Monday, April 4, 2011

BIHUN JAUNDICE


Imga0033


Bahan-bahan ( 6-8 org mkn )

  • 1 bungkus bihun 400gm -rendam lembut/toskn
  • 1 mngkuk daging/ayam dll
  • 1 mngkuk sawi
  • 1 mngkuk kubis
  • 1 btg karot - parut memanjang
  • 6 ulas bwg merah
  • 5 ulas bawang putih
  • *2 jenis bwg tumbuk kasar
  • 2 sudu teh(rata) - srbuk kunyit
  • 2 sudu teh(rata) - biji sawi(klau suka)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar srbuk lada putih
  • 6 - 8 biji cili padi - dhiris kasar@ketuk pun bleh
  • 1 sudu besar maggi ckup rasa/garam cukup rasa
  • 5 keping tauhu - dgoreng/dadu
  • bhn smpingan/penyedap:
  • daun bwg/sup/bwg goreng/cili
  • telur hncur - klau suka
  • 1 cawan air masak@secukupnye

Cara-cara

  1. Panaskn 1/2 cawan minyak@agak2 lee...
  2. Tumiskn 2 jenis bwg hingga naik bau, sedikit garing...masukkn daging@ayam d ikuti ciliapi, sos tiram & srbuk lada putih
  3. Apabila daging 3/4 masak, bleh masukkn kubis & karot d ikuti 1 cawan air, gaul mesra...biar setika
  4. Bleh masukkn bihun, gaul sebati & mesra gitu d ikuti sawi
  5. Masukkn maggi cukup rasa, sesuai rasa garamnye
  6. Agak2 bihun dh cukup masak, tutup api & masukkn tauhu yg ddadu...gaul mesra
  7. Blehlah dhidangkn dgn taburan bhn penyedap, selamat mncuba tanpa ada prasangka @ ragu2 @ was2 :D

SNOW BALL


Snowball









Bahan-bahan ( lebih kurang 40 biji )

  • 140g tepung
  • 60g almond powder
  • 100g mentega tanpa garam- pada suhu bilik
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sugar powder secukupnya

Cara-cara

  1. Masukkan mentega dalam mangkuk, pukul sehingga lembut.
  2. Tambah gula dan garam, pukul lagi sampai keputihan.
  3. Ayak tepung dan almond powder, masukkan ke dalam mangkuk mentega tadi. Gaul sebati.
  4. Ambik secubit, bulatkan sebesar ibu jari. Atur atas plastik wrap, bungkus dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit
  5. Panaskan oven sehingga 170C, atur bebola tadi di atas dulang beralas, bakar selama 20-23 minit. Sejukkan.
  6. Masukkan bebola tadi dalam beg plastik bersama sugar powder. Kembungkan dan tutup mulut beg. Kocak supaya gula bersalut pada cookies.

COK BANTAL


Coqbantal

COK BANTAL CICAH SAMBAL BILIS


Bahan-bahan ( 4-5 org makan )

  • 3 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 sudu teh yis
  • 3 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
  • 1 biji telur
  • ¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)
  • Bahan - Bahan Sambal Bilis
  • 150 - 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend)
  • 3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend)
  • 4-5 sudu cili boh
  • 1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend)
  • ¼ cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam)
  • Garam dan Gula secukupnya

Cara-cara

  1. Untuk CokBantal: Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau. Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh.Uli sampai sebati dan licin.Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit. Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka.(kite potong bentuk bantal peluk =P) Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan..nampak garing..SIAP!
  2. Untuk Sambal Bilis : Tumiskan bahan blend hingga garing sikit.Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.Tambahkan air asam, gula dan garam.Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng hingga masak. Happy trying! =)
  3. *Suggestion : Masak sambal bilis dulu supaya boleh nikmati cok bantal panas-panas.

KAYU KERAMAT


Bahan-bahan:

500 gm tepung gandum
3 sudu besar gula
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
375 ml air
Secubit garam
Minyak masak secukupnya

Cara membuat:

1. Satukan gula, garam, soda bikarbonat dan telur. Kacau sebati.
2. Masukkan air, kacau lagi sehingga larut semuanya.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan. Pastikan ia tidak berpintal atau berketul-ketul. Uli hingga menjadi doh.
4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak agar ia tidak melekat, uli dan bentukkan memanjang.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

Mudah dan ringkas....Selamat mencuba!


IKAN BAWAL BERDENDAM PERUT

  1. Bahan-Bahan

    2 bawang merah(dihiris)

    2 bawang putih(dihiris)

    sedikit halia(dihiris)

    Sebiji bawang besar(dihiris)

    Seekor Ikan Bawal

    5 sudu besar tomato sos

    5 sudu besar cili sos

    5 sudu sos tiram

    2 sudu kicap

    sebiji limau

    Sebatang cili merah (dipatah-patahkan)

    Sedikit minyak

    Sedikit Garam

    Cara Penyediaan:

    1. Ikan bawal dipotong dan dikelar-kelar. Digoreng sekejap dan diketepikan

    2. Kemudian, pijarkan minyak di atas kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, bawang besar yang telah dihiris dan goreng sebentar sehingga nampak kekuning-kuningan.

    3. Masukkan semua sos tadi, perah asam limau ,cili yang telah dipatah-patahkan kedalam kuali serta masukkan secawan air. Sekiranya hendakkan kuah itu pekat, maka campurkan sedikit dengan tepung jagung.

    4. Apabila ia telah reneh. Masukkan sayur sekiranya anda mahu dan tutupkan api.

    5. Susunkan ikan bawal goreng itu tadi di dalam pinggan atau mangkuk yang cantik. Kemudian, tuangkan kuah tadi ke atas ikan tersebut.

    6. Walah!!Sudah siap dan sedap dimakan bersama sayur kangkung perencah udang atau bersama dengan sambal belachan!.

KUAY TEOW LADNA

gambar sekadar hiasan dari amrufm Flickr



Bahan-bahan

• kueh teow

• 3 ulas bawang putih dicincang kecil2

• 2 sudu minyak

• 2 sudu sos tiram

• sekeping dada ayam

•lobak merah

• kobis bunga

• 2 sudu besar tepung jagung

• cili padi

• kobis

• air

• garam dan kiub pati ayam knorr


Cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan masukkan ayam yg dipotong dadu.

2. Setelah ayam masak, masukkan sos tiram, air secukupnya dan lobak merah.

3. Setelah mendidih, masukkan kobis bunga, cili padi, kobis, garam dan kiub pati ayam knorr.

4. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dgn air untuk memekatkan kuah. Hidang bersama koey teow.

Saiz hidangan : 2 orang

RASAM


BAHAN-BAHAN

1 sudu makan asam jawa
1 ulas bawang putih

1/2 sudu teh lada hitam - tumbuk
1 sudu teh jintan manis
4 cawan air
2 sudu teh garam
2 sudu makan daun ketumbar - cincang
1 biji tomato - dipotong
2 sudu teh minyak masak
1 sudu teh biji sawi
8 tangkai daun kari

CARA PENYEDIAAN


1. Basuh air asam jawa dengan air dan tapis.
2.Masukkan air asam jawa, bawang putih, lada hitam, jintan, tomato, air, garam dan ketumbar ke dalam periuk dan biarkan mendidih.
3. Kecilkan api. Renehkan selama 10 minit.
4. Di dalam periuk berasingan, panaskan minyak dan goreng biji sawi bersama daun kari hingga daun bertukar menjadi keperangan.
5. Masukkan campuran air lada hitam tadi dan sedia untuk dihidangka

HAZELNUT SQUARE



Bahan-bahan :
- 250g Mentega
- 55gm gula kasto
- 35gm tepung beras
- 135gm serbuk hazelnut

Cara Membuat :
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
2. Masukkan tepung beras dan serbuk hazelnut, gaul sebati dan masukkan tepung.
Uli sehingga menjadi doh lembut.
3. Masukkan ke dalam loyang dan tekan. Tandakan empat segi dan bakar selama 20 minit.
4. Angkat dan potong.

JAJIK (SALAD TIMUN)




Bahan-bahannya
1 batang timun, dibuang kulitnya, dipotong dadu isinya (yang kat tengah berbiji-biji tu buang)
½ cawan tairu
1 ulas bawang putih
1 sudu teh daun pudina, dihiris halus
1 sudu teh minyak zaitun
garam secukup rasa

Cara-caranya
Masukkan semua bahan-bahan didalam mangkuk dan gaul rata. Enak hidangkan sejuk.

Nota D: Bila menyediakan Jajik ini yang penting timun dan kalau gunakan tomato hendaklah ditoskan sekering-keringnya, kerana bila dah digaul dengan tairu ia akan mengeluarkan air. Jadi sebaiknya selalu yang D timun D akan sejukkan dalam peti sejuk dan juga tairu. Bila waktu nak menghidang potong-potong, gaul-gaul dan hidang. Jadi saladnya tidak terlalu berair.

FOREST GREEN NATASHA






Bahan-Bahan

1. Sebiji green pepper (lada benggala)
2. 1 pokok brokoli
3. 2 ulas bawang putih
4. 1 cili merah
5. Oyster sos/kicap pun boleh.
6. Garam
7. Minyak

Cara Memasak

1. Green pepper tu dipotong pendek-pendek
2. Brokoli dipotong dengan saiz yang sederhana.
3. Bawang putih diketuk dan dihiris. Cili merah juga dihiris.
4. Panaskan kuali.
Letak 2 sudu besar minyak dalam kuali.
5. Apabila kuali panas,tumis bawang putih sehingga agak keperang-perangan,masukkan oyster sauce 2 sudu besar.
6. Masukkan green pepper dan goreng..
7.Setelah green paper bertukar warna menjadi lebih gelap, masukkan brokoli dan goreng.
8. Akhir sekali,letak garam dan cili.Goreng sekejap supaya sayur tidak layu.
9. Siap untuk dihidang.

NASI HARUM MANIS












BAHAN-BAHAN:

1kg beras wangi | cuci dan tuskan
1000 ml air
200 ml susu cair
5 sudu besar minyak jagung
5 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
100 gm halia | hiris
1/2 cawan isi jagung manis
1/2 cawan lobak merah | sagat
Sedikit rempah empat sekawan
Sedikit garam
2 helai daun pandan
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan minyak jagung dan tumiskan bahan hiris. Setelah naik bau masukkan rempah empat sekawan dan kacau sebati.

2. Kemudian air, garam dan daun pandan. Biarkan mendidih, selepas itu barulah masukkan beras serta susu. Kacau sebati. Tanak seperti biasa.

3. Apabila hampir kering, baru masukkan jagung dan lobak. Tanak sehingga masak. Akhir sekali, taburkan daun sup dan bawang goreng.

TEPUNG TORAK


Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras
3 cawan air
Sedikit air kapur
1/2 cawan air perahan pandan
Gula ikut manis
Daun pisang dan tali untuk membungkus

Cara Menyediakan:

1. Dalam sebuah bekas, adun semua bahan hingga sebati. Ketepikan.

2. Menggunakan kayu bulat panjang, gulung daun pisang menjadi kelongsong dan ikat kemas hujungnya dengan tali. Ikat juga sepanjang kelongsong dengan ikatan simpul hidup. Keluarkan kayu.

3. Isi adunan ke dalam teko dan tuangkan ke dalam kelongsong sehingga tiga suku penuh. Ikat pangkalnya.

4. Rebus hingga keras serta kelongsong timbul.

KLAPPER TART

Klapper Tart


Bahan-bahan
:
- 500 ml susu
- 50gm tepung maizena
- 1 sudu teh garam
- 175gm gula pasir
- 1 biji kelapa muda (keruk isi kelapa muda)
- 50gm kismis
- 100gm tepung gandum
- 1/4 sudu teh vanilla
- 50gm badam - hiris nipis
- 1 sudu besar mentega (untuk disapu)

Cara Membuat:


1. Campur susu dengan tepung maizena, garam dan gula. Masak atas api yang kecil hingga kental. Angkat. Kacau sehingga sejuk.
2. Keruk isi kelapa muda kemudian hiris halus. Masukkan adunan tepung maizena secara bertahap. Kacau rata. Masukkan kelapa muda dan kismis.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Ratakan.
4. Taburkan badam hiris. Panggang dalam ketuhar sehingga masak. Angkat dan sejukkan.