Friday, October 26, 2012

 Muffin Oren 

Buat Muffin Oren sempena Raya Korban.Senang je,stengah jam dah siap.Jom buat !!










2 cawan tepong 
5 sudu besar sunquick(ikot sukelah)
150 gm gule pasir *
1 buku butter*

200 gm susu pekat *
4 bij telur
2 sudu kecil baking powder
badam cincang/raisin ke ape2 le
2 sudu ovalette
1 tin susu sejat *

cara
1.bahan basah * msk atas api pelan2 je sampai gule hancur
2.pukul telor ngan 2 sudu kecik ovalette,1sudu esen vanilla sampai putih
3.tepung diayak dengan baking powder ,serbuk penaik,badam cincang,sebuk koko gaul sekali.
4.pukul ngan mixer telor tdi ngan bahan cair * tdi
5.masuk tepong,gaul rata
6.masuk dlm cawan kertas
7.panas oven 40 minit 180`c,ikot oven le,bakorr






Buat Muffin Oren pulak,tukar beberapa bahan dari Muffin Coklat.Mudah je membuatnye,rajin ngan malas je.Jom buat ngan Kakcik!!Tengok gambau memang le tak hensem tapi rasanya meletups!!!


Muffin Coklat

Muffin Coklat 

2 cawan tepong gandum 100gm serbuk Koko
150 gm gule pasir *
1 buku butter*
200 gm susu pekat *

4 biji telur (kecil)
2 sudu besar sunquick
2 sudu kecil baking powder
badam cincang/raisin ke ape2 le
2 sudu ovalette
1 tin susu sejat *

cara
1.bahan basah * msk atas api pelan2 je sampai gule hancur
2.pukul telor ngan 2 sudu kecik ovalette,1sudu esen vanilla sampai putih
3.tepung,serbuk penaik,badam cincang,sebuk koko gaul sekali.
4.pukul ngan mixer telor tdi ngan bahan cair * tdi
5.masuk tepong,gaul rata
6.masuk dlm cawan kertas
7.panas oven 40 minit 180`c,ikot oven le,bakorrr




Muffin Coklat Raye Korban!!!

Wednesday, January 18, 2012

Apam Polka Dot


3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum @ 2 cawan n lebih sket (2cawan=250gm)
...220 gm gula halus @ 3/4 penuh cawan (1cawan=250gm)
150 ml susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil  ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut selera
Pewarna

1. Pukul telur,gula dan ovalette dgn kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang. Last masukkan tepung yang telah di ayak dengan baking powder n pukul hingga sebati
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag .
4. Picitkan 1/4 adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah d letakkan di dlm acuan lompang
5.Letakkan filling secukupnya
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan... 
7. Kukus dlm masa 15 minit..
8.Penutup kukusan hendaklah di balut utk mengelakkan air@wap menitik pada apam.

Tuesday, January 10, 2012

Kerang Lada Hitam


Pagi ni masak kerang lain sikit.Jemu dah sambal,rendang,kerabu,rebus.....tukar pulak masak lada hitam.Resepi sama je macam masak daging.Yang penting ubi kentang tak dilupakan.Selain dapat memperbanyakkan  gulai,ubi kentang anak2 suka.Campur jugak sebiji tomato dan 2 biji lada hijau buat penyeri.Serasi pulak rasa kerang dengan  lada hitam..Yang nakkan kelainan cubalah!!!!!

Thursday, January 5, 2012

Cucur Mamak

Petua melembut dan menggaringkan Cucur.


Ambill 2-3 keping roti putih.Kisar bersama air suam hingga hancur.Campurkan ke alam adunan cucur anda.Tak kira ape jenis cucur pun.Cucur ana akan menjadi lebih gebu di dalam dan garing di luar.Cubalah..anda tentu berpuashati!!!!!Tiada lagi masalah cucur keras,lembik,mentah dan sebagainya.

Friday, December 16, 2011

Kari Remunggai


Kari Remunggai Dan Kacang Dal


Pokok Remunggai


Buah Remunggai 

Anak2 zaman sekarang tentu dah tak kenal pokok remunggai atau kelor.Pokok yang bersal dari India ini selalunya banyak di kawasan luar bandar.Sebagai anak kampung sudah tentu aku kenal benar dengan pokok ni tapi namanya berbeza di lain2 tempat.Kalau di Jasin,Melaka...tanah kelahiranku ia dipanggil pokok kelor.Kami tak makan buahnya.Daunnya saja yg kami buat gulai.Arwah Mak suka masak lemak putih campur keledek.Rasanya agak pahit2 tapi aku suka.Bila ah berumahtangga dengan orang Perak barulah aku tahu buah kelo ni bolleh juga digulai.Pertamakali makan rasa tak begitu sedap.Aku masih ingin mencuba buat kedua kalinya.Ke rumah sepupu kami di Taman Merudapat rasakan keenakannya bila digulai bersama parpu/kacang dal.Aku mula belajar menggulai sendiri.Hasilnya berjaya!!!!!Hingga kini masakan ala2 kampung ini menjadi kegemaranku.Bila berpeluang masak buah remunggai aku tak lepaskan.

Baru je seminggu berpindah ke Ipoh.jiran baru mempelawa kami buah remunggai untuk dibuat gulai.Apalagi...remunggainya pun kami jadikan kari tengahari ni.Kebetulan ada kacang dal,bertambahlah kelazatannya.Walau hanya kami suami isteri yang makan,aku hargai pengalaman ini.Anak2 memang tak usik pun buahnya.Kari dan dal saja yang mereka sentuh.Nak buat macam mana....mereka dibesarkan di bandar.


Buah yang dah dipotong dan  dikikis kulitnya

Pada yang nak mencuba menggulai buah remunggai rasanya tak payahlah disertakan cara membuatnya.Masak kari macam biasa.Boleh juga dicampur daging atau ikan masin tapi tak digalakkan ikan,tak masuk rasanya.Buah remunggai harus dikikis kulitnya,potong pendek2 dan dibasuh bersih.Rendam seketika untuk hilangkan rasa maung dan warna hijau.Kemudian gulailah ikut resepi anda inginkan.Bukan saja kari,dalca,gulai lemak pun boleh juga.

Pada yang teringin nak mencuba ,bila2 ada peluang ke luar bandar carilah pokok remunggai.Belum pernah pulak jumpa di pasar2 awam.Rezeki kami berpindah di kampung...banayk benda boleh dapat tanpa megeluarkan belanja.Terimkasih kami pada jiran baru yang baik hati.


Saturday, December 3, 2011

Cucur Pisang Nestum

Bahan2nya :

1 cawan tepung naik sendiri
2 cawan tepung gandum
10 biji pisang Awak
secubit garam
2 sudu besar gula
1 cawan Nestum Segera
minyak masak untuk menggoreng
air secukupnya.

cara :
*lenyek pisang hingga lumat.
* masukkan semua bahan .
* masukkan air sedikit demi sedikit,gaul rata.
*bulat2kan ,panaskan minyak dan goreng.

Cucur tidak berminyak.

Wednesday, October 12, 2011

Pisang Goreng Western


PISANG GORENG CHEESE

Bahan Untuk Pisang Goreng:

1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa),
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 biji telur
1 sudu butter
Secubit garam
Perwarna kuning atau serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya untuk mengoreng

Bahan-Bahan Untuk Topping: Keju Cheddar (diparut)
1 sudu kecil susu pekat manis
1 sudu kecil butter

Cara Penyediaan: Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. Masukkan 1 sudu butter di dalam bancuhan tepung serta sedikit garam. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan(deep fry). Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.

Pancake Coklat

Pancake Coklat

Bahan2nya:

2 cawan tepung naik sendiri
secubit garam
serbuk koko 3 sudu
air masak secukupnya.

Cara membuat :

  1. Bancuh tepung,garam ,serbuk koko ,dengan air masak sehingga cair seperti bater menggoreng pisang.
  2. biarkan 15 minit.
  3. panaskan kuali leper/biasa tanpa minyak.
  4. tuang sesenduk bater.
  5. biarkan gelembung udara penuh di permukaan.
  6. tidak perlu membalikkan pancake...boleh juga dipalingkan jika suka.
  7. hidang bersama jem,butter,madu,mentega kacang dan sebagainya.

Sarapan pagi paling mudah disediakan.Sesuai sangat kalau tak sempat buat juadah yang berat2.Selalunya buat pancake plain je tapi ari ni nak ubah citarasa sikit.Pancake Coklat dari serbuk koko Meriah.Senang didapati serbuk koko jenama ni.


Thursday, October 6, 2011

Kerang Berempah

Bahan2 :

Kerang
2 ulas bawang putih
sebiji bawang besar potong bulat
halia sebesar ibujari
sebiji tomato
sebiji timun Zuchini
serbuk kari 4 sudu besar

Cara:
~ bersihkan kerang sebaik mungkin.
~rebus kerang dengan perahan lemon dan garam.
~gaul bawang putih,halia dan bawang bulat dengan serbuk kari
~tumis dengan sedikit minyak bahan yg digaul tadi.
~perahkan sedkit lemon,masukkan garam dan serbuk perasa.
~kerang di buka ...periksa agar tiada lumpur,tidak perlu dikeluarkan dari cengkerang.
~masukkan kerang dan sedkit air.
~masukkan Zuchini yang dipotong kecil2 memanjang.
~tomato dibelah 4 dan masak seketika.
~masukkan daun kari sebagai pewangi.

hidang panas2....

Tuesday, August 16, 2011

Minestrone Soup





petang ke 16 Ramadhan nak makan Western pulak.Roti Peranchis yang dibawa balik dari Singpaore masih ada,aku buat Minestrone soup pun best jugak mencicah lepas dinner nanti.Kongsi resepi jom....

Bahan2 :

Sebatang Roti Peranchis.
Semangkuk Makaroni
setengah tin tomato puri
4 biji ubi kentang
sebiji bawang besar
sebatang celery
2 sudu besar lada hitam
setengah buku butter
sedikit daging cincang
3 ulas bawang putih
air untuk soup
garam dan perasa
setengah tin tomato puri.

Cara:

~potong dadu ubi kentang,bawang besar,celery
~bawang putih racik halus
~tumbuk halus lada hitam
~cincang halus daging
~tumis bawang,bawang putih dengan butter seketika,jangan sampai hagus.
~masukkan daging dan ubi kentang
~masukkan air,garam ,perasa dan tomato puri.
~masukkan celery dan makaroni.
~tunggu semua empuk dan pekat.
~potong menyerong roti dan hidangkan dengan sup.

* menambah kelazatan boleh parutkan Cheese di atas sup.*


Selamat berbuka !!!!!

Saturday, August 13, 2011

Roti John ZC


Roti John pulak dimintaknya.Yang ada cuma Sardin,kacang Peas ,Roti Perancis.Boh jelah....aku potong 3 Roti Perancis yang panjang ni.Hidangan utuk 5 orang...cukuplah.

Bahan2 :

sebatang Roti Perancis
1 tin sardin
4 biji telor
setengah tin kacang peas
secubit garam
sedikit lada sulah
mayonaise
sos cili
setengah biji timun

cara:
~potong 3 Roti Perancis
~pecah2kan sardin,asing kuahnya separuh
~masukkan telur ,lada sulah dan garam,pukul hancur.
~masukkan kacang peas tanpa air,dadar juga.
~ panaskan minyak masak,sapukan sesenduk pada roti dan tepekkan di kuali leper.
~dengan api perlahan masak hingga telur masak.

* hidang dengan mayonaise,sos cili dan timun.Seelok2nya guna Roti Hotdog tapi ni kes kecemasan.Tabuh je....

Sos Pecal ZC


lewat malam buat sos pecal untuk kakak di Singapore.Esok Ahmad Black dan Zayyani nak ke sana.Sos Pecal ni selalu aku buat bila bulan puasa.Buat lebih2 sikit,simpan dalam freezer.Bila terasa nak makan pecal bancuh aje ngan air panas.Celur sayur mayur sedia utuk dimakan.

Bahan2nya:
semangkuk kacang tanah (kira2 RM2 )
setengah belacan
5 sudu besar cili mesin(dimasak garing)
4 sudu besar udang geragau
sesudu besar asam jawa extra
4 sudu besar gula
2 sudu besar gula merah
2 butir bawag besar
sesudu garam

cara membuatnya :
~goreng semua bahan satu persatu.
~ mesin kering kacang tanah,
~mesin bawang,udang geragau,belacan hingga lumat.
~gaulakan dgn garam,gula semua bahan2 tadi.Cili juga.
~gaul rata semua bahan dan simpan dalam bekas.
~simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

* bancuh dengan air panas bila ingin makan pecal.Celur sayur2an dan gaul rata.Tak perlu tambah apa2 lagi.Sedia dimakan da mudah.

Selamat Mencuba!!!!

Friday, August 12, 2011

Sambal Kerisek Ikan Kerisi


Bahan2:
Ikan Kerisi 3 ekor
Cili mesin 4 sudu besar
Ikan Bilis segenggam
bawang besar sebutir
bawang kecil 3 ulas
kerisek 3 sudu besar
asam jawa extra setengah sudu kecil
minyak untuk menumis
garam dan perasa

cara:
~goreng ikan dan ketepikan.
~tumbuk ikan bilis dan bawang.
~panaskan 3 sudu besar minyak masak,tumis ikan bilis dan bawang tadi.
~masukkan asam jawa,garam dan perasa
~masukkan cili mesin dan kerisek.
~cairkan dengan secawan air.
~masukkan ikan.
~pastikan sambal kering.


Sedap dimakan dengan nasi panas.Hari ni juadah berbuka menu ikan pulak.

Tom Yam Ala ZC


Bahan2 :

ayam 2 ketul
sotong semangkuk
lobak merah setengah batang
kobis bunga (anggaran sendiri)
daun ketumbar
daun limau purut
1 kuib ayam
garam dan sesudu gula
perasa ( pilihan)
3 sudu sos tiram
2 batang serai
7 tangkai cili padi
sebiji limau nipis
sebiji bawang besar (potong bulat)

cara;
~rebus ayam dengan kiub dan serai.
~masukkan sos tiram,daun limau,air perahan limau nipis,cilipadi.
~masukkan garam,perasa dan gula.
~biar mendidih masukkan sayur2 dan sotong.
~jangan lupa daun ketumbar untuk mdenaikkan bau Tom Yam.


Tom Yam sedia dimakan untuk anggaran 6- 8 orang.Boleh aje tambah makanan laut lain .(Ikut suka).

Thursday, August 11, 2011

Mee Hong Kong ZC

Juadah berbuka hari ke 11,Mee Hong Kong atau bihun ,dua2 pun aku suka.

1/2 bungkus mee kuning(dicelur)
2 biji telur


Bahan Kuah
10 ekor udang basah
1-2 ekor sotong
3 ulas bawang putih [dicincang/ketuk]
4 potong brokoli
4 potong bunga kobis
1/2 carrot [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung
1 cawan air [ bancuhkan bersama tepung jagung]
1 cawan air rebusan ayam @ gantikan dgn kiub ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
4 biji cili padi dibelah
garam
minyak


Penyediaan Kuah
1. Tumis bawang putih hingga agak garing dan masukkan udang, sotong dan fish ball/ayam.
2. Masukkan air rebusan ayam (atau kiub ayam) bersama cili padi,lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
3. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
4. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
5. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Tips :
1. Amek je sayur apa yg ada, x perlu ikut resepi. Seeloknya ada carrot & cauliflower tu.. yummy
2.semasa kuah mendidih pecahkan telur.

Kerabu Pucuk Paku

Bahan2 :

Seikat Pucuk Paku
100 gm ikan bilis
3 tangkai cilipadi
2 tangkai cili hidup
sebiji bawang besar
setengah peket kecil kerisek
stengah sudu kecil garam
2 biji limau kasturi

cara:

~tumbuk cili hingga lumat.
~masukkan ikan bilis yang digoreng tanpa minyak.
~masukkan garam,bawang dan kerisek.
~perahkan 2 biji limau kasturi
~gaul rata pucuk paku yag telah direbus dan ditoskan


# anggaran hidangan sekali makan seramai 4 orang.#

Tuesday, August 9, 2011

Mee Bandung ZC

Juadah hari ke 10 Ramadhan.Mee bandung...tak plan pun nak buat.Kebetulan bahan2 basic ada,buat apa yang ada aje.Tak susah pun,jom cuba..

Bahan2nya

Setengah paket mee kuning
sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
sebesar ibujari halia
segenggam taugeh
sebelah hirisan lemon
udang geragau 4 sudu besar
4 biji ubi kentang
150 gm daging
4 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar cili mesin
minyak untuk menumis
garam dan perasa
3 sudu besar gula
air rebusan daging.
setengah batang lobak merah.

Cara:

~rebus daging dan simpan airnya
~rebus ubi kentang dan mesin
~bawang besar,bawang putih dan halia dimesin halus bersama udang geragau.
~satukan serbuk kari,cili mesin dengan bahan2 yg dimesin .
~panaskan periuk dan tumis bahan2 tadi hingga garing
~belah 2 lemon dan perahkan,sebelah lagi utuk hiasan.
~masukkan ubi kentang yg dimesin dan daging.
~masukkan air rebusan daging juga.
~masukkan lobak merah yg dipotong bentuk bunga.
~masukkan hirisan cili benggala hijau.
~masukkan garam,perasa dan gula.
~biar mendidih dan pecahkan 4 biji telur .
~celur mee kuning dan toskan.
~hidang bersama taugeh yg dicelur .

Hidangan untuk 6 orang.Untuk tambah menarik taburkan bawang goreng,hirisan daun sup dan daun bawang.Ubi kentang bertindak sebagai agen pemekat.Hirisan lemon menambah kelazatan.

Selamat mencuba!!!!

Sunday, August 7, 2011

Telur Dadar Keju Dan Taucu Anak Bawal

Juadah bersahur paling simple.......

Telur Dadar Keju.

4 biji telur
secubit garam (hujung2 jari je..)
keju (pilihan)ZC gunakan Cheddar yg diparut.
minyak untuk mendadar.

Cara :
~dadar telur....ruang tengah masukkan keju.
~dibentuk 4 persegi.

* telur akan naik.....menghasilkan telur dadar yg tebal.*



Taucu Anak Bawal

4 ekor anak ikan bawal
sebiji timun di potong kecil2
3 ulas bawang kecil di hiris
2 ulas bawang putih dihiris
sebesar ibu jari halia di hiris
minyak untuk menumis
taucu 4 sudu besar
4 biji cili hijau dibelah 4
asam jawa extra setengah sudu kecil
2 sudu besar gula
sesudu kicap manis
perasa ikut suka

cara:
~bersihkan ikan dan goreng
~tumis bawang kecil,halia dan bawang putih hingga naik bau.
~masukkan asam jawa extra,air utuk kuah ikut suka.
~masukkan garam dan perasa.
~masukkan timun,cili belah dan kicap
~masukkan taucu dan ikan dan gula.
~biar mendidih .
~hidang dengan nasi panas.

* kicap utuk menambah warna saja.....taucu sudah mencukupi untuk rasa masin gulai.*


Friday, July 29, 2011

Pancake Mudah Casarita

Pancake paling cepat mudah disediakan.Anak2 nak ke sekolah bukan je dapat bersarapan kenyang malah dapat dibekalkan juga .Lazat dihidang dengan pelbagai jem,madu bersama madu dan butter.


bahan2nya:
~300 gram tepung naik sendiri
~secubit garam
~air untuk mencairkan batter

Cara:

~bancuh tepung dan garam dengan air hingga cair.
~biarkan 20 minit
~panaskan kuali tanpa minyak.
~letak sesenduk adunan
~ batter akan berlubang2...biarkan lubang2 penuh
~tanpa terbalikkan sebelah batter telah pun masak.
~sedia dihidang.