Wednesday, March 30, 2011

UDANG TEMPURA



Bahan-bahan (2 - 3 orang .. terpulang lah)


• 1/2 kilo udang sederhana besar ..... bersihkan kulitnya tp ekornya jgn dibuang yer...
• 150gm tepung tempura
• Air sejuk - dari peti ais
• Minyak masak utk mengoreng

Cara-cara

1. Asingkan 2 sb tepung tempura ke dlm mangkuk lain.

2. Bancuh lebihan tepung yg tinggal dgn air.. bancuhan mesti pekat mcm nak buat cekodok...

3. Panaskan minyak dulu.. api kecil jer

4. Ambik sekor udang pegang bahagian ekor nya kemudian golek2kn / bedak2kn dulu udang tu dgn tepung tempura yg 2sb td.

5. Pastu golek pula dlm bancuhan tepung dan terus masuk kedlm kuali.

6. Goreng sehingga garing.... angkat & mkn

EMPING PADI


Sdc11185

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 300 gm emping padi
  • 100 gm kelapa parut putih
  • 1 ekor ikan kembung bakar
  • 5 ulas bawang merah ( kecil )
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • Sedikit ajinomoto

Cara-cara

  1. Ikan di ambil isinya kemudian di tumbuk bersama bawang kecil dan bawang putih. Ketepikan.
  2. Sangai ( goreng tanpa minyak ) emping di dalam kuali sehingga garing dan rangup. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukan pula kelapa parut serta ikan yang telah di tumbuk bersama bawang tadi kedalam kuali. Masukan juga semua perasa, garam dan serbuk lada hitam.
  4. Sangai sehingga garing dan ringan. Masukan pula emping tadi. Gaul sehingga sebati, tutup api.
  5. Sedia untuk di makan..

KEREPEK UBI ARROWHEAD

  1. Img_0946
  2. Img_0946

    Ubi Arrowhead/ngarku nih hanya terdapat menjelang perayaan tahun baru Cina saja. Sekarang tengah banyak dipasaraya. Boleh cuba sementara stok masih ada.. hehe! Rasanya lemak2 dan ranggup.

    Bahan-bahan ( 1kg = 1 bekas besar )

    • 1 kg Ubi Arrowhead
    • Garam / Whitepepper / Blackpepper (sebagai perasa jika suka)

    Cara-cara

    1. Arrowhead
      Bersihkan ubi arrowhead dengan membuang kulit ari nya sahaja. Basuh dan toskan.
    2. Img_0944
      Sagat nipis ubi tersebut dan goreng dalam minyak seperti menggoreng kerepek ubi. Sesudah perang, angkat dan toskan minyak.
    3. Jika suka boleh tambahkan garam atau serbuk blackpepper / lada sulah sebagai perasa. Saya suka makan kosong aje. Rasanya ranggup dan lemak.

SAGUN


14022009821



Bahan-bahan ( 5-6 org )

  • 1 biji kelapa parut
  • 200 gm tepung beras
  • 50 gm tepung pulut
  • 80 gm gula halus

Cara-cara

  1. goreng kelapa parut sehingga separuh kering atau sehingga wangi
  2. Kemudian masukkan tepung beras n tepung pulut.
  3. Goreng kesemuanya hingga garing n berderap (Saya goreng dgn api yang perlahan dalam 15- 20 minit)
  4. Sejukkan dulu , baru digaul dgn gula halus
  5. 14022009822
    Ini sagun yg siap dibungkus dlm plastik zipper, psal plastik aiskrim takde stok lak

Kotak Kehidupanku!!!! Slideshow

Kotak Kehidupanku!!!! Slideshow: "TEST TripAdvisor™ TripWow ★ Kotak Kehidupanku!!!! Slideshow ★ to Johor Bahru, Melaka State and Ipoh. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

KUIH TIWUL AYU.

Mula2 dengar nama agak pelik jugak...rupanya Kuih Putu Ayu!!!Apa2 pun jom buat.....

Tiwul


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 3 biji telor
  • 200 gm gula melaka di hiris
  • 1 sudu teh ovelette
  • 300 gm tepong gandum
  • 50 gm gula caster
  • 140 gm susu segar
  • Inti Kelapa
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 1 sudu teh tepong ubi
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara

  1. Putar telor + gula melaka + gula caster + ovelette sehingga betul2 kembang.
  2. Masukan tepong berselangseli dengan susu segar, putar sehingga sebati.
  3. Inti kelapa - satukan semua, gaul rata.
  4. Sdc10688
    Sapu acuan dengan minyak, isi inti kelapa, tekan sehingga kemas.
  5. Sdc10693
    Tuang satu sudu besar adunan dan kukus selama 5 minit