua sekali hingga mendidih.
- Lebih sedap diminum sejuk.
PATI CALPIS
Bahan-bahan ( anggaran 345g )
- 150g yogurt
- 150g gula
- 45g jus lemon
Cara-cara
- Masukkan yogurt dan gula di dalam mangkuk
- Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian letakkan mangkuk tadi tu ke dalam periuk juga. Panaslah sehingga 70-80 degree sambil dikacau-kacau selama lebih kurang 15 minit.
- Kemudian sejukkan. Bila dah sejuk, masukkan jus lemon dan kacau. Bolehlah disimpan di dalam peti ais.
- Masa nak minum, tambahlah air ke dalam pati tadi sebanyak 2-3 kali ganda jumlah pati calpis tadi. Lepas tu bolehlah dimasukkan ketulan ais.
AIR PANDAN
Bahan-bahan ( Sekeluarga )
- 20 gm Daun pandan yang telah dibersihkan
- 250 ml air
- 120 gm gula
- Ketulan ais secukupnya
Cara-cara
- Kisar daun pandan bersama air, tapiskan
- Masak bersama gula sehingga mendidih, sejukkan.
- Hidangkan bersama ketulan ais.
SA -TA ANDAGI ATAU DONUT OKINAWA
100gram tepung gandum
1 biji telur (60gram,kiranya telur saiz L)
40gram serbuk gula merah ( Kakcik guna serbuk kuro sato)- rupanya serupa mcm gula merah mesia
20gram gula
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
minyak masak secukupnya untuk proses penggorengan nanti
( tiada sebarang penggunaan air di dalam resepi ni, cecair hanya bergantung pada telur)
Cara-caranya
1. Masukkan gula putih, gula merah dan telur di dalam bekas adunan, dan kacau hingga sebati.
2. Kemudian masukkan garam, minyak masak dan tepung gandum bersama baking powder, gaul lagi. setelah semua adunan mesra, perap adunan lebih kurang 10 minit sebelum digoreng.
3. Jemput-jemputkan adunan bulat-bulat, jangan terlalu kecil, macam nak buat kuih bom pisang tu, goreng dengan minyak panas, api perlu sederhana jangan terlalu kuat, balik-balikkan sa-ta-andagi supaya masak sekata dan goreng hingga keperangan.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
WATER MELON SMOOTHIE
Bahan-bahanya
1 cawan tembikai yang dibuang biji
3 sudu besar plain yogurt
2 sudu besar madu
1 sudu kecil air perahan lemon
1/2 cawan kiub air batu.
cara-caranya
1. Tembikai dipotong kecil dan dibuang biji, masukkan tembikai, madu, yogurt, air perahan lemon dan kiub air batu di dalam blender.
2. Blender bahan tadi hingga semuanya hancur dan creamy, tuang didalam gelas dan hias dengan beberapa helai daun pudina. Sedia untuk dinikmati. Selama Mencuba.
COCONUT AFFIN SHAKE

1 biji kelapa muda (ambil air dan isi kelapa)
2 scoop vanilla/coconut ice cream
sedikit gula pasir (ikut suka)
1/2 cawan ketulan ais (ikut suka)
Cara-cara
Satukan kesemua bahan di atas ke dalam blender dan kisar hingga halus dan sebati.Tuang ke dalam gelas dan bubuh topping ice cream tambahan jika suka.Segera dinikmati... :)
Friday, March 25, 2011
MEE SIPUT

Untuk sambalnya
ikan bilis
10 biji cabai kering
2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji kentang
sedikit belacan
asam jawa
Caranya:
~Goreng le mee siput tu......
~Masak sambalnya...blender cabai,bawang merah/putih dan belacan.
~Goreng ikan bilis...ketepikan.
~Goreng ubi kentang yg di potong ikut suka hati.
~Panaskan minyak...masukkan bahan yg diblender tadi...masak sampai naik
aromanya..buh air asam jawa....masak sampai pekat.
~Last sekali buh ikan bilis dan kentang yg digoreng tadi...
~Sesuaikan rasanya..garam dan gula..
~lepas tu bubuh sambal di atas mee siput....
~selamat mencuba......selamat mencari mee siput....
Thursday, March 24, 2011
MEE SUAH
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 1/2 packet mee suah (packet kecil)
- 1 ulas bawang kecil
- 1 ulas bawang putih
- 100 gm udang saiz sederhana
- 1 biji ubi kentang
- 1 keping tauhu
- 1 biji cili merah - potong
- Garam dan serbuk pati ayam secukup rasa
- Air
Cara-cara
- Tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan.
- Masukkan udang dan tauhu,goreng layu.
- Masukkan air dan kacau sebentar.
- Masukkan ubi kentang dan cili merah serta garam dan pati ayam
- Biarkan mendidih dan selepas tu barulah masukkan mee suah.Masak sehingga mee suah lembut.
- *Mee suah ni cepat kembang so kena buat kuah banyak ckit *Sayur lain boleh masuk cam carrot dan lain-lain,carrot Kiah habis tu yg tak letak. *Letak sedikit lada hitam tumbuk klu nak rasa spicy ckit
Tag
MEE SANGGUL
Bahan-bahan ( 2org )
- * 1/2 peket mee sanggul
- * 2 ulas bwg putih- tumbuk
- * pes goreng bihun goreng adabi
- * 3 ulas bwg merah
- * 1/2 sudu teh lada hitam- tumbuk
- * 4-5 biji cili api- tumbuk
- * 1 biji telur
- * kucai
- * udang
Cara-cara
- Tumis bawang putih dan bwg merah sampai naik bau, jgn lama sangat nanti hangus. (api sederhana)
- Masukkan pes goreng bihun adabi dan masukakn udang biarkan masak.
- Masukkan lada hitam, biar sebentar, kemudian masukkan 1/2 cwn air dan sedikit garam.
- Masukkan mee sanggul dan dikacau rata, kemudian barulah dimasukkan telur dan kucai.
- Bila masak barulah diangkat dari api.
- Siap dihidangkan.
MEE SIPUT
~mee di goreng garing dan makan....