Wednesday, June 22, 2011

KERABU SARE



SARE

sejenis rumpai laut.

Bahan-bahan :

1/4 kilogram sare
7 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 batang serai
garam dan gula secukup rasa
budu cuka
1 biji cili merah untuk hiasan dipotong nipis serong
1 biji kelapa
halia

Cara Membuatnya :
1. Sare direndam satu malam, kemudian dibasuh, digosok buang segala kekotorannya.
Apabila bersih ditoskan dan dijemur.
2. Kelapa diparut, separuh digoreng tanpa minyak, separuh lagi diramas ambil
santannya sebanyak 2 cawan.
3. Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ditumbuk lumat.
4. Masak santan sehingga pecah minyak kemudian masukkan bahan yang ditumbuk
tadi, masak lagi sehingga pekat dan berminyak.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Boleh juga digunakan manisan kelapa
sebagai ganti gula.
6. Semasa hendak makan, letakkan sare di dalam sebuah mangkuk, tabur kelapa
goreng di atasnya, 3 sudu besar tumis, 1 sudu besar cuka dan sedikit budu. Gaul
rata-rata dan sesuaikan rasanya.
7. Hiaskan dengan cili merah dan hidang.

KUIH GETAH SOKMO




Bahan-bahan :
10 ketul keledek ( sederhana besar)
1 1/2 biji kelapa
4 biji telur
3 sudu besar tepung gamdum
gula ? gula melaka secukupnya
5 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan

Cara Membuatnya :
1. Keledek direbus sehingga empuk. Kupas kulitnya kemudian ditumbuk lumat.
2. Kelapa diperah ambil patinya.
3. Masakkan santan, daun pandan, telur dan cengkih sehingga keluar minayk kemudian masukkan gula atau gula melaka, kacau rata-rata apabila hancur, masukkan ubi.
4. Tambahkan sedikit tepung gandum supaya lebih pekat.
5. Kacau selalu supaya tidak hangus.
6. Rasalah manisnya jika kurang boleh ditambah lagi gulanya.
7. Kacau lagi sehingga kering dan tidak melekat pada periuk.
8. Sejukkan dalam dulang, bila sejuk barulah dipotong.

KUIH BUAH PERIA







Bahan-bahan :
Inti :
1 cawan kacang hijau (direndam satu malam dan direbus empuk)
gula atau gula melaka secukup rasa
sedikit garam
1 helai daun pandan
kulit :
2 cawan tepung pulut – dicampur
1/2 cawan tepung beras – dicampur
3 camca besar santan pekat
1 camca teh air kapur
sedikit air untuk menguli
pewarna

Cara Membuatnya :
1. Sediakan intinya. Kacang yang direbus-rebus dicampur dengan gula, garam dan
daun pandan, kacaulah sehingga kering dan likat. Sambil mengacau inti itu rasakan
manisnya. (Jika masih kurang manis tambahkan lagi sedikit gula)
2. Apabila cukup manisnya dan betul-betul kering angkat dan sejukkan.
3. Bila intinya sejuk, ambil sebesar ibu kaki, bentukkan bulat memanjang lebih kurang
6 cm.
4. Untuk kulitnya, campurkan santan, tepung beras, air kapur dan sedikit air sejuk
kemudian ulilah sehingga menjadi adunan lembut, licin dan tak melekat pada tangan.
5. Semasa menambah air pada adunan mestilah berhati-hati, masukkan sedikit-sedikit
supaya adunan tidak terlebih air dan terlampau lembik. Kalau suka bolehlah
dimasukkan pewarna.
6. Ambil adunan sebesar buah pinang, bentukkan bulat memanjang seperti buah peria
kemudian letakkan intinya di tengah-tengah.
7. Balut di dalam daun pinang dan pulaslah supaya urat-urat atau lidi-lidi pada daun
pinang itu meninggalkan kesan berjalur-jalur pada kuih itu.
8. Jika tidak ada daun pisang boleh juga ditekan dengan lidi pada kulit kuih itu supaya
kelihatan berjalur-jalur seperti rupa peria.
9. Kukuskan di dalam pengukus sehingga masak.







KUIH TEPUNG TUKIL.


Buluh Tukil.



Bahan-bahan :

1 cupak tepung pulut kering -digaul
1/2 gelas tepung pulut hitam – digaul…..
1/2 kati gula
1 biji kelapa
5 batang buluh tukil (4 inci panjang & 1 1/2 inci lebar)
Periuk tanah untuk mengukus
Tempurung yang ditebuk kecil-kecil
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :
1. Gula dimasak sehingga hancur.
2. Gaulkan tepung dengan air gula yang telah dimasak sehingga sebati.
3. Masukkan ke dalam tukil dan kukus sampai masak.
4. Angkat dan gaul dalam kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan gula.