Monday, April 4, 2011

IKAN BAWAL BERDENDAM PERUT

  1. Bahan-Bahan

    2 bawang merah(dihiris)

    2 bawang putih(dihiris)

    sedikit halia(dihiris)

    Sebiji bawang besar(dihiris)

    Seekor Ikan Bawal

    5 sudu besar tomato sos

    5 sudu besar cili sos

    5 sudu sos tiram

    2 sudu kicap

    sebiji limau

    Sebatang cili merah (dipatah-patahkan)

    Sedikit minyak

    Sedikit Garam

    Cara Penyediaan:

    1. Ikan bawal dipotong dan dikelar-kelar. Digoreng sekejap dan diketepikan

    2. Kemudian, pijarkan minyak di atas kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, bawang besar yang telah dihiris dan goreng sebentar sehingga nampak kekuning-kuningan.

    3. Masukkan semua sos tadi, perah asam limau ,cili yang telah dipatah-patahkan kedalam kuali serta masukkan secawan air. Sekiranya hendakkan kuah itu pekat, maka campurkan sedikit dengan tepung jagung.

    4. Apabila ia telah reneh. Masukkan sayur sekiranya anda mahu dan tutupkan api.

    5. Susunkan ikan bawal goreng itu tadi di dalam pinggan atau mangkuk yang cantik. Kemudian, tuangkan kuah tadi ke atas ikan tersebut.

    6. Walah!!Sudah siap dan sedap dimakan bersama sayur kangkung perencah udang atau bersama dengan sambal belachan!.

No comments:

Post a Comment