Thursday, March 24, 2011

MEE SUAH


P1170293

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 packet mee suah (packet kecil)
  • 1 ulas bawang kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 100 gm udang saiz sederhana
  • 1 biji ubi kentang
  • 1 keping tauhu
  • 1 biji cili merah - potong
  • Garam dan serbuk pati ayam secukup rasa
  • Air

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan.
  2. Masukkan udang dan tauhu,goreng layu.
  3. Masukkan air dan kacau sebentar.
  4. Masukkan ubi kentang dan cili merah serta garam dan pati ayam
  5. Biarkan mendidih dan selepas tu barulah masukkan mee suah.Masak sehingga mee suah lembut.
  6. *Mee suah ni cepat kembang so kena buat kuah banyak ckit *Sayur lain boleh masuk cam carrot dan lain-lain,carrot Kiah habis tu yg tak letak. *Letak sedikit lada hitam tumbuk klu nak rasa spicy ckit

Tag

MEE SANGGUL


Besday_anak_kak_ina19




Bahan-bahan ( 2org )

  • * 1/2 peket mee sanggul
  • * 2 ulas bwg putih- tumbuk
  • * pes goreng bihun goreng adabi
  • * 3 ulas bwg merah
  • * 1/2 sudu teh lada hitam- tumbuk
  • * 4-5 biji cili api- tumbuk
  • * 1 biji telur
  • * kucai
  • * udang

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih dan bwg merah sampai naik bau, jgn lama sangat nanti hangus. (api sederhana)
  2. Masukkan pes goreng bihun adabi dan masukakn udang biarkan masak.
  3. Masukkan lada hitam, biar sebentar, kemudian masukkan 1/2 cwn air dan sedikit garam.
  4. Masukkan mee sanggul dan dikacau rata, kemudian barulah dimasukkan telur dan kucai.
  5. Bila masak barulah diangkat dari api.
  6. Siap dihidangkan.

MEE SIPUT

Dsc03872

Ni la mee siput yg pemes kat Johor.Sedap klu dimakan dengan sambal tumis.Tak pasti lak klu kat tempat dipanggil apa.Cara nak masak...Goreng dlm minyak yg banyak & panas
~buat sambal ikan bilis
~mee di goreng garing dan makan....

notes~ resepi paling mudah,murah dan malas!!!