Wednesday, March 30, 2011

EMPING PADI


Sdc11185

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 300 gm emping padi
  • 100 gm kelapa parut putih
  • 1 ekor ikan kembung bakar
  • 5 ulas bawang merah ( kecil )
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • Sedikit ajinomoto

Cara-cara

  1. Ikan di ambil isinya kemudian di tumbuk bersama bawang kecil dan bawang putih. Ketepikan.
  2. Sangai ( goreng tanpa minyak ) emping di dalam kuali sehingga garing dan rangup. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukan pula kelapa parut serta ikan yang telah di tumbuk bersama bawang tadi kedalam kuali. Masukan juga semua perasa, garam dan serbuk lada hitam.
  4. Sangai sehingga garing dan ringan. Masukan pula emping tadi. Gaul sehingga sebati, tutup api.
  5. Sedia untuk di makan..

KEREPEK UBI ARROWHEAD

  1. Img_0946
  2. Img_0946

    Ubi Arrowhead/ngarku nih hanya terdapat menjelang perayaan tahun baru Cina saja. Sekarang tengah banyak dipasaraya. Boleh cuba sementara stok masih ada.. hehe! Rasanya lemak2 dan ranggup.

    Bahan-bahan ( 1kg = 1 bekas besar )

    • 1 kg Ubi Arrowhead
    • Garam / Whitepepper / Blackpepper (sebagai perasa jika suka)

    Cara-cara

    1. Arrowhead
      Bersihkan ubi arrowhead dengan membuang kulit ari nya sahaja. Basuh dan toskan.
    2. Img_0944
      Sagat nipis ubi tersebut dan goreng dalam minyak seperti menggoreng kerepek ubi. Sesudah perang, angkat dan toskan minyak.
    3. Jika suka boleh tambahkan garam atau serbuk blackpepper / lada sulah sebagai perasa. Saya suka makan kosong aje. Rasanya ranggup dan lemak.

SAGUN


14022009821



Bahan-bahan ( 5-6 org )

  • 1 biji kelapa parut
  • 200 gm tepung beras
  • 50 gm tepung pulut
  • 80 gm gula halus

Cara-cara

  1. goreng kelapa parut sehingga separuh kering atau sehingga wangi
  2. Kemudian masukkan tepung beras n tepung pulut.
  3. Goreng kesemuanya hingga garing n berderap (Saya goreng dgn api yang perlahan dalam 15- 20 minit)
  4. Sejukkan dulu , baru digaul dgn gula halus
  5. 14022009822
    Ini sagun yg siap dibungkus dlm plastik zipper, psal plastik aiskrim takde stok lak

Kotak Kehidupanku!!!! Slideshow

Kotak Kehidupanku!!!! Slideshow: "TEST TripAdvisor™ TripWow ★ Kotak Kehidupanku!!!! Slideshow ★ to Johor Bahru, Melaka State and Ipoh. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

KUIH TIWUL AYU.

Mula2 dengar nama agak pelik jugak...rupanya Kuih Putu Ayu!!!Apa2 pun jom buat.....

Tiwul


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 3 biji telor
  • 200 gm gula melaka di hiris
  • 1 sudu teh ovelette
  • 300 gm tepong gandum
  • 50 gm gula caster
  • 140 gm susu segar
  • Inti Kelapa
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 1 sudu teh tepong ubi
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara

  1. Putar telor + gula melaka + gula caster + ovelette sehingga betul2 kembang.
  2. Masukan tepong berselangseli dengan susu segar, putar sehingga sebati.
  3. Inti kelapa - satukan semua, gaul rata.
  4. Sdc10688
    Sapu acuan dengan minyak, isi inti kelapa, tekan sehingga kemas.
  5. Sdc10693
    Tuang satu sudu besar adunan dan kukus selama 5 minit

Monday, March 28, 2011

KERABU ULAM RAJA




Bahan2
Seikat ulam raja ~ dibersihkan dan potong halus
1 kuntum bunga kantan ~ dihiris nipis
3 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
1 biji cili merah ~ dihiris nipis
5 biji cili padi ~ dihiris halus
½ biji kelapa parut ~ disangai sebentar dengan serbuk kunyit & udang kering tumbuk
(sikit serbuk kunyit)
2 sudu besar udang kering ~ rendam dlm air panas & tumbuk halus
garam secukup rasa
serbuk perasa
sedikit jus limau

Cara Menyediakan
Gaulkan kesemua bahan2 dan perasakan hingga secukup rasa mengikut selera anda.

NASI ULAM PERAK


Bahan-bahannya:
  • Daun selom
  • Daun pegaga
  • Daun mengkudu
  • Daun ulam raja
  • Bunga kantan
  • Daun selasih
  • Daun kari
  • Daun legundi
  • Daun cekor
  • Daun sekentut
  • Daun jambu batu
  • Daun nilam
  • Daun pudina
  • Daun bangun-bangun
  • Daun sentang (kalau nak rasanya pahit-pahit)
  • Daun kunyit
  • Halia
  • Kerisik
  • Bawang besar potong subang
  • Serbuk lada hitam
  • Isi temu
  • Lengkuas
  • Ikan masin yang eloknya tenggiri atau merah digoreng dan ditumbuk
  • Garam sikit kalau tak nak pun tak apa
  • Nasi semangkuk yang dah disejukkan.


Ni dia ulam-ulamnya

Setelah dihiris


Gaulkan kesemuanya


Lauk sampingan yang sedap dimakan dengan nasi ulam ni Sambal Ikan Kering. Eloknya ikan merah yang dipotong kecil-kecil sebesar ibu jari dan digoreng.

Bahan untuk sambal:
  • Cili kering rebus dan ditumbuk kasar dengan lesung batu..saya selalu tanya kalau blend tak boleh ke..ayat standard mak, "Itulah seni memasak." Anaknya pemalas nak kerja senang je..hehe
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
Kesmuanya ditumbuk sekali. Tumis bahan cabai. Taruh air asam. Gula secukup rasa. Garam tak payahlah sebab dah masin.

Satu set nasi ulam berlaukkan sambal ikan kering dan ditambahkan lagi dengan keropok dan telur dadar.

NASI GORENG ULAMAN


Cimg1743a


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 2 piring nasi
  • 2 keratan ikan masin yg di goreng dan di kisar halus
  • Sengengam ikan bilis digoreng dan dikisar halus
  • 6 biji cili api dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih dikisar halus
  • 1 biji bawang merah di mayang
  • 5 btg kacang buncis di potong halus(kcg panjang pun ok)
  • 2 btg serai di potong halus
  • Sedikit daun selloum di potong halus
  • Sedikit daun pudina di potong halus
  • Sedikit bunga kantan (kalu ada, i xguna sb takde)
  • Boleh di tambah ulam lain jika ada
  • Sedikit garam dan ajinamoto

Cara-cara

  1. Panaskan minya masukan bawang putih dan cili api masak sampai kekuningan kemudian masukan semua kacang, serai dan ulaman kacau sehingga 1-2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati.
  2. Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin dan rasa nasi itu, kalu kurang garam tambahkan sedikit garam dan ajinamoto.
  3. Cimg1742a
    Sedia untuk disantap bersama. ** kalu nak mkn dgn sambal belacan pun sedop!

MURTABAK MAGGI


Bahan2(utk 4 orang)



  • 1 bungkus Megi (tak kisah Megi perasa apa) atau Mee Megi saja
  • 1/2 sudu rempah kari (ikut citarasa sama ada nak pakai rempah kari ataupun perencah megi tu)
  • 5 biji telur
  • 1 gengam sayur kubis (dipotong dadu)
  • Daging lembu atau ayam (dicincang)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • Minyak masak

Cara-cara

  1. Rebus mee megi. Dan toskan airnya.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan serbuk kari atau perencah megi kedalam telur dan kacau sehingga sebati. (Kalau masukkan serbuk kari tambahkan sedikit garam)
  4. Masukkan mee megi yang telah ditoskan beserta kubis, daging dan bawang ke dalam telur tadi. Gaulkan sehingga sebati.
  5. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.
  6. Masukkan kesemua bahan yang telah digaulkan ke dalam kuali setelah minyak betul-betul panas.
  7. Setelah masak. Hidangkan dengan nasi ataupun sos

MAGGIE PUNGGOL

Bahan-Bahan:
3 bungkus Mee Segera (sepatutnya Mee buatan Maggi)
10 batang cili padi di kisar
5 ulas bawang putih di kisar
1 ulas bawang merah besar di mayang
100 gram sotong di bersih dan di hiris
100 gram udang (lagi besar lagi bagus)
100 gram ayam dada di potong dadu
1 cili hijau di belah dua
250 gram sawi hijau
50 gram lobak di potong bulat
1 biji tomato di potong bulat
sedikit kucai dan daun ketumbar
1 liter air stok ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil kicap masin
Garam mengikut citarasa
Sedikit minyak jagung untuk menumis
Cara:
Panaskan kuali beserta minyak jagung. Setelah panas, tumiskan bahan-bahan kisar. Tunggu hingga harumnya naik. Masukkan ayam, udang dan sotong. Biarkan selama lima menit. Tambahkan bahan-bahan sos, sayur-sayuran, bawang yang di mayang dan stok. Akhir sekali, campurkan mee Maggi. Bila mee sudah lembut, matikan api dan hidang diatas pinggan besar.
Cadangan Hidangan:
Taburkan daun ketumbar dan kucai diatas mee.
Tambahan:
Hidangan ini cukup untuk 4 orang. Bahan-bahan boleh ditukarkan ke daging lembu atau kerang.

PIZZA MAGGIE ISTEMEWA




Bahan-Bahan:
3 bungkus mi maggi (dicelur dan ditoskan)

bahan isi:
10 ketul cendawan butang dalam tin (dihiris)
200 gm isi ayam (di potong dadu)
1 batang lobak merah
1 biji lada benggala hijau
1 biji bawang besar
(ketiga bahan ni didadu)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 sudu besar sos tiram
garam
ajinomoto
serbuk lada sulah