Selalu masak Padprik,masak merah,sambal tomato,masak kicap.... cuba pulak buat sup.
Thursday, July 7, 2011
Wednesday, July 6, 2011
PIZZA CASARITA




Jom buat Pizza sendiri!!!!Jimat Kos ,kenyang perut...suka hati.Sekilo tepung dapat menghasilkan 6 keping Pizza yang gebu.Bahan2 ikut citarasa sendiri.Cheese pun boleh pilih yang mana suka.kakcik suka Cheddar...berbaloi2.
Sambal Janggut Sotong Kering
Bahan2 :~asam jawa extra stengah sudu
SINGGANG IKAN KEMBUNG
Bahan2nya:Bawang Putih 2 ulas (mayang halus jugak)
Serai sebatang
Asam Jawa Extra stengah sudu kecil cukup)
Garam sesudu kecil
Perasa(ikut suka)
~tabur secubit..ala2 je halba campur,bau wangi masukkan serbuk kunyit,serai dan asam jawa.
~biar mendidih masuk sayur2an.
~masuk ikan ,daun limau purut dan cili belah.
Monday, July 4, 2011
SCONES

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 g mentega, didadu kecil dan sejukkan dalam peti sejuk
90 g telur (pecahkan 2 biji telur, kocok sedikit dan timbang, simpan bakinya)
2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
200 ml susu cair (kurang lebih)*
1/2 camca teh vanilla esen*(*disatukan)
1/4 cawan gula halus
1/2 cawan sultana (kismis kuning)
Sedikit tepung untuk ditabur
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 190C, sapu dulang pembakar dengan sedikit mentega. Ketepikan.
- Dalam satu bekas satukan mentega sejuk, tepung dan gula halus, ramas dengan hujung jari hingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti kasar. Tuang atas meja kerja. Masukkan sultana dan gaul rata.
- Masukkan telur tadi dan gaul rata. Tuang susu sedikit demi sedikit sambil digaul hingga bancuhan bersatu (jangan risau jika susu berbaki). Memang adunan kelihatan melekit2.
- Tabur sedikit tepung pada meja kerja dan juga adunan tadi. Rata2kan sehingga mendapat 2/3 inci tahap ketebalan. Terap dengan acuan bulat berukuran 3 inci (mat guna acuan bentuk "Chenta"...hehe). Perlahan2 alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
- Sapu baki telur (campur dengan sedikit susu cair) atas setiap scones. Bakar 20 - 25 minit hingga kuning keemasa dan scones kelihatan merekah pada permukaannya. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...
Sunday, July 3, 2011
PUDING TEPUNG JAGUNG JAGUNG
Pada kebiasannya Kastad Jagung menggunakan Tepung Kastad.Warna kuning keemasan,diserikan lagi dengan jagung berkerim tapi kali ni resepi Kakcik pelik lagi.Sesuai dengan nama Blog Pelik Tapi benar Lazat!!!Jomlah kongsi resepi.....~air boleh ditambah jika puding nampak terlalu likat.
~setelah berkilat dan kental,angkat dan sejukkan dalam bekas.
~hidang setelah sejuk dan lebih enak disimpan dalam peti sejuk.
Saturday, July 2, 2011
KUETIOW KUAH ANJUNG SELERA

5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
sehiris halia
3 sudu kecil tepung jagung
cilii padi 9 biji
serbuk kari daging 3 sudu besar
3 biji ubi kentang
3 biji telur
3 sudu udang geragau/kering
4 sudu besar minyak masak
garam ikut rasa
kobis dan carrot ikut citarasa
sedikit gula Melaka
sedikt gula pasir
asam jawa extra sesudu kecil
cara :
~rebus ubi kentang dan mesin halus.
~mesin bawang,halia,bawang putih,udang kering sampai lumat.
~gaulkan dengan sebuk kari.
~larutkan tepung jagung .
~tumis rempah hingga garing,masukkan ubi kentang yg dimesin,air tepung jagung,asam jawa dan air.Ikut kemahuan sendiri banyak mana nak kuahnya.
~masukkan gula Melaka,garam dan perasa jika suka.
~pecahkan telur sebiji sebiji...jangan kacau,biar telur masak.
~biar kuah pekat dan hidang dengan daun bawang dan daun sup.
~tambahkan daging dan udang jika suka....
~ tabur bawang goreng menambah bau.
~ pagi ni kakcik masuk apa yg ada je......yg penting kuah sedap!!!
~ rebus sikit kotow nak bagi lembut....rendanm air hangat pun ok je...
selamat mencuba...
PUDING JAGUNG
Lamb chop dan brown sauce
Lamb ikot citarasa
~ diperap dengan serbuk kunyit,sebuk kari daging,bawang yang di kisar,garam dan perasa.
~digrill...rare,Medium rare,welldone.
~kentang Goreng
~cili sos
Brown Sauce
~ lada hitam,ikot suka,dikisar
~ubi kentang 4 biji besar direbus dan mesin
~2 sudu tepung jagung ,dicarkan dgn air( utk memekatkan kuah )
~sesudu butter
~garam dan perasa
~kicap untuk perangkan...
masak semua atas api perlahan.
silalah mencuba.....muad,jimat dan mengeyangkan
Friday, July 1, 2011
KARI DAGING DAUN LIMAU PURUT
Ari ni resepi Kari Kakcik lain dari selalu......saja2 ubah selera.Kalau asek guna daun kari apakata kita tukar pada daun limau purut???~masukkan asam jawa dan sedikit demi sedikit air rebusan daging agar kari tidak hangus.
~masukkan santan,ubi kentang,garam dan perasa,juga daun limau purut.
Talam Bunga Telang
- 1 cawan tepung beras
- 1 s/b tepung jagung
- 1/2 cawan gula (saya tambah 2 sb lagi)
- 2 cawan santan cair + sikit garam
- 1 cawan jus pandan + pewarna hijau ( Fie guna air bunga Telang coz byk kat rumah, atau lebih dikenali dengan bunga nasi kerabu biru )
- 1 sb air kapur
- Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
- Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dlm mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
- Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
- Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.
- = sementara itu, bolehlah sediakan bahan lapisan atas pula.
- 1/2 cawan tepung beras
- 4 sudu besar tpng jagung
- 3 cawan santan sederhana pekat
- 1 s/k garam
- Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
- Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2 (dlm 10 minit)
- Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.
- ( sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan)
- Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
- Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.( potong guna pisau plastik/pisau kek)
Friday, June 24, 2011
BELBAB
Bahan-bahan :
4 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
1/2 biji kelapa (diambil 2 cawan pati santan)
2 cawan ubi keledek dipotong sebesar jari kelingking dicelur(rebus)
garam secukup rasa
Cara Membuatnya :
1. Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam dan ditapis kemudian dipanaskan.
2. Masukkan ke dalam kualai dan dikacau separuh masak.
3. Masukkan ubi dan kacau rata-rata.
4. Bungkus dan dikukus hingga masak.
Buah Peria
Bahan-bahan :
Inti :
1 cawan kacang hijau (direndam satu malam dan direbus empuk)
gula atau gula melaka secukup rasa
sedikit garam
1 helai daun pandan
kulit :
2 cawan tepung pulut – dicampur
1/2 cawan tepung beras – dicampur
3 camca besar santan pekat
1 camca teh air kapur
sedikit air untuk menguli
pewarna
Cara Membuatnya :
1. Sediakan intinya. Kacang yang direbus-rebus dicampur dengan gula, garam dan
daun pandan, kacaulah sehingga kering dan likat. Sambil mengacau inti itu rasakan
manisnya. (Jika masih kurang manis tambahkan lagi sedikit gula)
2. Apabila cukup manisnya dan betul-betul kering angkat dan sejukkan.
3. Bila intinya sejuk, ambil sebesar ibu kaki, bentukkan bulat memanjang lebih kurang
6 cm.
4. Untuk kulitnya, campurkan santan, tepung beras, air kapur dan sedikit air sejuk
kemudian ulilah sehingga menjadi adunan lembut, licin dan tak melekat pada tangan.
5. Semasa menambah air pada adunan mestilah berhati-hati, masukkan sedikit-sedikit
supaya adunan tidak terlebih air dan terlampau lembik. Kalau suka bolehlah
dimasukkan pewarna.
6. Ambil adunan sebesar buah pinang, bentukkan bulat memanjang seperti buah peria
kemudian letakkan intinya di tengah-tengah.
7. Balut di dalam daun pinang dan pulaslah supaya urat-urat atau lidi-lidi pada daun
pinang itu meninggalkan kesan berjalur-jalur pada kuih itu.
8. Jika tidak ada daun pisang boleh juga ditekan dengan lidi pada kulit kuih itu supaya
kelihatan berjalur-jalur seperti rupa peria.
9. Kukuskan di dalam pengukus sehingga masak.
Thursday, June 23, 2011
ACAR PUTIK PISANG GALA
Bahan-Bahan:
10 biji putik pisang gala
3 biji lada kering
2 hiris halia
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1/4 biji kelapa ( untuk 1 cawan santan)
2 sudu makan minyak menggoreng
cuka, garam dan gula secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Pisang dibuang kulit hitamnya.
2. Pisang tadi dikelar-kelar melintang, halus-halus kemudian direndam dalam air garam.
3. Semasa merendam ramas-ramaslah pisang itu supaya keluar rasa kelatnya.
Rendamlah lebih kurang 15 minit
4. Lada kering , bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat.
5. Panaskan periuk, tuang minyak untuk menumis.
6. Bila minyak panas, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk, bila naik bau tuangkan
santan, kemudian masukkan cuka, gula dan garam sebagai perasa.
7. Pisang yang telah dibersihkan, ditoskan.
8. Bila kuahnya sudah elok mendidih dan naik minyak di atasnya, masukkan putik
pisang tadi, biar sekejap kemudian angkat dan hidangkan.
Wednesday, June 22, 2011
KERABU SARE

SARE
sejenis rumpai laut.
Bahan-bahan :1/4 kilogram sare
7 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 batang serai
garam dan gula secukup rasa
budu cuka
1 biji cili merah untuk hiasan dipotong nipis serong
1 biji kelapa
halia
Cara Membuatnya :
1. Sare direndam satu malam, kemudian dibasuh, digosok buang segala kekotorannya.
Apabila bersih ditoskan dan dijemur.
2. Kelapa diparut, separuh digoreng tanpa minyak, separuh lagi diramas ambil
santannya sebanyak 2 cawan.
3. Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ditumbuk lumat.
4. Masak santan sehingga pecah minyak kemudian masukkan bahan yang ditumbuk
tadi, masak lagi sehingga pekat dan berminyak.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Boleh juga digunakan manisan kelapa
sebagai ganti gula.
6. Semasa hendak makan, letakkan sare di dalam sebuah mangkuk, tabur kelapa
goreng di atasnya, 3 sudu besar tumis, 1 sudu besar cuka dan sedikit budu. Gaul
rata-rata dan sesuaikan rasanya.
7. Hiaskan dengan cili merah dan hidang.
KUIH GETAH SOKMO

Bahan-bahan :
10 ketul keledek ( sederhana besar)
1 1/2 biji kelapa
4 biji telur
3 sudu besar tepung gamdum
gula ? gula melaka secukupnya
5 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Cara Membuatnya :
1. Keledek direbus sehingga empuk. Kupas kulitnya kemudian ditumbuk lumat.
2. Kelapa diperah ambil patinya.
3. Masakkan santan, daun pandan, telur dan cengkih sehingga keluar minayk kemudian masukkan gula atau gula melaka, kacau rata-rata apabila hancur, masukkan ubi.
4. Tambahkan sedikit tepung gandum supaya lebih pekat.
5. Kacau selalu supaya tidak hangus.
6. Rasalah manisnya jika kurang boleh ditambah lagi gulanya.
7. Kacau lagi sehingga kering dan tidak melekat pada periuk.
8. Sejukkan dalam dulang, bila sejuk barulah dipotong.
KUIH BUAH PERIA

Bahan-bahan :
Inti :
1 cawan kacang hijau (direndam satu malam dan direbus empuk)
gula atau gula melaka secukup rasa
sedikit garam
1 helai daun pandan
kulit :
2 cawan tepung pulut – dicampur
1/2 cawan tepung beras – dicampur
3 camca besar santan pekat
1 camca teh air kapur
sedikit air untuk menguli
pewarna
Cara Membuatnya :
1. Sediakan intinya. Kacang yang direbus-rebus dicampur dengan gula, garam dan
daun pandan, kacaulah sehingga kering dan likat. Sambil mengacau inti itu rasakan
manisnya. (Jika masih kurang manis tambahkan lagi sedikit gula)
2. Apabila cukup manisnya dan betul-betul kering angkat dan sejukkan.
3. Bila intinya sejuk, ambil sebesar ibu kaki, bentukkan bulat memanjang lebih kurang
6 cm.
4. Untuk kulitnya, campurkan santan, tepung beras, air kapur dan sedikit air sejuk
kemudian ulilah sehingga menjadi adunan lembut, licin dan tak melekat pada tangan.
5. Semasa menambah air pada adunan mestilah berhati-hati, masukkan sedikit-sedikit
supaya adunan tidak terlebih air dan terlampau lembik. Kalau suka bolehlah
dimasukkan pewarna.
6. Ambil adunan sebesar buah pinang, bentukkan bulat memanjang seperti buah peria
kemudian letakkan intinya di tengah-tengah.
7. Balut di dalam daun pinang dan pulaslah supaya urat-urat atau lidi-lidi pada daun
pinang itu meninggalkan kesan berjalur-jalur pada kuih itu.
8. Jika tidak ada daun pisang boleh juga ditekan dengan lidi pada kulit kuih itu supaya
kelihatan berjalur-jalur seperti rupa peria.
9. Kukuskan di dalam pengukus sehingga masak.
KUIH TEPUNG TUKIL.

Buluh Tukil.
1 cupak tepung pulut kering -digaul
1/2 gelas tepung pulut hitam – digaul…..
1/2 kati gula
1 biji kelapa
5 batang buluh tukil (4 inci panjang & 1 1/2 inci lebar)
Periuk tanah untuk mengukus
Tempurung yang ditebuk kecil-kecil
garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat :
1. Gula dimasak sehingga hancur.
2. Gaulkan tepung dengan air gula yang telah dimasak sehingga sebati.
3. Masukkan ke dalam tukil dan kukus sampai masak.
4. Angkat dan gaul dalam kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan gula.
Saturday, May 21, 2011
CUCUR NASI IKAN BILIS
Campurkan adunan yang dah diblen tadi. Masukkan tepung, kucai & taugeh juga sedikit garam. Kalau nak cantek sket letak la kunyit tapi sket je la....pastu sebatikan dengan adunan kita...siap sedia untuk digoreng....makan bersama sos cili....perghhhh sedapppp tu....
adunan kisar tadi
Cucur Nasi Ikan Bilis...selamat mencubeeee!!!.....yang pasti lebih lembut berbanding cucur biasa kita dok buat....
Thursday, May 19, 2011
KEK MARBLE KUKUS BELANG HARIMAU...auaum!!

8 biji telur (besar) -diasingkan putih dan kuningnya
3cawan tepung gandum*}
1 camca kecil baking powder*} *diayak bersama
Pewarna coklat,kuning oren. (sebuk coklat)
secubit garam garam halus
Bahan B :-
I 1/2 ketul mentega/majerin - lembut
1 tin serikaya Ayam A1 yang 400gram(jenama lain pun boleh)
1 tin susu cair
1 camca kecil esen vanilla
Cara-cara
1.Pukul mentega dan serikaya perlahan2 hingga rata kemudian pukul dgn kelajuan tinggi hingga kembang dan tuang susu cair dan vanilla sambil terus pukul hingga sebati.
2.Dlm mangkuk berasingan, pukul putih telur sambil dimasukkan gula sedikit2 dan pukul hingga kembang. Masukkan kuning telur sebiji2 dan pukul lagi hingga kembang.
3.Masukkan adunan mentega ke dlm adunan telur dan gaul hingga rata. Masukkan pula campuran tepung dan kaup -balikkan adunan hingga sebati.
4.Adunan di bahagi kpd beberapa bahagian 3 warna yg dikehendaki dan warnakan. Coklat,kuning oren dan biasa.
5.Marblekan adunan di dlm loyang yg dialas dan digris terlebih dahulu.ikut spatular kegemaran masing masing la,
Tutup loyang dgn aluminium. foil dan kukus hingga 1-1 1/2 jam.
Siap,sejukan dan potong ...
Bahan2:
8 biji telur (besar) -diasingkan putih dan kuningnya 2cawan gula halus 3cawan tepung gandum*} 1 camca kecil baking powder*} *diayak bersama
secubit garam garam halus
Bahan B :-
I 1/2 ketul mentega/majerin - lembut
1 tin serikaya Ayam A1 yang 400gram(jenama lain pun boleh)
1 tin susu cair
1 camca kecil esen vanilla
Cara-cara
1.Pukul mentega dan serikaya perlahan2 hingga rata kemudian pukul dgn kelajuan tinggi hingga kembang dan tuang susu cair dan vanilla sambil terus pukul hingga sebati.
2.Dlm mangkuk berasingan, pukul putih telur sambil dimasukkan gula sedikit2 dan pukul hingga kembang. Masukkan kuning telur sebiji2 dan pukul lagi hingga kembang.
3.Masukkan adunan mentega ke dlm adunan telur dan gaul hingga rata. Masukkan pula campuran tepung dan kaup -balikkan adunan hingga sebati.
4.Adunan di bahagi kpd beberapa bahagian 3 warna yg dikehendaki dan warnakan. Coklat,kuning oren dan biasa.
5.Marblekan adunan di dlm loyang yg dialas dan digris terlebih dahulu.ikut spatular kegemaran masing masing la,
Tutup loyang dgn aluminium. foil dan kukus hingga 1-1 1/2 jam.
Siap,sejukan dan potong ...
Monday, May 9, 2011
IKAN TALAPIA STIM
1 ekor ikan talapia (500g)
1 cm halia
1 ulas bawang putih
1/4 bj bawang besar
2 bj cili padi
1 cmt sos tiram
1 cmt sos ikan
1/2 cmt kicap manis
1 cmt jus limau nipis
1/2 cwn air rebusan ikan/ayam
Garam dan gula jika perlu
Sayur-sayuran jika suka
- Racik halus semua bahan yang boleh termasuk sayur-sayuran.
- Masukkan semua bahan kecuali ikan dan sayur-sayuran ke dalam kuali.
- Masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan ikan dan simbahkan dengan kuah.
- Tutup kuali dan biarkan merenih dengan api kecil selama 10 minit.
- Masukkan sayur-sayuran dan tutup lagi untuk 1 minit.
- Tutup api. Angkat ikan dahulu kedalam pinggan hidang kemudian baru dituangkan kuahnya.
Tip Masakan Komersial
- Kenapa ikan stim tapi tak dikukus? Tak banyak yang saya lihat, ikan betul-betul dikukus untuk masakan stim. Biasanya ikan hanya akan direbus sahaja. Dengan cara merebus, ikan akan masak lebih cepat. Daging ikan akan menyerap rasa dari bahan-bahan yang digunakan dengan lebih baik. Siapa yang tahu sama ada ikan itu direbus atau dikukus kecuali orang itu memang selalu masuk dapur.
- Jika anda mahukan ikan yang benar-benar di stim, anda boleh melumur ikan dengan sos tiram, kicap, sos ikan dan jus limau. Letakkan diatas pinggan tahan panas. Susun bahan-bahan lain diatas ikan dan stimkan didalam pengukus. Abaikan garam, gula dan air rebusan. Cubalah kedua-dua cara dan bandingkan rasanya.
- Pada masa ini dirumah saya cuma ada carrot sahaja. Anda boleh gunakan pelbagai sayur-sayuran lain seperti jagung muda, leek, daun bawang, lada bengala dan sebagainya. Saya paling suka menggunakan pak choy atau baby kailan. Susun je cantik-cantik. tak perlu nak susah payah masak sayur lagi.