Thursday, March 24, 2011

MEE SUAH


P1170293

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 packet mee suah (packet kecil)
  • 1 ulas bawang kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 100 gm udang saiz sederhana
  • 1 biji ubi kentang
  • 1 keping tauhu
  • 1 biji cili merah - potong
  • Garam dan serbuk pati ayam secukup rasa
  • Air

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan.
  2. Masukkan udang dan tauhu,goreng layu.
  3. Masukkan air dan kacau sebentar.
  4. Masukkan ubi kentang dan cili merah serta garam dan pati ayam
  5. Biarkan mendidih dan selepas tu barulah masukkan mee suah.Masak sehingga mee suah lembut.
  6. *Mee suah ni cepat kembang so kena buat kuah banyak ckit *Sayur lain boleh masuk cam carrot dan lain-lain,carrot Kiah habis tu yg tak letak. *Letak sedikit lada hitam tumbuk klu nak rasa spicy ckit

Tag

No comments:

Post a Comment