Bahan2 Seikat ulam raja ~ dibersihkan dan potong halus 1 kuntum bunga kantan ~ dihiris nipis 3 ulas bawang merah ~ dihiris nipis 1 biji cili merah ~ dihiris nipis 5 biji cili padi ~ dihiris halus ½ biji kelapa parut ~ disangai sebentar dengan serbuk kunyit & udang kering tumbuk (sikit serbuk kunyit) 2 sudu besar udang kering ~ rendam dlm air panas & tumbuk halus garam secukup rasa serbuk perasa sedikit jus limau Cara Menyediakan Gaulkan kesemua bahan2 dan perasakan hingga secukup rasa mengikut selera anda. |
Monday, March 28, 2011
KERABU ULAM RAJA
NASI ULAM PERAK
Bahan-bahannya:
- Daun selom
- Daun pegaga
- Daun mengkudu
- Daun ulam raja
- Bunga kantan
- Daun selasih
- Daun kari
- Daun legundi
- Daun cekor
- Daun sekentut
- Daun jambu batu
- Daun nilam
- Daun pudina
- Daun bangun-bangun
- Daun sentang (kalau nak rasanya pahit-pahit)
- Daun kunyit
- Halia
- Kerisik
- Bawang besar potong subang
- Serbuk lada hitam
- Isi temu
- Lengkuas
- Ikan masin yang eloknya tenggiri atau merah digoreng dan ditumbuk
- Garam sikit kalau tak nak pun tak apa
- Nasi semangkuk yang dah disejukkan.
Lauk sampingan yang sedap dimakan dengan nasi ulam ni Sambal Ikan Kering. Eloknya ikan merah yang dipotong kecil-kecil sebesar ibu jari dan digoreng.
Bahan untuk sambal:
- Cili kering rebus dan ditumbuk kasar dengan lesung batu..saya selalu tanya kalau blend tak boleh ke..ayat standard mak, "Itulah seni memasak." Anaknya pemalas nak kerja senang je..hehe
- Bawang putih
- Bawang merah
- Halia
NASI GORENG ULAMAN
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
- 2 piring nasi
- 2 keratan ikan masin yg di goreng dan di kisar halus
- Sengengam ikan bilis digoreng dan dikisar halus
- 6 biji cili api dikisar halus
- 2 ulas bawang putih dikisar halus
- 1 biji bawang merah di mayang
- 5 btg kacang buncis di potong halus(kcg panjang pun ok)
- 2 btg serai di potong halus
- Sedikit daun selloum di potong halus
- Sedikit daun pudina di potong halus
- Sedikit bunga kantan (kalu ada, i xguna sb takde)
- Boleh di tambah ulam lain jika ada
- Sedikit garam dan ajinamoto
Cara-cara
- Panaskan minya masukan bawang putih dan cili api masak sampai kekuningan kemudian masukan semua kacang, serai dan ulaman kacau sehingga 1-2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati.
- Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin dan rasa nasi itu, kalu kurang garam tambahkan sedikit garam dan ajinamoto.
- Sedia untuk disantap bersama. ** kalu nak mkn dgn sambal belacan pun sedop!
MURTABAK MAGGI
Bahan2(utk 4 orang)
- 1 bungkus Megi (tak kisah Megi perasa apa) atau Mee Megi saja
- 1/2 sudu rempah kari (ikut citarasa sama ada nak pakai rempah kari ataupun perencah megi tu)
- 5 biji telur
- 1 gengam sayur kubis (dipotong dadu)
- Daging lembu atau ayam (dicincang)
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- Minyak masak
Cara-cara
- Rebus mee megi. Dan toskan airnya.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
- Masukkan serbuk kari atau perencah megi kedalam telur dan kacau sehingga sebati. (Kalau masukkan serbuk kari tambahkan sedikit garam)
- Masukkan mee megi yang telah ditoskan beserta kubis, daging dan bawang ke dalam telur tadi. Gaulkan sehingga sebati.
- Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.
- Masukkan kesemua bahan yang telah digaulkan ke dalam kuali setelah minyak betul-betul panas.
- Setelah masak. Hidangkan dengan nasi ataupun sos
MAGGIE PUNGGOL
| Bahan-Bahan: | |
| 3 bungkus Mee Segera (sepatutnya Mee buatan Maggi) 10 batang cili padi di kisar 5 ulas bawang putih di kisar 1 ulas bawang merah besar di mayang 100 gram sotong di bersih dan di hiris 100 gram udang (lagi besar lagi bagus) 100 gram ayam dada di potong dadu 1 cili hijau di belah dua 250 gram sawi hijau 50 gram lobak di potong bulat 1 biji tomato di potong bulat sedikit kucai dan daun ketumbar | 1 liter air stok ayam 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos cili 1 sudu kecil kicap masin Garam mengikut citarasa Sedikit minyak jagung untuk menumis |
| Cara: | |
| Panaskan kuali beserta minyak jagung. Setelah panas, tumiskan bahan-bahan kisar. Tunggu hingga harumnya naik. Masukkan ayam, udang dan sotong. Biarkan selama lima menit. Tambahkan bahan-bahan sos, sayur-sayuran, bawang yang di mayang dan stok. Akhir sekali, campurkan mee Maggi. Bila mee sudah lembut, matikan api dan hidang diatas pinggan besar. | |
| Cadangan Hidangan: | |
| Taburkan daun ketumbar dan kucai diatas mee. | |
| Tambahan: | |
| Hidangan ini cukup untuk 4 orang. Bahan-bahan boleh ditukarkan ke daging lembu atau kerang. | |
PIZZA MAGGIE ISTEMEWA
Bahan-Bahan: | |
| 3 bungkus mi maggi (dicelur dan ditoskan) bahan isi: 10 ketul cendawan butang dalam tin (dihiris) 200 gm isi ayam (di potong dadu) 1 batang lobak merah 1 biji lada benggala hijau 1 biji bawang besar (ketiga bahan ni didadu) 3 ulas bawang putih (dicincang halus) 3 sudu besar sos tiram garam ajinomoto serbuk lada sulah | |
Sunday, March 27, 2011
PULUT SERAWA DURIAN.
Lagi satu resepi pulut...
bahan2
2 cawan pulut
1 cawan santan cair
secubit garam
4 ulas isi durian
2 sudu gula merah
2 sudu gula putih
1 cawan santan pekat
Cara2
Rendam pulut sekurang2nyer 4 jam.Kukus mcm biasa.. Bubuh santan dgn garam secukup rasa.
Untuk serawa..very the easy laaa... rebus durian tu dgn 2 cawan air...rebus sampai kembang.pastu masukkan santan pekat, gula merah & gula putih.kacau sehingga sebati dan pekat.
NASI SANTAN DURIAN
Nasi semangkuk tambah
Durian ikot kemampuan makan
Santan pekat/pati di perah dengan air suam
Cara makan:
~makan nasi panas dengan buah durian,gaul dengan santan.
~makan camtu aje..
~makan camtu aje..
Notes: memang pelik tapi hakikatnya inilah yg keluarga kami makan kalau musim durian!!!
LEMPOK DURIAN
| Bahan-Bahan: | |
| 400 gm isi durian | 400-500 gm gula |
| Cara: | |
| Satukan isi durian dan gula dalam kuali. Jerang atas dapur dengan api sederhana hingga mendidih dan gulanya hancur. Kacau tanpa henti hingga bertukar warna perang serta bergolek dan tidak melekat di kuali. Alihkan ke dalam upih yang digelungkan dan diikat di bahagian atasnya bagi tujuan disimpan. Boleh juga disimpan dalam bekas bertutup, sejukkan dahulu baru ditutup dan simpan ditempat kering atau dalam peti sejuk. | |
KEK DURIAN
Bahan2nya:
185 gram tepung naik sendiri
185 gram buttercup
155 gram gula halus
4 biji telur (asingkan kuning dan putih)
Isi Durian
Cara membuatnya
1) Putar gula dan buttercup hingga kembang.
2) Masukkan kuning telur dan pukul perlahan.
3) Setelah itu, masukkan putih telur dan tepung sedikit demi sedikit.
4) Masukkan isi durian. (Untuk kelihatan sebati, mesin isi durian bersama majerin).
5) Bakar selama 20-30 minit dengar suhu 180C.
BUNGA DURIAN GORENG CILI PADI
Bahan-bahannya:
Bunga durian secukupnya
5 biji cili padi ( bergantung kepada tahap kepedasan yg diingini)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis atau udang kering
Sedikit belacan / kiub ikan bilis
Garam secukupnya
Cara-caranya:
Kesemua bahan di atas kecuali bunga durian ditumbuk atau dikisar.
Tumiskan bahan2 yang dikisar hingga naik bau.
Masukkan bunga durian yang telah basuh bersih.
Kacau rata hingga bunga durian nampak lembut.
Jangan goreng terlalu lama dan jangan campur dengan air kerana lama kelamaan bunga durian akan mengeluarkan air. Rasalah garam secukupnya. Hidangkan bersama nasi panas.
AMPAP IKAN
| Bahan-Bahan: | |
| 1 kilo ikan tongkol/kayu/basung Halia sebesar ibu jari Cili boh satu sudu besar Bawang Merah 4 ulas Bawang Putih 3 ulas | Serai 2 batang Kunyit hidup sebesar ibu jari Garam Ajinomoto 3 keping asam |
| Cara: | |
| 1.Halia, kunyit, bawang merah, bawang putih ditumbuk lumat. 2.Kemudian, campurkan cili boh, asam keping dan serai. 3.Ikan yang telah dibersih, dicampur dengan bahan yang ditumbuk lumat. Terus diperap bersama garam dan sedikit ajinomoto sehingga meresap. 4.Masukkan ikan ke dalam periuk kemudian rebus sehingga hampir kering. | |
| Cadangan Hidangan: | |
| Sesuai dimakan bersama nasi putih atau sagu ambuyat. | |
Subscribe to:
Posts (Atom)

