Thursday, April 21, 2011

TOM YAM SUTUN PAUL

SEMPENA WORLD CUP!!!




SUTUN Yg meramalkan SPAIN menang tu..
2 btg serai,cabot Ana Sahar punya
4 helai daun limau purut ..pon petik Ana punya
limau nipis...kutip Ana punya gak/beli je lemon lagi POWERR
sos ikan,kalau takde belasah sos tiram,lebih kurang je rasanya
2 biji bawang HOLLAND..dijangka kalah jugak!!
Air seckupnya dari paip cuci kete Ana pon boleh...
cabai burung 7-8 biji..dari pokok belakang umah Ana...
garam pakai garam bukit ZC..selamat
letak sesudu gula wat nambah rasa
pak Ji naik moto...kalau nak...tak nak sudah!!

cara nak membuat :
sume bahan kecuali sutun pawang tu...lodoh jer dalam periok.Biar berebus...mendidih masok sutun tu sampai mengerekot biar puashati!!Siap ler......Kuunyah lumat2 sutun....ngan janggut2nya tau.hirup Tom Yam ala kadar ni...SEDAPPPPPP!!!!Cuba tau.....

Saturday, April 16, 2011

Kuih Bika Ambon


bahan-bahan
1 paket yist segera mauripan
15 gram gula pasir
10 gram tepung gandum
60ml air suam
300ml santan pekat
1 sudu teh garam
4 helai daun pandan (resepi asal menggunakan 10 helai daun limau purut)
10 biji telur - diambil kuningnya sahaja
200 gram gula pasir ( tokchik kisar gula sehingga halus menggunakan pengisar kering)
150gram tepung sagu (resepi asal sagu rumbia, tapi tokchik guna sagu ubi)
2 sudu makan tepung pulut
1/2 sudu teh serbuk vanilla / essen vanila

PENJAN UBI KAYU





Bahan-Bahan:
3 ketul ubi kayu
1 biji santan kelapa
1 ketul Gula melaka atau 350 gm Gula merah
10 sdb Gula putih
Garam (untuk lemak)
Cara:
Potong ubi kayu dalam ketulan kecil.
Rebus semua sehingga agak empuk
Toskan dan biarkan sekejap
Sementara itu di dalam periuk lain masak air gula merah, gula putih dan sedikit garam.
Kacau sehingga likat.
Masukkan santan ke dalam air gula merah tadi serta kacai sehingga likat.
Akhir sekali campurkan ubi kayu yang telah direbus tadi bersama air gula merah. Kacau.
Hidangkan.
Tambahan:
Santan yang menjadikan penjan pekat dan lemak manis.Cubalah...memang resepi penjan bersantan ini amat diminati di negeri Perak.

Thursday, April 14, 2011

APAM DOT DOT


Dsc04230


Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )

  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum*
  • 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
  • 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla
  • 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu, ovellette, esen vanilla dan pukul lagi. Sambil2 itu masukkan tepung sedikit demi sedikit.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
  2. Kueh1
    Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
  4. Picitkan blueberry filling secukupnya
  5. Kueh2
    Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
  6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  7. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
  8. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
  9. Selamat Mencuba :)

AISKERIM GORENG

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • Bahan A
  • 1 1/2 cawan tepung serbaguna
  • 4 sudu besar tepung susu
  • 1 sudu kecil instant yis
  • 3 sudu kecil gula aising
  • 2 sudu besar butter
  • Secubit garam
  • Bahan lain
  • aiskrim vinella
  • 1 biji telur
  • 1 cawan Breadcrupt

Cara-cara

  1. Campur ke semua bahan A dan sedikit air sehingga menjadi satu doh yang lembut (seperti membuat donut)
  2. Bahagikan doh beberapa bentuk bulat untuk dicanaikan. Kemudian ambil satu doh tersebut dan canaikan nipis seperti membuat kulit karipap
  3. Panaskan minyak dahulu kerana ia memperlukan jangka masa pendek untuk digoreng kalu tidak, doh akan menjadi lembik kerana aiskrim akan cair jika di biarkan terlalu lama. Kemudian pukul telur ke dalam satu mangkuk.
  4. Setelah di canai isikan satu sudu aiskrim ke dalam doh dan klipkan bahagian tepi doh agar aiskrim tadi tidak terkeluar bila digoreng.
  5. Cimg1055a
    Letak doh ke dalam telur , angkat dan balik balikan doh ke dalam breadcrupt. Terus goreng untuk 1 minit ke 2 minit sahaja.
  6. Sedia untuk disantap. Guna aiskrim vinella kerana lambat cair jika digoreng (perasa apa2 pun boleh)

BUBUR PEDAS SARAWAK


Buburpedassarawak



Bahan-bahan ( untuk makan 5 - 10 orang) )

  • 1 pkt bumbu bubur pedas ( atau mengikut banyaknya bahan)
  • 100 gm udang / ayam / daging
  • * kacang panjang, jagung muda,midin, tauhu kering (fucuk),cendawan cina
  • 5 tangkai pucuk singkel (pucuk buas) - dihiris halus
  • 5 tangkai daun kunyit - dihiris halus
  • 5 biji cili kering (jika mahu pedas)
  • 2 biji bawang merah - ditumbuk halus
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 - 3 sudu besar minyak masak - untuk menumis
  • 3 cawan pati santan
  • garam
  • serbuk perasa
  • * mana-mana bahan ini boleh digunakan mengikut selera dan citarasa masing-masing.
  • - sesuai dijadikan pencicah untuk dimakan bersama masak kemak nangka muda, umbut, sayur keladi dll.
  • - juga sesuai dimakan begitu sahaja.
  • - bahan lain yang boleh digunakan mengikut selera sendiri iaialah seperti sotong, rebung,umbut,nenas,lobak merah,ubi kentang,bunga kantan dll yang sesuai.

Cara-cara

  1. tumiskan bawang.
  2. masukkan samada udang, ayam atau daging dan masak hingga empuk.
  3. masukkan bumbu yang sudah dibancuh dengan air.
  4. biarkan mereneh dan masukkan pula kesemua bahan sayur dan bahan hiris tadi.
  5. masukkan pula pati santan dan biarkan mendidih lebih kurang 10 minit sambil dikacau perlahan.
  6. sesuaikan rasa dan angkat.

BIHUN GORENG PETAI




Bhn2:::

bihun kering (stgh paket) *celur dulu*
udang kering (suku genggam,hehe)
ikan bilis (suku genggam gak)
daging (klu ada ayam,udg,sotong buh je,,jgn buh ketam sekor2 dahlah,hahaha )
telur (pastikan telor ORI!!sy buh 1biji,jimat!!hakhak)
sayur sawi/kubis/tomato (buh je syr2 ape yg suke,jgnlah buh peria,pucuk ubi Lak..ahaksss)
sos ikan (bkn sos Ayam)
sos tiram
lada hitam (tumbuk)
bwg putih n bwg bsr (hiris2 jelah,tumbuk pun okies)
kalau nak pedas tumbuk r cili padi ok...

cara::

tumis bwg2..msk kan dgg..msk sampai garing..msk kan ikn blis n udg kering *tumbuk keduanya*....dah garing msk kan telor kacau2 smpai msk..msk kan lada itam,sos ikan,sos tiram n air skit n garam skit..dah didih msk bihun kacau smpai msk n last buh sayur..kacau sampai masak Lah,hehehe...last tabur telur dadar

Wednesday, April 13, 2011

RESIPI DAGING PERCA

(Maaf tiada gambar disertakan...)

BAHAN-BAHANNYA
600 g daging lembu
50 g gula
400 ml minyak
4 biji cili merah
4 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
4 keping asam gelugor
garam secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Kisarkan cili, bawang merah dan bawang putih.
2. Potongkan daging dan rebuskan bersama-sama ramuan yang telah dikisar tadi sehingga empuk.
3. Masukkan garam, gula dan asam gelugor.
4. Angkat dan ketepikan.
5. Apabila daging telah sejuk, siat-siatkan mengikut uratnya.
6. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga kering.
7. Angkat dan hidangkan

UDANG GORENG TAHI MINYAK





Bahan A (tahi minyak)

1 biji kelapa parut
(perah dan ambil pati santan, masak santan sehingga menjadi tahi minyak, toskan tahi minyak tersebut)

Bahan Rempah

1/2 kg udang (dibelah bahagian belakangnya)
2 batang serai }
1 cm halia }
2 ulas bawang besar }
3 ulas bawang putih } dikisar
6 biji cili kering }
1/2 s/besar jintan halus }
1/2 s/besar jintan kasar }
2 s/besar ketumbar }
4 tangkai daun kari
2 s/besar rempah kari ikan
sedikit gula melaka
3 biji limau kasturi (diambil jus)
garam secukup rasa
sedikit rebung

Cara Menyediakannya

1. Goreng udang bersama tepung beras di dalam minyak lebihan membuat tahi minyak sehingga garing dan toskan.

2. Tumiskan bahan yang dikisar bersama rempah kari ikan, daun kari, garam, serbuk perasa, gula, sedikit rebung dan air limau sehingga garing.

3. Setelah itu, campur dan gaulkan semua tahi minyak tadi dengan udang sehingga rata.

4. Hidangan ini boleh dimakan bersama nasi ataupun diratah begitu sahaja.

RENDANG CENDAWAN SISO @ SISIR

RENDANG PEDAS CENDAWAN SISIR (SISO...org Perak)

2 cawan cendawan sisir






6-8 biji cabai kering(nak guna cili apipun boleh)
5-6 ulas bawang merah
sedikit halia
sedikit kerisik
santan pekat 1 cawan (kalau pekat...buh air sikit)
serbuk kunyit
daun kunyit
udang hidup/kerang pun boleh/ikan bilispun boleh

Caranya:
~Basuh bersih2 cendawan tu..toskan.
~Blend cabai, bawang dan halia
~tuangkan ke dalam cendawan tu (buh dlm kuali ler...)+ santan+udang
+kerisik + serbuk kunyit...jerang di atas api
~Masak sampai mendidih..kemudian koyak2kan daun kunyit....
~Sesuaikan rasanya...biarkan berkuah sedikit....
~Ok..siap...selamat mencuba...

Jus Madu 3




Bahan-Bahan:
6 biji timun
10 helai daun pegaga
1 mangkuk cina kecil isi buah nipah
½ gelas cuka nipah 3 gelas air masak

(Dijadikan sirap)
1 gelas gula pasir
1 gelas air
3 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan
Sehiris halia


Cara:
Timun dan daun pegaga dibasuh dan dipotong kecil-kecil. Kemudian dimesin hingga hancur (timun hendaklah dibuang bijinya terlebih dahulu). Tapis bahan yang telah dimesin tadi dengan menggunakan kain maslin. Campurkan jus dengan sirap yang telah sejuk dan kacau supaya rata. Masukkan isi buah nipah dan beberapa keping timun yang telah dipotong dadu. Hidang dengan ketulan air batu.

Resipi...Nasi Lebai Haji










Bahan
5 cawan BERAS JASMINE SPECIAL atau HARUMMAS
1.2 kg ayam
125 ml susu cair
6 biji tomato puri
3 cawan air
300 gm bawang besar
5 biji cili hijau
180 gm mentega
4 sudu besar ketumbar
4 sudu besar jintan manis
4 sudu besar rempah bunga lawang
4 sudu besar rempah bunga cengkih dan kulit kayu manis
Bahan Tumis
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara Membuat
1. Bersihkan ayam dan potong dadu. Bersihkan beras dan toskan hingga kering.
2. Panaskan mentega dan tumis semua bahan tumis hingga wangi. Masukkan ayam hingga menjadi lembut.
3. Masukkan air bersama dengan susu cair. Campurkan tomato puri dan garam secukup rasa.
4. Setelah campuran masak, masukkan beras dan kacau hingga sebati.
5. Campurkan sedikit air dan kacau sekali lagi sehingga kesemua campuran rata. Biarkan hingga nasi masak

CENDAWAN KUKUR MASAK LEMAK CILI PADI



Bahan-bahannya:
2 cawan cendawan kukur
Segenggam cili padi
Kunyit sebesar ibu jari
2 batang serai(dititik)
2 keping asam keping
1 biji kelapa parut(diambil santannya,mestilah pekat)
Segenggam ikan bilis
Garam scukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Cendawan kukur hendaklah dicuci sehingga bersih.Tumbuk cili padi bersama-sama kunyit hingga lumat.Masukkan santan kedalam periuk berserta cendawan kukur dan cili yang ditumbuk tadi.Masukkan juga serai,asam keping,garam dan ikan bilis.Masakkan ia dengan api sederhana .Sesudah mendidih,kacau sebentar.Kemudian padamkan api.Maka masaklah ia.Semoga anda mencubanya.

Disini saya ingin memberitahu bahawa cendawan kukur juga dikenali sebagai cendawan sisir oleh orang Terengganu.

Sunday, April 10, 2011

TERUNG DAYAK DAN IKAN SALAI


Pokok Terung Dayak atau Terung Asam

Bahan-Bahan:
1 kg terung Dayak
1 liter air
2 batang serai
15 gm halia
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
500 gm Ikan Lumbi Salai
Garam secukupnya
1 camca teh serbuk lada putih
Cara:
Basuh terung dan hiris setebal 1 cm. Jerang air. Titik serai dan halia. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat dan dimasukkan ke dalam air yang sedang menggelegak. Masukkan terung Dayak dan masak hingga lembut. Rendam ikan salai seketika. Apabila terung dayak hampir masak masukkan ikan, garam dan serbuk lada putih.

Tuesday, April 5, 2011

ROTI SOBEK

BAHAN :
-300 gram tepung terigu Cakra
-200 gram tepung terigu biasa
-5 gram ragi instan
-1/2 sendok teh pelembut roti, misal S500
-30 gram susu bubuk
-150 gram gula pasir
-250 ml air
-50 gram margarin
-5 gram garam
-2 kuning telur untuk olesan atau bisa juga diolesi susu
CARA MEMBUAT
1.Ayak tepung. Tambahkan ragi instan, pelembut roti, susu bubuk dan gula pasir
2.Tambahkan air sedikit - sedikit lalu uleni sampai habis.
3.Masukkan margarin dan garam. Uleni lagi hingga adonan elastis. Diamkan selama 30 menit. Adonan siap dibentuk.
4.Timbang adonan masing - masing 90 gram lalu bulatkan. Giling lalu gulung adonan.
5.Tata adonan didalam loyang, diamkan selama 60 menit sampai adonan mengembang
dua kali lipat.
6.Olesi dengan susu dan oven sampai matang dengan suhu 180 derajat celcius selama 25 menit. Bisa untuk 2 loyang
TIPS MEMBUAT :
-Pelembut roti dapat dipilih merek lain. Di toko bahan - bahan kue banyak dijual berbagai pelembut roti. Anda dapat berkonsultasi dengan penjualnya.
Roti sobek bisa di isi keju sesuai selera.

ASAM REBUS UBIKAYU


Bahan2 :
~4 ulas bawang kecil
~2 ulas bawang putih
~sedikit ikan bilis
~sebesar ibujari belacan ( bakar dulu ye..)
~ cili mesin (kira 2 sudu besar)
~garam secukupnya.
~ asam keping 1 keping

cara:
Ubi di potong dan rebus.Separuh empuk ,buang air rebusan dan tukar air baru sebanyak 3 cawan,masukkan bawang kecil,bawang putih yang ditumbuk dengan ikan bilis.Tak perlu terlalu lumat.Masukkan belacan.Asam keping,cili dan garam.Tambah air jika kuah pekat.
Senang dan cepat.Tak perlu aji no moto kerana ubikayu sendiri dah lengkap perasa.

KEK UBI KAYU BERKISMIS




•1½ cawan (375g) Mentega
•1½ cawan Gula Halus
•5 biji Telur
•1½ cawan Tepung gandum
•½ tin Susu pekat manis
•1 sudu makan Baking Powder
•3 cawan Ubikayu (sagat & tapis)
•1 sudu makan Vanilla
(kismis hitam atau kuning 1/2 cawan)

Cara-cara
1.)Pukul Mentega & Gula sehingga kembang. Masukkan Telur satu-persatu sambil di pukul. Masukkan Tepung, Susu pekat, Baking Powder sambil di pukul. Masukkan Ubikayu & akhir sekali Vanilla. Sedikit pewarna kuning jika suka.
Ooop akhir sekali masukan kismis kaup dan balikan adunan,tuang dalam loyang 9in persegi yang dialas ngan kertas minyak,loyang bulat pun boleh.


2.)Bakar selama 45-50 minit sehingga masak.

Monday, April 4, 2011

BIHUN JAUNDICE


Imga0033


Bahan-bahan ( 6-8 org mkn )

  • 1 bungkus bihun 400gm -rendam lembut/toskn
  • 1 mngkuk daging/ayam dll
  • 1 mngkuk sawi
  • 1 mngkuk kubis
  • 1 btg karot - parut memanjang
  • 6 ulas bwg merah
  • 5 ulas bawang putih
  • *2 jenis bwg tumbuk kasar
  • 2 sudu teh(rata) - srbuk kunyit
  • 2 sudu teh(rata) - biji sawi(klau suka)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar srbuk lada putih
  • 6 - 8 biji cili padi - dhiris kasar@ketuk pun bleh
  • 1 sudu besar maggi ckup rasa/garam cukup rasa
  • 5 keping tauhu - dgoreng/dadu
  • bhn smpingan/penyedap:
  • daun bwg/sup/bwg goreng/cili
  • telur hncur - klau suka
  • 1 cawan air masak@secukupnye

Cara-cara

  1. Panaskn 1/2 cawan minyak@agak2 lee...
  2. Tumiskn 2 jenis bwg hingga naik bau, sedikit garing...masukkn daging@ayam d ikuti ciliapi, sos tiram & srbuk lada putih
  3. Apabila daging 3/4 masak, bleh masukkn kubis & karot d ikuti 1 cawan air, gaul mesra...biar setika
  4. Bleh masukkn bihun, gaul sebati & mesra gitu d ikuti sawi
  5. Masukkn maggi cukup rasa, sesuai rasa garamnye
  6. Agak2 bihun dh cukup masak, tutup api & masukkn tauhu yg ddadu...gaul mesra
  7. Blehlah dhidangkn dgn taburan bhn penyedap, selamat mncuba tanpa ada prasangka @ ragu2 @ was2 :D