Thursday, March 3, 2011

KUIH ABUK-ABUK

Cara Lama:Bahan-bahan:

1) 300 gram sagu biji
2) 1 cawan gula melaka (dipotong kecil) atau gula merah
3) ½ biji kelapa parut (bahagian lembut sahaja)
4) Daun pisang (dipotong segi empat sama)
5) Garam secukup rasa
6) Lidi untuk sematan (kerat kecil)
7) 2 helai daun pandan (masuk dalam air kukusan)


Cara penyediaan :

Bilas sagu dengan air bersih dan toskan. Campurkan sagu biji dengan kelapa dan garam. Gaul rata.

Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.

Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah diikuti campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh, tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong.

Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan.

Kukus sehingga masaka anggaran selama 30~40 minit.

Sedia untuk dihidangkan.

SAMBAL IKAN BILIS PETAI BELALANG

 
Sambal Ikan Bilis Petai Belalang
Anak daraku yang rajin mengupas Petai Belalang.

URAP BEREMI


Semangkuk pokok beremi (dibersihkan)
1 cawan kelapa parut ( putih sahaja)
1 biji bawang besar hiris halus
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumbuk kasar/Kisar halus sangat
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
8 biji cili padi
1/2 inci belacan
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA
Pokok beremi, dibersihkan, toskan hingga betul2 kering, potong setengah inci tapi jangan terlalu halus, ketepikan

Kelapa parut digaul bersama bahan2 tumbuk /kisar hingga rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan beremi dan hirisan bawang besar, gaul hingga mesra.

Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit. Angkat dan boleh hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 yang lain.
Selamat mencuba!!

SUP BEREMPAH AYAM SELASIH


Ayam potong sup (kecil-kecil)ikut suka
5 biji kentang (kupas & potong 2)
1 batang lobak merah (potong ikut selera anda)
...2 kuntum cendawan kering (rendam hingga kembang dan carik-carik)
10 kuntum cendawan shiitake kecil (cuci dan rendam dengan 1 liter air bersih)
7 biji bawang putih (pecahkan)
1/2 labu bawang besar (hiris halus)
3cm halia muda (hiris halus)
1 sudu lada putih (tumbuk)
3 kuntum bunga lawang
5cm kulit kayu manis
1 packet rempah sup bancuh dengan air (kalau suka boleh pakai sup bunjut)
2 tangkai daun selasih (kalu suka)

hiasan
bawang goreng
daun saderi dan daun bawang

Cara:
1. Didihkan air bersama bawang putih, bawang besar, halia, bunga lawang , kulit kayu manis dan rempah sup.
2. Masukkan daging ayam, lobak, kentang dan cendawan shi-take.
3. Masukkan lada putih dan garam.
4. Apabila ayam & kentang telah empuk, masukan cendawan kering. Biarkan seketika.
5. Masukkan daun selasih (kalau suka) dan tutup api

Taburkan bawang goreng dan daup sup di atasnya.
Nikmatinya semasa masih panas.