Wednesday, March 2, 2011

Daigakuimo

Sebelum itu, bagi mereka yang tertanya-tanya tentang keunikan/kepelikan nama makanan ini, saya mulakan dengan sedikit pengenalan; ‘daigaku’ adalah perkataan Jepun yang bermaksud ‘universiti/kolej’ dan ‘imo’ pula bermaksud ‘ubi’..
Q : Kenapa perkataan ‘universiti’ menjadi sebahagian nama makanan ini?
A : Ada beberapa khabar angin mengenai penciptaan nama itu. Antaranya; masa zaman dahulu kala, pelajar-pelajar   universiti di sekitar Tokyo sangat suka makan ubi manis, maka sampai sekarang orang sebut ‘Daigakuimo’.
Kisah yang lain pula; zaman dulu di depan pintu pagar  Tokyo Universiti (Todai), ada gerai kecil yang menjual ubi rebus  dan tuan gerai itu yang mula-mula memasak ubi dengan gula, maka terhasil lah nama ‘Daigakuimo’.
Banyak lagi kisah turun temurun yang dikaitkan  dengan nama makanan tradisional Jepun ini, tapi hakikatnya tiada siapa yang tahu asal usul yang sebenarnya.
ok.. tanpa berlengah lagi, mari kita mula memasak!
BAHAN-BAHAN:
280g ubi keledek [サツマイモ] (sebiji-saiz sederhana)
1 sudu makan minyak sayuran (minyak biasa pun ok)
2 sudu makan gula perang (gula biasa pon boleh)
Toasted black sesame seeds [黒ゴマ] (hiasan sahaja.. optional)
Beberapa titis soy sauce (optional)
CARA-CARA:
1. Basuh sweet potato, kerat kecil2 dengan saiz suapan.
2. Rendam sweet potato dalam air selama 10minit.
3. Masukkan minyak sayuran, gula perang, sweet potato kedalam non-stick pan.
4. Tutup pan dan pasang api. [stim dan goreng sweet potato pada api sederhana kecil]
5. Bila kedengaran bunyi minyak , goyangkan pan dan biarkan selama 2 minit.
6. Buka penutup, balik-balikkan sweet potato, supaya gula sekata.
7. Tutup pan, biarkan 2 minit lagi.
8. Ulang langkah 6 dan 7 sehingga permukaan potato sweet garing, kekuningan.
9. Cucuk sweet potato dengan garfu untuk cek samada sudah lembut atau tidak. Kalau sudah, titiskan beberapa titis soy sauce. (kalau taknak pun tiada masalah)
10. Goyangkan pan dan tutup api.
11. Hidangkan di atas pinggan, taburkan toasted black sesame seed. Selamat menjamu selera.

1 comment: