Saturday, March 26, 2011

AIR JIMMY ASMARA

P4150315

Bahan2nya:

  • 4 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu besar oren sunquick
  • 1 sudu kecil esen pisang (akak pakai cap star brand)
  • pewarna hijau beberapa titik
  • air masak putih secukupnya
  • ais batu secukupnya
  • * tambah dan kurangkan mana2 bahan ikut selera masing2 tapi oren jangan terlebih takut tak menjadi.

Cara-cara

  1. masukkan gula dalam jug. Larutkan gula dengan sedikit air panas
  2. masukkan oren sunquick, esen pisang,pewarna hijau dan air. kacau sebati. Masukkan ais batu.
  3. Dah siap untuk minum.

MY 100 + MILKSHAKE

01062008281-001

Bahan-bahan ( 1 jug )

  • 1. 300gm aiskrim vanila( I guna lime swirl vanila flavoured tp kalu vanila je pun buleh)
  • 2. 1 gelas fresh milk
  • 3. 1/2 gelas air 100plus tangerin oren

Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan ke dalam blender dan blend kan
  2. Bila siap, tuangkn ke dalam jug dan sedia untuk diminum.

TEH DANGDUT!!!

Teh_tarik_2

Teh_tarik_2

Bahan-bahan ( 1 gelas )

  • 2 UNCANG TEH
  • 3 SB SUSU PEKAT
  • 2 SB SUSU CAIR (option)
  • AIR PANAS (IKUT SUKATAN GELAS)

Cara-cara

  1. -REBUS TEH TU DENGAN SETENGAH CAWAN AIR...PASTIKAN TEH TU PEKAT.. (PASTIKAN TEH TU JADI PEKAT, BIASANYA SAYA REBUS SETENGAH CAWAN AIR DAN BILA PEKAT AIR AKAN TINGGAL 1/3 CAWAN JE...)
  2. -1 CAWAN AIR PANAS,CAMPUR SUSU PEKAT DENGAN SUSU CAIR LEPAS TU TARIK SAMPAI BERBUIH
  3. -LEPAS TU MASUKAN SUSU KE DALAM GELAS SEKALI DENGAN BUIH-BIUH TU..
  4. -AKHIR SEKALI BARU MASUKAN TEH YG PEKAT TADI KE DALAM SUSU.. MASUKKAN TEH TU SLOW2...
  5. *SUKATAN AIR DAN SUSU IKUT SUKA KITE SENDIRI NAK MANIS ATAU TIDAK...SUKATAN AIR PUN SAME....IKUT SAIZ GELAS KITA...KALU NK SENANG KITE SUKAT DULU AIR MENGIKUT GELAS YG KITE NK GUNA...

VITAMINA

Vitamina

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3 gelas orange juice
  • 1 gelas campuran buah2an (kiwi, strawbery, mango, nenas atau apa sahaja buah2an lembut yang senang nak blend)

Cara-cara

  1. Potong semua buah2an, masukkan dalam blender. Blend dengan orange juice.
  2. Tambah ice jika suka. Minum immediately, sebab kalau tggu lama nanti vitamin & color akan fade away.

TEH KURMA

Img_0063

  • 4-5 biji kurma ( yg murah pun takpe )
  • beberapa potong buah apple / pear
  • 3 sudu gula ( ikut rasa )
  • 600 ml air

Cara-cara

  1. Buah apple / pear dipotong kiub.
  2. Kurma x payah buang biji.
  3. Rebus semua sekali hingga mendidih.
  4. Lebih sedap diminum sejuk.

PATI CALPIS


Calpis




Bahan-bahan ( anggaran 345g )

  • 150g yogurt
  • 150g gula
  • 45g jus lemon

Cara-cara

  1. Masukkan yogurt dan gula di dalam mangkuk
  2. Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian letakkan mangkuk tadi tu ke dalam periuk juga. Panaslah sehingga 70-80 degree sambil dikacau-kacau selama lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian sejukkan. Bila dah sejuk, masukkan jus lemon dan kacau. Bolehlah disimpan di dalam peti ais.
  4. Masa nak minum, tambahlah air ke dalam pati tadi sebanyak 2-3 kali ganda jumlah pati calpis tadi. Lepas tu bolehlah dimasukkan ketulan ais.

AIR PANDAN

Pandan_drink

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • 20 gm Daun pandan yang telah dibersihkan
  • 250 ml air
  • 120 gm gula
  • Ketulan ais secukupnya

Cara-cara

  1. Kisar daun pandan bersama air, tapiskan
  2. Masak bersama gula sehingga mendidih, sejukkan.
  3. Hidangkan bersama ketulan ais.

SA -TA ANDAGI ATAU DONUT OKINAWA


100gram tepung gandum

1 biji telur (60gram,kiranya telur saiz L)

40gram serbuk gula merah ( Kakcik guna serbuk kuro sato)- rupanya serupa mcm gula merah mesia

20gram gula

1 sudu kecil minyak masak

1 sudu kecil baking powder

secubit garam

minyak masak secukupnya untuk proses penggorengan nanti

( tiada sebarang penggunaan air di dalam resepi ni, cecair hanya bergantung pada telur)

Cara-caranya

1. Masukkan gula putih, gula merah dan telur di dalam bekas adunan, dan kacau hingga sebati.

2. Kemudian masukkan garam, minyak masak dan tepung gandum bersama baking powder, gaul lagi. setelah semua adunan mesra, perap adunan lebih kurang 10 minit sebelum digoreng.

3. Jemput-jemputkan adunan bulat-bulat, jangan terlalu kecil, macam nak buat kuih bom pisang tu, goreng dengan minyak panas, api perlu sederhana jangan terlalu kuat, balik-balikkan sa-ta-andagi supaya masak sekata dan goreng hingga keperangan.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

WATER MELON SMOOTHIE


Bahan-bahanya

1 cawan tembikai yang dibuang biji

3 sudu besar plain yogurt

2 sudu besar madu

1 sudu kecil air perahan lemon

1/2 cawan kiub air batu.

cara-caranya

1. Tembikai dipotong kecil dan dibuang biji, masukkan tembikai, madu, yogurt, air perahan lemon dan kiub air batu di dalam blender.

2. Blender bahan tadi hingga semuanya hancur dan creamy, tuang didalam gelas dan hias dengan beberapa helai daun pudina. Sedia untuk dinikmati. Selama Mencuba.

COCONUT AFFIN SHAKE



( 1 gelas besar )

1 biji kelapa muda (ambil air dan isi kelapa)
2 scoop vanilla/coconut ice cream
sedikit gula pasir (ikut suka)
1/2 cawan ketulan ais (ikut suka)

Cara-cara

Satukan kesemua bahan di atas ke dalam blender dan kisar hingga halus dan sebati.Tuang ke dalam gelas dan bubuh topping ice cream tambahan jika suka.Segera dinikmati... :)


TQ AIZA AZIE ZIE