Thursday, March 3, 2011

KUIH ABUK-ABUK

Cara Lama:Bahan-bahan:

1) 300 gram sagu biji
2) 1 cawan gula melaka (dipotong kecil) atau gula merah
3) ½ biji kelapa parut (bahagian lembut sahaja)
4) Daun pisang (dipotong segi empat sama)
5) Garam secukup rasa
6) Lidi untuk sematan (kerat kecil)
7) 2 helai daun pandan (masuk dalam air kukusan)


Cara penyediaan :

Bilas sagu dengan air bersih dan toskan. Campurkan sagu biji dengan kelapa dan garam. Gaul rata.

Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.

Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah diikuti campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh, tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong.

Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan.

Kukus sehingga masaka anggaran selama 30~40 minit.

Sedia untuk dihidangkan.

3 comments:

  1. ada gak yg panggil kuih Sago,ade nama lain tak?

    ReplyDelete
  2. belajar buat kuih ni masa form two kot....subject SRT...suka sangat...

    ReplyDelete