Sunday, August 7, 2011

Telur Dadar Keju Dan Taucu Anak Bawal

Juadah bersahur paling simple.......

Telur Dadar Keju.

4 biji telur
secubit garam (hujung2 jari je..)
keju (pilihan)ZC gunakan Cheddar yg diparut.
minyak untuk mendadar.

Cara :
~dadar telur....ruang tengah masukkan keju.
~dibentuk 4 persegi.

* telur akan naik.....menghasilkan telur dadar yg tebal.*



Taucu Anak Bawal

4 ekor anak ikan bawal
sebiji timun di potong kecil2
3 ulas bawang kecil di hiris
2 ulas bawang putih dihiris
sebesar ibu jari halia di hiris
minyak untuk menumis
taucu 4 sudu besar
4 biji cili hijau dibelah 4
asam jawa extra setengah sudu kecil
2 sudu besar gula
sesudu kicap manis
perasa ikut suka

cara:
~bersihkan ikan dan goreng
~tumis bawang kecil,halia dan bawang putih hingga naik bau.
~masukkan asam jawa extra,air utuk kuah ikut suka.
~masukkan garam dan perasa.
~masukkan timun,cili belah dan kicap
~masukkan taucu dan ikan dan gula.
~biar mendidih .
~hidang dengan nasi panas.

* kicap utuk menambah warna saja.....taucu sudah mencukupi untuk rasa masin gulai.*


Friday, July 29, 2011

Pancake Mudah Casarita

Pancake paling cepat mudah disediakan.Anak2 nak ke sekolah bukan je dapat bersarapan kenyang malah dapat dibekalkan juga .Lazat dihidang dengan pelbagai jem,madu bersama madu dan butter.


bahan2nya:
~300 gram tepung naik sendiri
~secubit garam
~air untuk mencairkan batter

Cara:

~bancuh tepung dan garam dengan air hingga cair.
~biarkan 20 minit
~panaskan kuali tanpa minyak.
~letak sesenduk adunan
~ batter akan berlubang2...biarkan lubang2 penuh
~tanpa terbalikkan sebelah batter telah pun masak.
~sedia dihidang.

Friday, July 22, 2011

ACCAR BUAH CILIPADI

Bahan:
~Jeruk buah semangkuk
~ cili padi 7 biji
~cili hijau 5 biji
~Sos Cili sesenduk (ikut sukalah,memekatkan je..)
~garam dan perasa
~air secawan.
~bawang besar sebutir

* mesin cili dan bawang.panaskan 3 sudu besar minyak masak,tumis bahan,masukkan soa,air,garam,perasa dan jeruk buah.Pekat hidangkan.....*

AyAM MASAK HIJAU






Bahan2nya;

Cili Hijau 5 batang
Cili Padi 7 biji
Tomato buah 4 biji
Tomato sos 4 sudu besar
Sos Tiram 4 sudu besar
Ayam seekor
Kacang Buncis (ikut suka)
Garam,perasa
Gula 2 sudu besar
Minyak untuk menumis
bawang besar sebiji dipotong bulat
Bawang besar sebelah biji
Halia sebesar ibujari
Bawang Putih 3 ulas

Cara :
~ bersihkan ayam,rebus sebentar,kunyit garam dan goreng sedikit.
~ mesin cili hijau dan cili padi,bawang besar,halia dan bawang putih tumbuk guna lesung batu.
~tumiskan bahan2 tumbuk tadi ,masukkan tomato buah.
~masukkan sos2 semua,garam,gula dan perasa.
~tambah air untuk kuahnya,seelok2nya pekat.
~masukkan ayam,sayur,bawang bulat,cili hijau potong.
~sedia untuk dimakan.


* Ayam masak hijau ni kalau boleh elak guna cili merah langsung.nak original hijau...

Tuesday, July 19, 2011

IKAN PEKASAM


hasilnya.....

beras yang digoreng perang.

semalam balik dari Melaka lupa bawa balik Ikan Sungai yang abang ipar jala.Dah asing untuk kenduri masih banyak baki ikan,tertinggallah pulak.Pagi ni suamiku beli ikan talapia yang besar2 untuk aku Pekasamkan.Nak belajar buat sendiri...moh salin resepi ni....

langkah2nya:

1.Ikan Talapia sebanyak 6 ekor
2.garam halus setengah genggam
3.asam jawa extra setengah bekas
4.beras 2 cawan digoreng hingga perang dan dimesin halus.

~ perap ikan dengan asam dan garam semalaman pada suhu bilik
~tutup rapat2 agar tak masuk lalat
~ hari keesokannya dibuang air ikan
~lumurkan beras yg dimesin halus ke seluruh ikan
~simpan dalam bekas bertutup rapat
~simpan dalam petisejuk

* ikan di goreng bersama serdak2 beras goreng pada api perlahan.Siap untuk di makan dalam tempuh 3 hari ke atas.


Thursday, July 14, 2011

Ikan Jaket Sambal Ketumbar

bahan2
2 ekor Ikan Jaket/cencaru
5 sudu ketumbar
5 sudu cili mesin
garam dan perasa
bawang kecil 3 ulas
minyak untuk menggoreng

cara
~belah belakang ikan jaket
~tumbuk ketumbar,bawang kecil dan garam
~masukkan sedikit perasa(pilihan)
~gaulkan bahan dengan cili mesin
~sumbat belakang ikan.
~goreng dengan api perlahan.

Sambal tidak akan termuntah keluar jika dibelah ikan dengan belahan yg luas dari belakang.

Lobak Merah Susu Bermadu Blended

Bahan2
~Lobak merah sebatang
~susu pekat manis setengah cawan
~madu 3 sudu besar
~ais
~air segelas

cara
~potong kecil lobak merah,mesin halus,
~masukkan susu dan madu
~masukkan ais
~hias dengan hirisan lobak berbentuk bunga
~masukkan beberapa ketul ais .

hidangkan tika sarapan dan hi tea.

Wednesday, July 13, 2011

MARBLE CHOC CHEESE CAKE

Bahan A

180 gram mentega

20 gram serbuk koko, diayak

170 gram gula kaster

3 biji telur

120 gram tepung naik sendiri, diayak

1 sudu teh baking powder, diayak

Bahan B

250 gram krim keju

60 gram gula kaster

1 sudu teh esen vanilla

1 biji telur

Cara-caranya

Pukul butter and gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata. Adunan dibahagikan kpd 2 bahagian.

Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.

Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan

bahan B. Ratakan permukaan loyang. Tuangkan baki adunan A.

Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang

Monday, July 11, 2011

IKAN JAKET SUMBAT

Ikan Cencaru atau Ikan Jaket Kakcik panggil......ikan pilihan sumbat menyumbat ni.Senang dibelah belakang sebab ruang perut yg luas.Isi kandungan pun tak kluar dari poket.Msa siang jangan dibelah perut,buang insang dan belah di bahagian tengkuk (tengkuk ke???)ke seinci nak sampai ke ekor.Jom kongsi bahan....

Bahan2
~Ikan Jaket/Cencaru
~sebiji kelapa
~garam dan perasa
~kunyit serbuk
~4 biji cili padi
~bawang kecil 3 ulas
~minyak untuk menggoreng.

cara

~siang ikan,bersihkan.
~tumbuk cili padi bersama garam dan perasa
~masukkan bawang kecil dan kelapa parut.
~tabur serbuk kunyit dan tumbuk halus kelapa.
~sumbatkan dalam ikan padat dan goreng.

sebiji kelapa dapat disumbat pada 4 ekor Ikan yang sedang.

Kuah Lada Ikan Uji Rashid

bahan2
~cili mesin sesenduk
~kerisek setengah paket kecil
~halba campur hujung sudu kecil
~bawang kecil 3 butir
~bawang putih 3 butir
~asam jawa extra setengah sudu kecil
~halia sebesar ibujari
sebiji tomato
~setengah biji peria
~3 helai daun limau purut
~Ikan Uji Rashid 4 ekor (Ikan Mata Besar)
~minyak untuk menumis
~ garam + perasa
~jintan manis dan ketumbar

cara:

~tumbuk bawang2 ,halia,jintan manis dan ketumbar.
~panaskan minyak,tumis bawang2 dan halia
~masukkan cili mesin,masak hingga garing juga kerisek.
~masukkan halba hingga wangi,asam jawa
~air 4-5 cawan mengikut jumlah ikan
~daun limau purut,garam dan perasa
~masukkan peria yang dibelah 4
~bila mendidih masukkan ikan.

Siap!!!!Lebih kurang asam pedas tapi ada kerisek dan jintan2.

Saturday, July 9, 2011

AYAM GORENG BERIANI

paling mudah dan enak dengan nasi panas tanpa pelbagai lauk lain.Ayam empuk dan rempah garing.Kerak2nya digemari ramai.Bila kesuntukkan masa cubalah Ayam Beriani Kakcik....

Bahan2
~ seekor ayam
~sepeket kecil rempah beriani
~garam dan perasa
~ bawang kecil 5 biji
~serbuk kunyit
~minyak untuk menggoreng

cara
~rebus ayam,toskan.
~gaul dengan sebuk kunyit,rempah beriani,bawang yg ditumbuk .
~garam dan perasa.
~goreng seketika untuk garingkan rempah.Ayam dah masak isinya bila direbus tadi.

Jemput makan!!!

Friday, July 8, 2011

APAM MARMAR

250 gn tepung naik sendiri
200 gm gula kisar
200ml santan kotak
2 biji telor
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh ovalet
pewarna yg dibenarkan.

cara:
~pukul telur dengan gula hingga kembang dan putih
~masukkan ovalet,esen vanilla dan santan,kacau hingga pekat
~masukkan tepung sedikit demi sedkit
~asingkan kepada beberapa bahagian...sukalah nak letak berapa warna.
~corakkan ikut kretiviti sendiri.
~kukus 45 minit.

Siap!!!Apam tanpa ragi.....cuba jangan tak cuba!!

MEE SIAM MAKARONI

bahan2

~sepeket Mee Siam/bihun
~udang geragau segenggam
~cili mesin 4 sudu besar
~makaroni secawan (direbus hingga lembut)
~udang hidup segenggam
~lobak merah setengah batang
~cili hidup merah/hijau (untuk hiasan)
~4 sudu minyak masak
~sedikit garam dan perasa
~bawang putih 3 biji
~bawang kecil 4 biji
~sos tomato dan sos tiram(sedikit)
~ 2biji telur.

cara
~tumbuk bawang kecil dan bawang putih...udang geragau juga.
~panaskan minyak,tumis bawang,masukkan cili mesin juga.
~masukkan udang hidup,sos tomato dan sos tiram.garam dan perasa
~pecahkan 2 biji telur dan kacau.,masukkan lobak merah.
~masukkan bihun dan makaroni.
~kacau rata .

Hidangkan bersama cili potong yg ditabur di atas.

LEPAT LIAT PERAK



~ SECAWAN TEPUNG GANDUM
~SETENGAH CAWAN TEPUNG jAGUNG
~3 SUDU BESAR GULA
~ NYOR SETENGAH BIJI(BUANG KULIT ARI)
~PISANG CAMPOR2 (CE COBE..SEDAPP!!!)
~DAUN PISANG (lAYOR)
# ULI NGAN TANGAN LE POWERRRRR

RENDANG TOK PURNAMA MERINDU


Kakcik orang Melaka jadi tak pandai nak merendang Tok ni.Mintak sedekah resepi ngan Yong NurQasehku Olia,anak jati Perak.Lepas ni Nyonya Mansur takkan pecat lagi..hehehehe..TQ Yong!!!Raya ni boleh le teman mencoba...




1 kg daging batang pinang dipotong mengikut citarasa(biasa potong besar2)
3 biji kelapa parut,-2bjii diambil santannya, 1 biji dibuat kerisik.
3 sm halia
2 sm lengkuas
3 batang serai
1 paket serbuk kari daging
20 biji cili kering (nak pedas bubuh byk)
300 gm bawang merah
4 ulas bawang putih
2 kuntum bunga lawang
2 sm kulit kayu manis
2 paket jintan putih (sepaket 30 sen)-digoreng tanpa minyak.
1 paket jintan manis (sepaket 30 sen)-ditumbuk hingga halus
Sedikit isi kelapa yang dipotong kecil2 memanjang -digoreng kemudian ditoskan.
Sekeping gula melaka kecil atau gula merah
kicap secukupnya
sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa.

cara2nya:-
semua bahan cabai, bawang,lengkuas,serai dan halba2 digoreng dgn sedikit minyak~disangai.
kemudian biarkan sejuk seketika dan diblender...
masuk daging ke dalam kuali+bahan2 yg diblender+kerisik+Kicap+gu​la melaka+serbuk kari...
kemudian diperap dlm 1 jam..
masukkan santan dan rendidihkan
bila daging dah empuk masukkan sedikit air asam
didihkan shingga kering dan masukkan
kelapa yg dihiris memanjang tadi...
sesuaikan rasanya...kalau kurang garam dan gula tambahkan mengikut cita rasa anda...
SELAMAT MENCUBA..

Masak Kicap Janggut Sotong





Bahan2
sepeket janggut sotong
4 batang kacang panjang
4 sudu besar cili mesin
setengah sudu kecil lada hitam
bawang besar sebiji
bawang putih 2 ulas
seinci halia
5 sudu perahan lemon
5 sudu kicap manis

cara
~janggut sotong direbus dan toskan.
~tumis bawang besar bersama halia,bawang putih (dihiris)
~masukkan cili mesin,setelah garing tuang kicap.
~perahkan lemon dan tambah air.
~masukkan kacang panjang yg dipotong pendek2.
~akhirnya janggut sotong tadi.

*Tanpa perlukan perasa dan garam.*

Thursday, July 7, 2011

SUP TAUFU JEPON

Selalu masak Padprik,masak merah,sambal tomato,masak kicap.... cuba pulak buat sup.

Wednesday, July 6, 2011

PIZZA CASARITA





Jom buat Pizza sendiri!!!!Jimat Kos ,kenyang perut...suka hati.Sekilo tepung dapat menghasilkan 6 keping Pizza yang gebu.Bahan2 ikut citarasa sendiri.Cheese pun boleh pilih yang mana suka.kakcik suka Cheddar...berbaloi2.

Bahan2utuk membuat doh.

1 kg tepung gandum
1 paket Mauripan
3 sudu gula pasir
air suam untuk menguli

Bahan2 tabur.

sepeket daging cincang (rebus ,tos dan goreng dengan 3 sudu kari)
sepeket sosej
setengah tin nenas
setengah tin cendawan butang
2 biji cili benggala
sos tomato dan cili utuk sapuan
cheddar cheese diparut

cara menguli doh :

~ sepeket tepung gandum dicampurkan dengan sepeket mauripan ,setengah cawan air panas untuk melarutkan gula dimasukkan dan uli perlahan2.Tambah air hingga doh kenta
~uli hingga lembut dan rehatkan stengah jam unuk doh mengembang.
~tutup dengan kain.

setelah doh naik boleh panaskan oven pada 180`c.Sementara oven panas potong bahan2 seperti sosej,cili,nenas dan cendawan butang.Bila doh telah mengembang 2 kali ganda bahagiakan kepada 6 bahagian.Bulatkan.Sapu sedikit mentega di loyang dan penyekkan doh memenuhi acuan.Sapukan sos tomato dan cili pada Pizza mentah dan taburkan daging cincang.Diikuti dengan lain2 bahan yg di potong.susun mengikut kreativiti tersendiri.Akhir sekali taburkan parutan keju di atas.Bakar selama setengah jam atau lebih.

* kakcik bakar sekali 2 Pizza .

Kena cuba pada yang rajin memasak!!!Hidangkan Pizza pada bila2 masa dengan cara ,rasa,pilhan .Kakcik tak suka herba English jadi abaikan Bay Leaf,Prego sauce,paperoni,thyme dan sebagainya.Pizza ala2 Melayu dan boleh diterima semua.





Sambal Janggut Sotong Kering

Bahan2 :

~Janggut Sotong Kering segenggam
~cili mesin sesenduk
~asam jawa extra stengah sudu
~gula 2 sudu besar
~garam sesudu kecil
~belacan sebesar ibujari
~minyak 4 sudu besar
~sebiji bawang besar (potong bulat)

Cara:
~rebus janggut sotong kering dan toskan.
~tumis bawang besar sekejap saja,masukkan cili,garigkan.
~masukkan asam jawa dan air sedikit,gula ,garam dan perasa (kalau suka).
~taburkan belacan bila cili garing masukkan gula.
~masukkan janggut sotong,tambah air bila perlu.
~sambal naik merah,angkat.

Makan dengan Nasi lemak pagi pun sedap!!!Daripada terbiar jaggut2 tu boleh jugak jadi lauk.Cubalah....

SINGGANG IKAN KEMBUNG


Kakcik kalau masak Singgang tak suka pucat2.Sehabis daya nak menarik perhatian sebab Singgang ni kurang diminati ramai.Saja tambahkan lobak merah yang dipotong berbunga2,belah cili hidup(kakcik lebih suka yg hijau ).Pada yang kurang gemar masakan ni cuba resepi Kakcik mesti suka punyalah....


Bahan2nya:

Ikan Kembung 6 ekor
Cili hidup 2 biji ( belah 2)
Lobak Merah stengah biji di potong nipis2 ..(buat le bentuk2)
Kacang Panjang 2 lembar (potong pendek2)
Halba campur (tabur secubit je)
Bawang Kecil 3 ulas (mayang halus)
Bawang Putih 2 ulas (mayang halus jugak)
Halia sebesar ibujari tangan (dihiris)
Daun Limau Purut sehelai
Serai sebatang
Asam Jawa Extra stengah sudu kecil cukup)
Garam sesudu kecil
Perasa(ikut suka)
Air (ikut berapa banyak nak kuah)
Minyak masak 3 sudu
Kunyit serbuk secubit

Cara:
~ panaskan minyak,tumis bawang kecil,putih dan halia sampai naik bau dan garing.
~tabur secubit..ala2 je halba campur,bau wangi masukkan serbuk kunyit,serai dan asam jawa.
~masukkan air ikut suka.
~biar mendidih masuk sayur2an.
~masuk ikan ,daun limau purut dan cili belah.
~akhir sekali garam dan perasa.

Mudah je dan menarik .Taklah lesu je rupa kuah Singgang.Gantilah ikan apa pun mesti sedaplah.