Thursday, August 11, 2011

Mee Hong Kong ZC

Juadah berbuka hari ke 11,Mee Hong Kong atau bihun ,dua2 pun aku suka.

1/2 bungkus mee kuning(dicelur)
2 biji telur


Bahan Kuah
10 ekor udang basah
1-2 ekor sotong
3 ulas bawang putih [dicincang/ketuk]
4 potong brokoli
4 potong bunga kobis
1/2 carrot [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung
1 cawan air [ bancuhkan bersama tepung jagung]
1 cawan air rebusan ayam @ gantikan dgn kiub ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
4 biji cili padi dibelah
garam
minyak


Penyediaan Kuah
1. Tumis bawang putih hingga agak garing dan masukkan udang, sotong dan fish ball/ayam.
2. Masukkan air rebusan ayam (atau kiub ayam) bersama cili padi,lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
3. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
4. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
5. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Tips :
1. Amek je sayur apa yg ada, x perlu ikut resepi. Seeloknya ada carrot & cauliflower tu.. yummy
2.semasa kuah mendidih pecahkan telur.

Kerabu Pucuk Paku

Bahan2 :

Seikat Pucuk Paku
100 gm ikan bilis
3 tangkai cilipadi
2 tangkai cili hidup
sebiji bawang besar
setengah peket kecil kerisek
stengah sudu kecil garam
2 biji limau kasturi

cara:

~tumbuk cili hingga lumat.
~masukkan ikan bilis yang digoreng tanpa minyak.
~masukkan garam,bawang dan kerisek.
~perahkan 2 biji limau kasturi
~gaul rata pucuk paku yag telah direbus dan ditoskan


# anggaran hidangan sekali makan seramai 4 orang.#