Wednesday, October 12, 2011

Pancake Coklat

Pancake Coklat

Bahan2nya:

2 cawan tepung naik sendiri
secubit garam
serbuk koko 3 sudu
air masak secukupnya.

Cara membuat :

  1. Bancuh tepung,garam ,serbuk koko ,dengan air masak sehingga cair seperti bater menggoreng pisang.
  2. biarkan 15 minit.
  3. panaskan kuali leper/biasa tanpa minyak.
  4. tuang sesenduk bater.
  5. biarkan gelembung udara penuh di permukaan.
  6. tidak perlu membalikkan pancake...boleh juga dipalingkan jika suka.
  7. hidang bersama jem,butter,madu,mentega kacang dan sebagainya.

Sarapan pagi paling mudah disediakan.Sesuai sangat kalau tak sempat buat juadah yang berat2.Selalunya buat pancake plain je tapi ari ni nak ubah citarasa sikit.Pancake Coklat dari serbuk koko Meriah.Senang didapati serbuk koko jenama ni.


Thursday, October 6, 2011

Kerang Berempah

Bahan2 :

Kerang
2 ulas bawang putih
sebiji bawang besar potong bulat
halia sebesar ibujari
sebiji tomato
sebiji timun Zuchini
serbuk kari 4 sudu besar

Cara:
~ bersihkan kerang sebaik mungkin.
~rebus kerang dengan perahan lemon dan garam.
~gaul bawang putih,halia dan bawang bulat dengan serbuk kari
~tumis dengan sedikit minyak bahan yg digaul tadi.
~perahkan sedkit lemon,masukkan garam dan serbuk perasa.
~kerang di buka ...periksa agar tiada lumpur,tidak perlu dikeluarkan dari cengkerang.
~masukkan kerang dan sedkit air.
~masukkan Zuchini yang dipotong kecil2 memanjang.
~tomato dibelah 4 dan masak seketika.
~masukkan daun kari sebagai pewangi.

hidang panas2....

Tuesday, August 16, 2011

Minestrone Soup





petang ke 16 Ramadhan nak makan Western pulak.Roti Peranchis yang dibawa balik dari Singpaore masih ada,aku buat Minestrone soup pun best jugak mencicah lepas dinner nanti.Kongsi resepi jom....

Bahan2 :

Sebatang Roti Peranchis.
Semangkuk Makaroni
setengah tin tomato puri
4 biji ubi kentang
sebiji bawang besar
sebatang celery
2 sudu besar lada hitam
setengah buku butter
sedikit daging cincang
3 ulas bawang putih
air untuk soup
garam dan perasa
setengah tin tomato puri.

Cara:

~potong dadu ubi kentang,bawang besar,celery
~bawang putih racik halus
~tumbuk halus lada hitam
~cincang halus daging
~tumis bawang,bawang putih dengan butter seketika,jangan sampai hagus.
~masukkan daging dan ubi kentang
~masukkan air,garam ,perasa dan tomato puri.
~masukkan celery dan makaroni.
~tunggu semua empuk dan pekat.
~potong menyerong roti dan hidangkan dengan sup.

* menambah kelazatan boleh parutkan Cheese di atas sup.*


Selamat berbuka !!!!!

Saturday, August 13, 2011

Roti John ZC


Roti John pulak dimintaknya.Yang ada cuma Sardin,kacang Peas ,Roti Perancis.Boh jelah....aku potong 3 Roti Perancis yang panjang ni.Hidangan utuk 5 orang...cukuplah.

Bahan2 :

sebatang Roti Perancis
1 tin sardin
4 biji telor
setengah tin kacang peas
secubit garam
sedikit lada sulah
mayonaise
sos cili
setengah biji timun

cara:
~potong 3 Roti Perancis
~pecah2kan sardin,asing kuahnya separuh
~masukkan telur ,lada sulah dan garam,pukul hancur.
~masukkan kacang peas tanpa air,dadar juga.
~ panaskan minyak masak,sapukan sesenduk pada roti dan tepekkan di kuali leper.
~dengan api perlahan masak hingga telur masak.

* hidang dengan mayonaise,sos cili dan timun.Seelok2nya guna Roti Hotdog tapi ni kes kecemasan.Tabuh je....

Sos Pecal ZC


lewat malam buat sos pecal untuk kakak di Singapore.Esok Ahmad Black dan Zayyani nak ke sana.Sos Pecal ni selalu aku buat bila bulan puasa.Buat lebih2 sikit,simpan dalam freezer.Bila terasa nak makan pecal bancuh aje ngan air panas.Celur sayur mayur sedia utuk dimakan.

Bahan2nya:
semangkuk kacang tanah (kira2 RM2 )
setengah belacan
5 sudu besar cili mesin(dimasak garing)
4 sudu besar udang geragau
sesudu besar asam jawa extra
4 sudu besar gula
2 sudu besar gula merah
2 butir bawag besar
sesudu garam

cara membuatnya :
~goreng semua bahan satu persatu.
~ mesin kering kacang tanah,
~mesin bawang,udang geragau,belacan hingga lumat.
~gaulakan dgn garam,gula semua bahan2 tadi.Cili juga.
~gaul rata semua bahan dan simpan dalam bekas.
~simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

* bancuh dengan air panas bila ingin makan pecal.Celur sayur2an dan gaul rata.Tak perlu tambah apa2 lagi.Sedia dimakan da mudah.

Selamat Mencuba!!!!

Friday, August 12, 2011

Sambal Kerisek Ikan Kerisi


Bahan2:
Ikan Kerisi 3 ekor
Cili mesin 4 sudu besar
Ikan Bilis segenggam
bawang besar sebutir
bawang kecil 3 ulas
kerisek 3 sudu besar
asam jawa extra setengah sudu kecil
minyak untuk menumis
garam dan perasa

cara:
~goreng ikan dan ketepikan.
~tumbuk ikan bilis dan bawang.
~panaskan 3 sudu besar minyak masak,tumis ikan bilis dan bawang tadi.
~masukkan asam jawa,garam dan perasa
~masukkan cili mesin dan kerisek.
~cairkan dengan secawan air.
~masukkan ikan.
~pastikan sambal kering.


Sedap dimakan dengan nasi panas.Hari ni juadah berbuka menu ikan pulak.

Tom Yam Ala ZC


Bahan2 :

ayam 2 ketul
sotong semangkuk
lobak merah setengah batang
kobis bunga (anggaran sendiri)
daun ketumbar
daun limau purut
1 kuib ayam
garam dan sesudu gula
perasa ( pilihan)
3 sudu sos tiram
2 batang serai
7 tangkai cili padi
sebiji limau nipis
sebiji bawang besar (potong bulat)

cara;
~rebus ayam dengan kiub dan serai.
~masukkan sos tiram,daun limau,air perahan limau nipis,cilipadi.
~masukkan garam,perasa dan gula.
~biar mendidih masukkan sayur2 dan sotong.
~jangan lupa daun ketumbar untuk mdenaikkan bau Tom Yam.


Tom Yam sedia dimakan untuk anggaran 6- 8 orang.Boleh aje tambah makanan laut lain .(Ikut suka).

Thursday, August 11, 2011

Mee Hong Kong ZC

Juadah berbuka hari ke 11,Mee Hong Kong atau bihun ,dua2 pun aku suka.

1/2 bungkus mee kuning(dicelur)
2 biji telur


Bahan Kuah
10 ekor udang basah
1-2 ekor sotong
3 ulas bawang putih [dicincang/ketuk]
4 potong brokoli
4 potong bunga kobis
1/2 carrot [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung
1 cawan air [ bancuhkan bersama tepung jagung]
1 cawan air rebusan ayam @ gantikan dgn kiub ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
4 biji cili padi dibelah
garam
minyak


Penyediaan Kuah
1. Tumis bawang putih hingga agak garing dan masukkan udang, sotong dan fish ball/ayam.
2. Masukkan air rebusan ayam (atau kiub ayam) bersama cili padi,lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
3. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
4. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
5. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Tips :
1. Amek je sayur apa yg ada, x perlu ikut resepi. Seeloknya ada carrot & cauliflower tu.. yummy
2.semasa kuah mendidih pecahkan telur.

Kerabu Pucuk Paku

Bahan2 :

Seikat Pucuk Paku
100 gm ikan bilis
3 tangkai cilipadi
2 tangkai cili hidup
sebiji bawang besar
setengah peket kecil kerisek
stengah sudu kecil garam
2 biji limau kasturi

cara:

~tumbuk cili hingga lumat.
~masukkan ikan bilis yang digoreng tanpa minyak.
~masukkan garam,bawang dan kerisek.
~perahkan 2 biji limau kasturi
~gaul rata pucuk paku yag telah direbus dan ditoskan


# anggaran hidangan sekali makan seramai 4 orang.#

Tuesday, August 9, 2011

Mee Bandung ZC

Juadah hari ke 10 Ramadhan.Mee bandung...tak plan pun nak buat.Kebetulan bahan2 basic ada,buat apa yang ada aje.Tak susah pun,jom cuba..

Bahan2nya

Setengah paket mee kuning
sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
sebesar ibujari halia
segenggam taugeh
sebelah hirisan lemon
udang geragau 4 sudu besar
4 biji ubi kentang
150 gm daging
4 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar cili mesin
minyak untuk menumis
garam dan perasa
3 sudu besar gula
air rebusan daging.
setengah batang lobak merah.

Cara:

~rebus daging dan simpan airnya
~rebus ubi kentang dan mesin
~bawang besar,bawang putih dan halia dimesin halus bersama udang geragau.
~satukan serbuk kari,cili mesin dengan bahan2 yg dimesin .
~panaskan periuk dan tumis bahan2 tadi hingga garing
~belah 2 lemon dan perahkan,sebelah lagi utuk hiasan.
~masukkan ubi kentang yg dimesin dan daging.
~masukkan air rebusan daging juga.
~masukkan lobak merah yg dipotong bentuk bunga.
~masukkan hirisan cili benggala hijau.
~masukkan garam,perasa dan gula.
~biar mendidih dan pecahkan 4 biji telur .
~celur mee kuning dan toskan.
~hidang bersama taugeh yg dicelur .

Hidangan untuk 6 orang.Untuk tambah menarik taburkan bawang goreng,hirisan daun sup dan daun bawang.Ubi kentang bertindak sebagai agen pemekat.Hirisan lemon menambah kelazatan.

Selamat mencuba!!!!

Sunday, August 7, 2011

Telur Dadar Keju Dan Taucu Anak Bawal

Juadah bersahur paling simple.......

Telur Dadar Keju.

4 biji telur
secubit garam (hujung2 jari je..)
keju (pilihan)ZC gunakan Cheddar yg diparut.
minyak untuk mendadar.

Cara :
~dadar telur....ruang tengah masukkan keju.
~dibentuk 4 persegi.

* telur akan naik.....menghasilkan telur dadar yg tebal.*



Taucu Anak Bawal

4 ekor anak ikan bawal
sebiji timun di potong kecil2
3 ulas bawang kecil di hiris
2 ulas bawang putih dihiris
sebesar ibu jari halia di hiris
minyak untuk menumis
taucu 4 sudu besar
4 biji cili hijau dibelah 4
asam jawa extra setengah sudu kecil
2 sudu besar gula
sesudu kicap manis
perasa ikut suka

cara:
~bersihkan ikan dan goreng
~tumis bawang kecil,halia dan bawang putih hingga naik bau.
~masukkan asam jawa extra,air utuk kuah ikut suka.
~masukkan garam dan perasa.
~masukkan timun,cili belah dan kicap
~masukkan taucu dan ikan dan gula.
~biar mendidih .
~hidang dengan nasi panas.

* kicap utuk menambah warna saja.....taucu sudah mencukupi untuk rasa masin gulai.*


Friday, July 29, 2011

Pancake Mudah Casarita

Pancake paling cepat mudah disediakan.Anak2 nak ke sekolah bukan je dapat bersarapan kenyang malah dapat dibekalkan juga .Lazat dihidang dengan pelbagai jem,madu bersama madu dan butter.


bahan2nya:
~300 gram tepung naik sendiri
~secubit garam
~air untuk mencairkan batter

Cara:

~bancuh tepung dan garam dengan air hingga cair.
~biarkan 20 minit
~panaskan kuali tanpa minyak.
~letak sesenduk adunan
~ batter akan berlubang2...biarkan lubang2 penuh
~tanpa terbalikkan sebelah batter telah pun masak.
~sedia dihidang.

Friday, July 22, 2011

ACCAR BUAH CILIPADI

Bahan:
~Jeruk buah semangkuk
~ cili padi 7 biji
~cili hijau 5 biji
~Sos Cili sesenduk (ikut sukalah,memekatkan je..)
~garam dan perasa
~air secawan.
~bawang besar sebutir

* mesin cili dan bawang.panaskan 3 sudu besar minyak masak,tumis bahan,masukkan soa,air,garam,perasa dan jeruk buah.Pekat hidangkan.....*

AyAM MASAK HIJAU






Bahan2nya;

Cili Hijau 5 batang
Cili Padi 7 biji
Tomato buah 4 biji
Tomato sos 4 sudu besar
Sos Tiram 4 sudu besar
Ayam seekor
Kacang Buncis (ikut suka)
Garam,perasa
Gula 2 sudu besar
Minyak untuk menumis
bawang besar sebiji dipotong bulat
Bawang besar sebelah biji
Halia sebesar ibujari
Bawang Putih 3 ulas

Cara :
~ bersihkan ayam,rebus sebentar,kunyit garam dan goreng sedikit.
~ mesin cili hijau dan cili padi,bawang besar,halia dan bawang putih tumbuk guna lesung batu.
~tumiskan bahan2 tumbuk tadi ,masukkan tomato buah.
~masukkan sos2 semua,garam,gula dan perasa.
~tambah air untuk kuahnya,seelok2nya pekat.
~masukkan ayam,sayur,bawang bulat,cili hijau potong.
~sedia untuk dimakan.


* Ayam masak hijau ni kalau boleh elak guna cili merah langsung.nak original hijau...

Tuesday, July 19, 2011

IKAN PEKASAM


hasilnya.....

beras yang digoreng perang.

semalam balik dari Melaka lupa bawa balik Ikan Sungai yang abang ipar jala.Dah asing untuk kenduri masih banyak baki ikan,tertinggallah pulak.Pagi ni suamiku beli ikan talapia yang besar2 untuk aku Pekasamkan.Nak belajar buat sendiri...moh salin resepi ni....

langkah2nya:

1.Ikan Talapia sebanyak 6 ekor
2.garam halus setengah genggam
3.asam jawa extra setengah bekas
4.beras 2 cawan digoreng hingga perang dan dimesin halus.

~ perap ikan dengan asam dan garam semalaman pada suhu bilik
~tutup rapat2 agar tak masuk lalat
~ hari keesokannya dibuang air ikan
~lumurkan beras yg dimesin halus ke seluruh ikan
~simpan dalam bekas bertutup rapat
~simpan dalam petisejuk

* ikan di goreng bersama serdak2 beras goreng pada api perlahan.Siap untuk di makan dalam tempuh 3 hari ke atas.


Thursday, July 14, 2011

Ikan Jaket Sambal Ketumbar

bahan2
2 ekor Ikan Jaket/cencaru
5 sudu ketumbar
5 sudu cili mesin
garam dan perasa
bawang kecil 3 ulas
minyak untuk menggoreng

cara
~belah belakang ikan jaket
~tumbuk ketumbar,bawang kecil dan garam
~masukkan sedikit perasa(pilihan)
~gaulkan bahan dengan cili mesin
~sumbat belakang ikan.
~goreng dengan api perlahan.

Sambal tidak akan termuntah keluar jika dibelah ikan dengan belahan yg luas dari belakang.

Lobak Merah Susu Bermadu Blended

Bahan2
~Lobak merah sebatang
~susu pekat manis setengah cawan
~madu 3 sudu besar
~ais
~air segelas

cara
~potong kecil lobak merah,mesin halus,
~masukkan susu dan madu
~masukkan ais
~hias dengan hirisan lobak berbentuk bunga
~masukkan beberapa ketul ais .

hidangkan tika sarapan dan hi tea.

Wednesday, July 13, 2011

MARBLE CHOC CHEESE CAKE

Bahan A

180 gram mentega

20 gram serbuk koko, diayak

170 gram gula kaster

3 biji telur

120 gram tepung naik sendiri, diayak

1 sudu teh baking powder, diayak

Bahan B

250 gram krim keju

60 gram gula kaster

1 sudu teh esen vanilla

1 biji telur

Cara-caranya

Pukul butter and gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata. Adunan dibahagikan kpd 2 bahagian.

Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.

Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan

bahan B. Ratakan permukaan loyang. Tuangkan baki adunan A.

Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang

Monday, July 11, 2011

IKAN JAKET SUMBAT

Ikan Cencaru atau Ikan Jaket Kakcik panggil......ikan pilihan sumbat menyumbat ni.Senang dibelah belakang sebab ruang perut yg luas.Isi kandungan pun tak kluar dari poket.Msa siang jangan dibelah perut,buang insang dan belah di bahagian tengkuk (tengkuk ke???)ke seinci nak sampai ke ekor.Jom kongsi bahan....

Bahan2
~Ikan Jaket/Cencaru
~sebiji kelapa
~garam dan perasa
~kunyit serbuk
~4 biji cili padi
~bawang kecil 3 ulas
~minyak untuk menggoreng.

cara

~siang ikan,bersihkan.
~tumbuk cili padi bersama garam dan perasa
~masukkan bawang kecil dan kelapa parut.
~tabur serbuk kunyit dan tumbuk halus kelapa.
~sumbatkan dalam ikan padat dan goreng.

sebiji kelapa dapat disumbat pada 4 ekor Ikan yang sedang.

Kuah Lada Ikan Uji Rashid

bahan2
~cili mesin sesenduk
~kerisek setengah paket kecil
~halba campur hujung sudu kecil
~bawang kecil 3 butir
~bawang putih 3 butir
~asam jawa extra setengah sudu kecil
~halia sebesar ibujari
sebiji tomato
~setengah biji peria
~3 helai daun limau purut
~Ikan Uji Rashid 4 ekor (Ikan Mata Besar)
~minyak untuk menumis
~ garam + perasa
~jintan manis dan ketumbar

cara:

~tumbuk bawang2 ,halia,jintan manis dan ketumbar.
~panaskan minyak,tumis bawang2 dan halia
~masukkan cili mesin,masak hingga garing juga kerisek.
~masukkan halba hingga wangi,asam jawa
~air 4-5 cawan mengikut jumlah ikan
~daun limau purut,garam dan perasa
~masukkan peria yang dibelah 4
~bila mendidih masukkan ikan.

Siap!!!!Lebih kurang asam pedas tapi ada kerisek dan jintan2.